"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Saturday, May 26, 2012

Update?




Siang kian melabuhkan tirainya..
masa terus berjalan semahunya...
Detik-Detik waktu terus
meninggalkan AKU juga KAMU..

Di atas goresannya pena tangisan..
Kini ku memulakan coretan.
Coretan hati seorang yang bergelar insan 

Tegak tegar menatap langit,
teriakan keras memecah sepi,
coretan kisah yang pernah tertulis,
semua punah dek coretan tinta hitam,..

Bismillahirahmanirahim
Semanis bicara pembuka kata..
setelah sekian lama membiarkan teratak ini sepi dengan perkongsian..pertanyaan demi pertanyaan dari insan-insan yang alert dengan perkembangan teratak ini..lantas jawapan yang sama turut di lontarkan.


"Kak sue bila nak update blog?"
"Maaflah kak busy,xda masa"

"Bila nak update blog?macam dua bulan da tu?"
 "Busy bah ..xda masa..banyak homework"

"kasi bersihlah tu..kotor betul da tu...malas juga"
"hah?bersihkan apa? kotor?malas?"

"Blog la"
"owh blog,busy..xda masa..banyak keja"









satu persoalan terus menerjah kotak fikiran..menerobos masuk benteng pertahanan!
Busy sangat ke smpai tidak punya masa update blog?
busy la sangat..bukan perdana menteri pun..belum kawin pun nak urus anak ...baru student..Bla..bla..bla..
Fullstop..

Coretan kisah atau perkongsian di blog memerlukan masa sehari dua hari bahkan seminggu untuk menyiapkan satu (Post).kesibukkan mengalas tugas sebagai pelajar membuatkan ku agak ligat meng'update" blog dek kerna jadual study yang terlalu padat dan kerja rumah yang tidak punya hentinya.Hampir boleh di simpulkan bahawa masa 24 JAM adalah tidak mencukupi!!

Hari demi hari berlalu..
Cuba mencuri masa sebentar untuk mengintai perjalanan kisah kehidupan sahabat-sahabat seperjuangan dulu melalui blog.Semakin di ulit kecemburuaa,kerna mereka mampu berkongsi artikel bermnfaat untuk bacaan umum hampir setiap minggu sekali.

Mencari dan terus mencari,punca sebenar mungkinkah terlalu busy atau merasa tidak punya tanggungjwab pada masyarakat lagi??ataupun tidak tahu apa yang mahu di kongsi?

Nauzubillah..
Moga hati ini terus dipilih dalam menyumbangkan bakti untuk masyarakat mahupun agama..

"Break Sem" selama 2 minggu membuka tirainya,
walaupun selama 2 minggu ini KELAS TAMBAHAN tidak henti-henti menhiasi cuti..
Nekad hati memanfaatkan  masa sebaiknya 2 minggu ini untuk mengaktifkan diri di Blog..
Proses dakwah tidak semestinya turun ke padang andai punya kekangan yang tidak dapat di elakkan..
malah dakwah boleh berjalan di alam maya..mungkin keberkesanannya tidak seperti turun padang..tapi ALLAH lah yang lebih tahu betapa kuat nya keinginan hati seorang hambanya dalam menyumbangkan sesuatu untuk islam

Dakwah melalui mata pena,dakwah melalui tindakan,dakwah melalui percakapan..dan lain2 lagi,dakwah tidak terbatas melalui medan lisan semata-mata,kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan di sudut itu.Justeru itu umat islam harus mempunyai kesatuan hati dan saling lengkap melengkapi bukan saling sindir menyindir..salling tuduh menuduh..dan saling benci membenci..mustahil akan tergores bait-bait lagu ini andai umat islam sekarang bersatu hati.

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD

MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG


..islam agama yang tidak menyulitkan penganutnya..Penganutnyalah yang  menyulitkannya sendiri.
 Mata manusia sering menilai mengikut kemampuan mata mereka yang terbatas,menghukum manusia lain sesuka dan semahunya.


"INGAT ALLAH JANGAN BERTEMPAT,SAYANG ALLAH JANGAN BERMUSIM"