sufy:Masalah-masalah..
sAleh:masalah apa?!!!
sufy:Masalah umat!!
saleh:jgn kau main2 bae..ish sejak bila kau jadi Mufti negeri ni haha
:bae ndak payah lagi bae kau fikir..suka hati drunk lae maw buat apa..
Sufy:ini berkaitan gan saham ana bae..ndak juga kau faham tu..kalau ana bagi terang,gan lampu suluh pun tdk da hasil..
saleh:apa juga??makin hensem muka mu berkerut begitu..haha
Sufy:Nie bae..aku kan paling benci lae bulan febuari..
kalau bley aku padam nama febuari di kalendar..buat kalendar baru..febuari tukar g (sufy)
haha..baru le..
Saleh:dui..suka2 dya jak..knapa juga..nama cewek mu kae Febuari?..
kalau iya pun..jgn lah sampai..mcm mahu buat rmbongan bantahan jak..(")
sufy:tidak bae..adui payah juga mahu bagi faham org yg mmg tidak kan faham ni..
Saleh:aik m`yindir nampak..ngolok kae tu...
sufy:ndak lae..ngumpat jak..haha..
saleh:bae aku serius uda nie..tgk muka uku macam pak cik guard kita uda..
Sufy:haha..gni aku cita cara pro skit..kau dgr yae..
dgr bae..dgr..jgn tdk dgr..
saleh:astagfirullah..nie mcm mahu makan kasut saiz 7 jak taw..
sufy:Relax le..ehem..tersebut lae kisah..sang kancil jatuh longkang..
jom kita..singkapi..kepanasan hati aku ni..
kalau tengok kalendar dusun ada lae dalam 10 hari lagi..
tidak tahu plak kalau kalendar mesir..hehe..apa kunO??
ish kura2 dala perahu,,pura-pura tidak tahu lagi..
14 feb iaitu hari yg kan di sambut oleh masyrakat dunia..
khususnya
BUAYAFRIEND DAN GELIFRIEND!!
sapa ORG di atas tu..
ish..nie bae..pasangan yg bersinta..
"Hari kekasih"
Tidak hairan sekiranya yang menyambut adalah bukan di kalangan orang islam.Tetapi umat islam sekarang ada segelintir yang turut meraikan hari kekasih ..
Bagaimana hukum aqidah mereka sekiranya apa yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk memperingati St.valentine?
bagaimana pula hukumnya sekiranya mereka yang menyambut hari kekasih ini adalah disebabkan terikut-ikut dengan budaya??
berpuluh-puluh soalan bakal keluar..tanpa berbaris..hehe..men reda je..
Siapa St.valentine sebenarnya??
kenapa namanya dikaitkan pada hari kekasih sehingga dinamakan sebagai hari valentine??
ish-ish..
Sejarah Sambutan Hari Valentine
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya...
- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Nanti kita singkap apa pula hukumnya kalau ita sambut..
nanti yae..sabar..
Rospink ada komitmen lain..insyaallah nanti kita sambung lagi ye..
Tebaran sayang buat mu muslimah..
"S E L A M A T B E R M U H A J A D AH"
No comments:
Post a Comment