"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Wednesday, June 9, 2010

Cantik pilihanMU..Halal yang terbaik untukmu muslimah

Salam Tautan ukhwah..
Kali ini ayuh kita berbicara mengenai sesuatu yang tidak dapat di pisahkan dengan seorang yang bergelar wanita iaitu kosmetik..
Ibarat isi dan kuku..demikianlah hubungan wanita dengan kosmetik yang menjadi taruhan bagi mereka untuk tampil cantik dan menarik..dalam sebuah tulisan yang di tulis oleh UMMU AZKHA(http://www.suara-islam.com/index.php=com)..disebutkan beberapa hal berkaitan dengan topik kosmetik ini.
Daripada tulisan itu kita mendapat pengetahuan yang cukup lengkap tenyang kosmetik itu sendiri...
kosmetik berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris (cosmetic) yang bererti "alat kecantikan wanita".Dalam bahasa Arab Moden ianya diistilahkan dgn "alatuj tajmil".
TIPS MEMILIH KOSMETIK
#kenali jenis kulit anda terlebih dahulu
#ketahui bahan/kandungan kosmetik
#jangan selalu bertukar-tukar jenam/alat kosmetik
#memerhati/mengambil tahu mengenai tarikh luput kosmetik tersebut
#sihat
kali ini mari kita berkongsi sejumlah bahan yang berbahaya yang sering di salahgunakan(di tambahkan)kosmetik yang telah pun di kenal pasti oleh (POM DEPKES 6)]
Antara bahannya ialah:
*Alaturi(air raksa)-Bahan ini telah di tambahkan pada pemutih dengan alasan sebagai bahan untuk membantu menhilangkan titik hitam pada kulit wajah.
*Hidrokinon -Lebih daripada 2% di tambahkan pada pemutih sebagai pemutih kulit(syarat tidak kurang dari 2%).Jumlah ini bukan sahaja menyalahi ketetapan yang telah di tentukan bahkan akan memberikan kesan yang sangat buruk pada kulit wajah.
*Rhodamin B(Pewarna merah jambu) terdapat pada lipstik,perona pipi dan eye shadow
*Methanil Yellow(pewarna kuning) terdapat pada bedak dan eye shadow
*Merah K3 terdapat pada bedak.eye shadow,dan perona pipi
*Methanol lebih daripada 5% (syarat tidak kurang dari 5 %) terdapat pada kosmetik berbentuk semburan misalnya Hair spray.
persoalannya..apakah bahan-bahan ini hanya di temukan di dalam kosmetik murahan??
sudah tentu tidak..bahan ini juga boleh terdapat pada kosmetik yang berjenama dan mahal.
Bukti terbaru di paparkan Badan POM menyebutkan bahawa pihaknya menemukan ada sekitar 27 bahn kosmetik yang mengandungi bahan terlarang..
Bahan berbahaya itu antaranya iailah:
ALATURI(Hg)
Hidrokinon
Zat Warna Rhodamin B.
Merah K3
Produk -produk seperti Krim pemutih,Krim Pembersih wajah,lipstik,Losyen,make up,eye shadow dan sebagainya yang diambil daripada berbagai pusat kecantikan ,pasaraya,dan toko kosmetik di sejumlah wilayah telah membuktikan bahawa kosmetik ini mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti yang telah disebutkan tadi..
Di postInk seterusnya Rospink akan berkongsi lagi mengenai CAMPURAN BARANG-BARANG HARAM yang terdapat pada kosmetik..Insyaallah..
"tepuk dada,tanya iman"
KOSMETIK MANA YANG MENJADI PILIHAN KITA..
YANG BERKUALITI?
YANG BERKUALITI TAPI HARAM..
YANG BERKUALITI TAPI HALAL?