"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Thursday, February 25, 2010

KHABAR PERPIS TOBOBON..




video

10.10.2009
Tarikh ini akan menjadi tarikh keramat buat seluruh keluarga PERPIS (Persatuan Pelajar Islam) SMK TEBOBON.  Dengan izinnya program amal PERPIS di rumah kebajikan (Yayasan Kebajikan Suria) dapat di laksanakan dengan jayanya. 


BIARKAN GAMBAR BERBICARA
**********************************************
(Ketibaan pejuang-pejuang PERPIS)





















( Sesi taaruf oleh barisan AJK program)
Eqah v, Nadhirah, Nabila, Irawan, Saidatul, NurSuhaila, Zainald Zainudin, Hannafi Muktah M. Shahfieq Sabdin, Azmeer, Azrin Adam, Alif Hamid
Rafieh, Razli, Aiman, Saufi, Farah.
(Barisan ummi PERPIS yang turut serta memberi semangat)



(Sukaneka bersama adik-adik YKS)

*******************************************************************************

SLOT
 Tajuk slot yang diberikan untuk saya sampaikan adalah mengenai Rasullah s.a.w. Mungkin ini pengalaman pertama berinteraksi di hadapan kanak-kanak,kerana selalunya saya bersama dengan golongan yang sama umur ataupun lebih tua dari saya. Walaupun pada mulanya kelihatan begitu sukar untuk menya mpaikan, namun akhirnua gandingan saya bersama amir PERPIS (Mohd Hannafi Muktah)  mengambil keputusan untuk lakukan secara spontan.




Kisahnya ,di hujung penjuru pasar duduk yae seorang wanita tua yang buta..
Sudah menjadi kebiasaan Rasullah s.a.w untuk memberikan wanita tua ini makan setiap hari..
Seperti yang kita suma tahu,pada suatu ketika dulu Rasullah sangat dibenci oleh orang-orang yang memusuhi islam, Rasullah di hina,dimaki..di pukul..bahkan hingga di ancam bunuh..Tidak kurangnya juga pada wanita buta ini. Dia seing mengatakan pada orang-orang bahawa Rasullah seorang yang gila dan bermacam-macam lagi.

Tetapi Rasullah s.a.w lansung tidak m`endahkannya..bahkan di balasnya pula dgn kebaikan. Setelah kewafatan Rasullah s.a.w.Bapa kepada Saiditina Aisyah iaitu bapa mertua kepada Rasullah s.a.w.
bertanya kepada Aisyah

"Wahai anak ku aisyah..apakah sunnah Rasullah yang belum aku lakukan???

kemudian Aisyah menjawab..
Semua telah engkau lakukan wahai ayahnda kecuali engkau belum lakukan apa yang menjadi kebiasaan Rasullah setiap hari

Apa dia wahai aisyah?"
Rasullah setiap hari akan pergi ke penjuru pasar..dan akan memberi makan wanita tua buta yang duduk di sana.

*************************************


Pada keesokkan harinya..bapa saiditina aisyah pun bergegas kesana dan membawa makanan untuk wanita tua itu..Setibanya dia di hadapan wanita buta itu..wanita itu seolah2 menyedari kehadirannya lantas bertanya


"Siapakah engkau?"

Dia pun menyuapkan makanan itu seraya berkata "aku lah laki-laki yang selalu menyuapkan mu makanan.
TIDAK!!TIDAK!!(engkau bukan laki-laki itu...aku kenal dengan laki2 itu..Dia akan mengunyah terlebih dahulu makanan itu hingga hancur kemudian barulah dia akan menyuapkan ku..)

Akhirnya bapa Saiditina aisyah pun mengaku..

Benar,aku bukan laki2 itu..laki2 yang engkau katakan tadi adalah Rasullah s.a.w dan dia telah pun WAFAT..Dia lah juga laki2 yang engkau katakan gila..laki2 yang engkau telah hina..

Wanita tua itu pun menangis teresak2...Dan pada saat itu jugalah Wanita tua itu mengucapkn kalimah syahadah



******************************************************************


_Biarkan gambar berbicara_


***************************************










By:Pengemis_maghfiratullah

Salam sayank dan rindu buat SAHABAT2 PERPIS..
kali nie..Kerajaan Badan terpanggil untuk berkongsi Postink yang meyingkap kisah penyayang nya RASULLAH S.A.W pada umatnya..

Sayu.sedih...
gembira ..terharu..
terpesona..kagum..
semua perasaan bercampur gaul..
menjadi sebati..
pabila menyingkap kisah saat-saat akhir Rasullah s.a.w
di dunia...


AIRMATA RASULULLAH SAW
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini

**************************
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?',
tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.'
Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,
matanya masih penuh kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.'
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?
''Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah,
aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

***************************
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. '
Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'!!!!
Perlahan Rasulullah mengaduh.
.Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, !
Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku''peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
*****************
Persoalannya..
sayang kah kita pada Rasullah??
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
kita mengaku sayang..!!!
apa buktinya??
berapa banyak sunnah yae yang kita lakukan??????
berapa banyak yang di larangnya kita tinggalkan???
kita kata sayank?!!!!!
tapi!!
bila rasullah di hina oleh org2 yahudi..
sikit pun tidak terkesan di hati kita..!!
kata ummat Rasullah..
tapi buka aurat!!
berhibur tanpa batasan!!
wanita di agung2kan!!
duit jadi TUHAN!!
agama di pijak2!!!!
hidup ikut kiblat orang barat!!
kata ummat rasullah
tapi langsunk tidak ikut peraturan hidup berlandaskan alQuran!!
Tepuk Dada tanya iman..
persoalan yang antum kena jawab sendiri..
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
@@@@@@@@@@@


Salam Maulidur Rasul
P/S:PROMOTE SIKIT NANTI PERARAKAN MAULID PAKAT SAMA2 KITA BERKUMPUL DALAM BARISAN KONTIJEN PERPIS YAE..
WARNA TEMA:Hijau..hehehe

pengemis_maghrifatullah93

Friday, February 12, 2010

Ke Mana Rasa sayang itu?????!!!!!!!!


















Asalamuallaikum.
.Salam Pembuka bicara..
bersalutkan hati yang penuh kesayuan..
Allah sangat Hebat..Di campakkan di hati kita Cinta@sayang yang tidak pernah habis..
meskipun telah kita beri pada beribu org..beratus benda..bermacam perkara..tapi tidak pernah mengenal PERKATAAN HABIS si Cinta ini..
Akibat menumpahkan rasa SAYANG tidak berlebihan dan tidak mempedulikan hukum ALLAH..
MAKA!!
terjadi lah seperti di dalam gambar yg Rospink Titipkan didalam postink kali nie..
Insan yang tidak berdosa akhirnya menjadi mangsa..
Insan yg di lahirkan tanpa mempedulikan hukum ALLAH!!
mengundang binasa..
Lahirnya tidak di minta..
Lahirnya menarik berbagai rasa...
TAPI!!
Kenapa Rasa sayang itu hilang???
ketika ALLAH menguji Insan yang inginkan nikmat sementara(BERZINA)
Bukan kah itu yang menjadi Perjuangan dua insan yg mempertahankan GORILLA ini
Satu persoalan yang Rospink Tinggalkan untuk antum suma jawab sendiri>..
cinta itu mmg satu perasaan yang allah telah campakkan di setiap hati hambanya..
Tanpa cinta pasti BUMI kita di banjir dengan DARAH..
huru hara dengan sengsara..
segala-galanya memerlukan cinta..
Tapi bukankah ALLAH Mengurniakan akal buat hambanya,..
Untuk apa??
untuk berfikir pada siapa kita harus menabur sayang..pada siapa kita harus menyemai cinta..
Andai ini nukilan terakhir ku..
Pesan ku Buat Muslimah..
Jaga lah mahkota mu..
Jangan biarkan serigala rakus merampasnya..
Andai suatu hari aku tersungkur tarik dan bangunkanlah diriku..
Kerna aku juga seperti kamu..Insan yg cukup
LEMAH!!
Sungguh aku tidak mengaku diriku sempurna..
Tapi aku berpegang pada kata Rasullah s.a.w
(SAmpaikanlah Walaupun satu AYAT)
wahai insan yang menjadi perhiasan duniawi..
Kini ku titipkan dirimu pada ALLAH mudah-mudahan
allah melindungi ku Dan dirimu jua ...
di saat kegelapan,
ku
mencari cahaya untuk menerangi diri,
di saat ku jatuh,
ku sedar KAU sentiasa bersamaku,
di saat ku alpa,
KAU beri pengajaran supaya ku berubah,
di saat ku memerlukan,
KAU sentiasa berada di sisi,
aku tahu diri ini cukup lemah untuk menempuhi
hidup ini tanpaMU...
Ya arhamarohimin...
Ya aqqromal aqqromin..
Ya ghoirroroziqin...
Ya ammar nal khaifin...
Ya wuli yal mukminin...
Ya mau firatin muknibien....
Ya Allah pandang lah kami....
berikanlah kami hidayahMU....
semoga kami sentiasa diberkati
dan diredhai olehMU....
kata-kata sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan
perasaan..
manusia boleh membentuk seribu kata-kata
seribu bahasa
tapi kata-kata ..
bukan bukti unggulnya perasaan.....
by:rOSPINK

Friday, February 5, 2010

Sikit jak pun tu..hmm


salam pertemuan..
salam renungan...
salam perjuangan...


kenapa pelik semacam jak tajuk ni..hehe entahlah..tapi tajuk tu jak kot yg sesuai..

Hidup kita tidak selalu yae indah..

kadang kita jatuh

kadang kita bangun..

kadang kita rasa..
"aku lae orang paling malang..miskin!..bodoh.."

mcm-mcm kan keluar bila di hati x ada husnuzon pada ALLAH..

Rospink teringat kata-kata seorang penyair(walt hewittman)

Alangkah indahnya bila ku hadapi..

kegelapan

hujan,

kelaparan,

segala macam musibah..

kedukaan,cacian..dan teguran..

sebagaimana yang di hadapi oleh haiwan

dan sebagaimana yang di hadapi

batang-batang pohon..

Nak tahu kenapa dia cakp macam tu??sebab..suka hati dia lah..mulut dia..

tidak lae..penyair tu cakap macam tu sebab..dia pernah m`habiskan 12 tahun umurnya bersama haiwan ternakan nya..dia tidak pernah melihat seekor lembu betina yang kesusahan atau bersedih kerana padang rumput terbakar atau sdikit hujan..

konklusi ..bagi penulis tu..haiwan menghadapi kegelapan..bencana..angin taufan..dan kelaparan..dengan TENANG DAN SABAR....dan bagi penyair kerna itu juga hewan jarunk dapat tekanan mental atau menderita plbagai pnyakit..

HIDUP SATU PERJUANGAN..!!

berjuang tu menempah susah..mmg kita dae sedia maklum ttg bnda nie..

haha..apa bae rospink merepek nie..mcam xkena dgn tajuk pula..tak pe yang pntink..dapat sikit pengisian..


Pendek kata.."percayalah bahawa kebahagiaan Adalah seperti mawar yang di tanam..tidak langsung berbunga(selepas di tanam)..Tetapi ia pasti akan tubuh..

Kepada muslimah...

yang sedang bersedih..hapuslah airmata mu..

yang sedang memarakkan api kemurkaaan allah..padamkan api itu secepatnya..

yang sedang marah...tenangkan hatimu..

yang sedang bergembira..bersederhanalah kerna airmata mu pasti mengalir..

yang sedang ketawa..istgfarlah..kerna si laknatullah sedang menabur sayang padamu..

yang sedang berduka..bergantung lah pada allah..

andai ini nukilan terakhir ku..

ingin sekali ku melihat..muslimah2 seangkatan ku berbahagia..

kerna engkau

anugerah tuhan yang teragung..

Penyeri dunia dan seisinya..

Hunuskan pedang KETEGASAN MU buat yang datang menganggumu..

itu lagi selamat untukmu..

salam sayang dari rospink buat

seluruh muslimah yang mampu mengoncangkan dunia..

nukilan khas buat muslimah:By RoSPINk



Thursday, February 4, 2010




Hukum sambut Valentine
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.



Ini sebagaimana yang firman Allah SWT:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)



Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).



Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.



Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam.

Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T.

seperti sambutan

Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.


Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.


Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).



Tentang hukum menyambut Hari Valentine,

Sheikh al-‘Utsaimin berkata:


“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:


“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.


Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).


Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)


diambil dari bicara agama utusan malaysia...


Alhamdulilah..akhirnya..usaha yg sedikit ini harap dapat m`yedarkan mereka yang masi tidur dgn keseronokkan sementara ni..


walaupun tidak mampu m`yedarkan SEMUA..tapi harap bilangan yg sedikit m`bacanya mengambil peranan..


ingat "ERTI HIDUP PADA MEMBERI"!!salam tautan ukhuwah dari rospink..


mudah-mudahan andai ini nukilan n pesanan ku yang t`akhir..


maafkan sgala pencemaran bahasa..


kata2 yg m`yentuh..


sampaikan pesanan ini kpada permata yg di cari..


"malu mu mahkota yang tak perlukan singgahsana.."


apa yang kau ada lagi bernilai dari pada emas dunia..jgan sampai mhkota itu di rebut serigala yg tidak berhati perut..


jaga mahkotamu..


jaga tampuk pemerintahan mu..


By:rospink




TOPIK HANGAT FEBUARI!!!!ish2 masalah2..


sufy:Masalah-masalah..


sAleh:masalah apa?!!!


sufy:Masalah umat!!


saleh:jgn kau main2 bae..ish sejak bila kau jadi Mufti negeri ni haha

:bae ndak payah lagi bae kau fikir..suka hati drunk lae maw buat apa..


Sufy:ini berkaitan gan saham ana bae..ndak juga kau faham tu..kalau ana bagi terang,gan lampu suluh pun tdk da hasil..


saleh:apa juga??makin hensem muka mu berkerut begitu..haha


Sufy:Nie bae..aku kan paling benci lae bulan febuari..

kalau bley aku padam nama febuari di kalendar..buat kalendar baru..febuari tukar g (sufy)

haha..baru le..


Saleh:dui..suka2 dya jak..knapa juga..nama cewek mu kae Febuari?..

kalau iya pun..jgn lah sampai..mcm mahu buat rmbongan bantahan jak..(")


sufy:tidak bae..adui payah juga mahu bagi faham org yg mmg tidak kan faham ni..


Saleh:aik m`yindir nampak..ngolok kae tu...


sufy:ndak lae..ngumpat jak..haha..


saleh:bae aku serius uda nie..tgk muka uku macam pak cik guard kita uda..


Sufy:haha..gni aku cita cara pro skit..kau dgr yae..

dgr bae..dgr..jgn tdk dgr..


saleh:astagfirullah..nie mcm mahu makan kasut saiz 7 jak taw..


sufy:Relax le..ehem..tersebut lae kisah..sang kancil jatuh longkang..

jom kita..singkapi..kepanasan hati aku ni..




kalau tengok kalendar dusun ada lae dalam 10 hari lagi..

tidak tahu plak kalau kalendar mesir..hehe..apa kunO??


ish kura2 dala perahu,,pura-pura tidak tahu lagi..

14 feb iaitu hari yg kan di sambut oleh masyrakat dunia..


khususnya


BUAYAFRIEND DAN GELIFRIEND!!


sapa ORG di atas tu..

ish..nie bae..pasangan yg bersinta..

"Hari kekasih"


Tidak hairan sekiranya yang menyambut adalah bukan di kalangan orang islam.Tetapi umat islam sekarang ada segelintir yang turut meraikan hari kekasih ..


Bagaimana hukum aqidah mereka sekiranya apa yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk memperingati St.valentine?

bagaimana pula hukumnya sekiranya mereka yang menyambut hari kekasih ini adalah disebabkan terikut-ikut dengan budaya??
berpuluh-puluh soalan bakal keluar..tanpa berbaris..hehe..men reda je..
Siapa St.valentine sebenarnya??
kenapa namanya dikaitkan pada hari kekasih sehingga dinamakan sebagai hari valentine??


ish-ish..

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya...

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.


- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


Nanti kita singkap apa pula hukumnya kalau ita sambut..
nanti yae..sabar..

Rospink ada komitmen lain..insyaallah nanti kita sambung lagi ye..

Tebaran sayang buat mu muslimah..

"S E L A M A T B E R M U H A J A D AH"




Tuesday, February 2, 2010


manis bicara indah tutur kata..

Tak seindah rupa pengertiannya..

lidah yang tiada bertulang m`gadu domba..

serta menfitnah sesama saudara..
Salam Perjuangan buat.
Buat saudara-saudara Rospink yg sedang duduk,berdiri,bgun,tidur,hidup,mahupun yg telah pergi..
Teringat rOSPink dgn tajuk l agu Kumpulan Rabbani..(YANG PERGI TAKKAN KEMBALI)
begitulah juga dgn apa yg berlaku dlm kehidupan kita sebagai manusia..
MASA!
KENANGAN INDAH!
KENANGAN PAHIT!
INSAN TERSAYANG!
INSAN DI BENCI!
BARANG ROSAK!
KASIH MANUSIA!
CINTA PALSU!
CINTA MONYET!
CINTA GORILLA!
Kata-kata!
semua yang di atas..
sekali telah pergi..
ia tidakkan kmbali..
menangis darah sekali pun..
merana mcm mana pun..
ia tidak kan pernah kembali..
Wui..merepek kae rospink nie..hehe..
tak da lae sebnarnya nak cakap pasal KATA-KATA..
Plik..knpa tajuk nie lae juga yg di pilih..
(suka hati lae bae..blog Rospink juga)hehe
Hidup tak slalunya indah..
langit tak slalunya cerah..
Itu lah lumrah alam..
rospink sbnrnya nak tabik gan si KATA-KATA ni..
berbunga-bunga lagi..hehe
ada org tidak suka pula kalau Rospink cakap bunga2 ni..
berbelit otaknya memikir..
bak kata ckgu add maths Rospink..
ORang sains mOre spsfik..
oRAng sastera moRE KPada berlapik..
nie bae..Rospink nak tabik gan Si KATA-KATA sebab..
Bila Rospink buat pemerhatian..
Cewah..(Pemerhatian tu)
Kerana SATU PERKATAAN kita mampu buat Org tersenyum..
Kerana SATU PEKATAAN sahaja kita mampu buat org ketawa..
Kerana SaTU PERKATAAN kita mampu buat org rasa bahagia dgn kita..
TAPI...
BAHAYA..
SI KATA-KATA NI..
adui..kena hati-hati gan Dya nie..
Berbisa betul..
Nak tahu knapa??
Sebab Kerna satu kata-kata
sahaja..
Mampu merenggangkan hubungan..
mampu membuat muka yang gembira menjadi sedih..
mampu buat Rasa sayang jadi benci..
gmbira jadi nangis..
Hebatkan????
Hebat betul..
Rospink berminat ckap pasal si kata-kata ..nie bukan sebab apa..
itulah yg sering terjadi..
Bila kata-kata menguasai SANG MULUT..
naH!!Bisa aja..suasana gmbira jadi tegang..
tapi rasullah ajar kita..macam mana nak atasi si kata2 nie..
kata lebih baik diam..
jika tidak ada perkara penting yang mahu di katakan..
itu lebih selamat bagimu..
em..betul lae juga ..org kata Mulut lagi tajam dari mata pedang..kan??
Tapi tdk perlu di ributkan..
segalanya terletak pada diri kita sendiri..
bak kata si sue..
"KERAJAAN BADAN KITA YG BERKUASA DI ATAS KERAJAAN LAIN KECUALI KERJAAN ALLAH"
AKhIR KATA..sama2 kita jaga diri,jaga hati,jaga mulut,jaga peribadi,jaga islam..
m u s l i m a h s e j a t i
r o s p i n k