"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Thursday, October 10, 2013

Ujian.


Jika saat ini kita sedang di uji dengan  ujian berat sehingga menghimpit dada,menghempas benteng kesabaran  diri dan jiwa terasa lemah ...langkah semakin lesu.. ingatlah  bahawa setelah kesulitan itu ada kemudahan kerana itu sudah menjadi hukum ALLAH yang selalu berpusat pada unsur-unsur keseimbangan.

Indahnya pelangi hanya sesaat,dia datang kemudian berlalu dan pergi.Warnanya yang alami kini tinggal bayangan ..
adakah ianya akan muncul lagi untuk kedua kalinya....namun itulah karya illahi yang menajubkan dan menghiburkan hati.

begitulahlah juga hakikatnya episode kehidupan kita,
Hari kemarin telah berlalu,hari esok masih misteri.
Hari ini adalah hari kita,mulailah dengan berbaik sangka pada illahi

Di balik ujian ada ketenangan hakiki yang kita cari,
Jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya
Ketenangan itu akan melembutkan hati dan memelihara perasaan kita agar terus kuat melayari bahtera kehidupan
Pasakkan setingginya keyakinan bahawa melalui ujian ALLAH menyatakan rasa sayangnya pada kita.

Saat kita melihat hamparan padang sahara yang seolah memanjang tanpa batas,ketahuilah bahawa di balik kejauhan itu terdapat kebun yang rimbun prnih hijau dedaunan.


1 comment: