"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Wednesday, February 2, 2011

Lembah Nil(Mesir) Kini Berubah


Assalamualaikum buat semua yang sudi menjamu matahati  disini.. 

" Sentiasa baca doa Qunut Nazilah - klik utk lebih jelas "
Alhamdulillah, segala pujian bagi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa melontarkan segala idea ke akal fikiran kita, mudah2an segala yang tercurah dapat menenangkan hati2 yang resah..

Lembah NIL kini berubah.. Saya rasa sudah tentu semua blogger2 diseluruh dunia mewarwarkan berita tentang keadaan Mesir kini.. saya kira bukan hanya blogger malah semua website2 dan yang seangkatan dengannya telah menulis tentang tragedi2 yang berlaku di negara yang cukup terkenal dimata dunia ini..

Dan saya rasa terpanggil untuk menampal sebarang sokongan, cadangan, bantahan, dan sebagainya tanda saya mengambil berat yang teramat sangat terhadap apa yang berlaku kini..

Kebangkitan rakyat Mesir kini menggamit perhatian dunia kerana dijangka bakal merubah landskap politik di dunia Arab selepas kejatuhan pemimpin diktator di Tunisia, Zen Abidien Ben Ali.

" mesir yg dulu cukup dikenali dengan U. Al-Azhar "

1. Huru- hara dan rusuhan dihampir semua tempat di Mesir...

...Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar...


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat...


...Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung...

...Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara...

...Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas...
...Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk...


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak...

...Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan...

...Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius...

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga


" mesir kini "

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan...

...Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie...

...Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya...

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar...

...Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi...

...Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta...

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!...

...Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini...

...Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam...
....Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita...
...sebarkan berita mengenai ini...

... Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar...

8. Bacaan berguna...

...Website yang boleh mengetahui keadaan semasa di MESIR ialah :

..Al Jazeera..  

Marilah sama2 kita mendoakan agar kita, keluarga, sanak-saudara,sahabat2, saudara2 kita serta seluruh umat Islam yang berada dia MESIR dan dimana jua agar Allah sentiasa melindungi dan sentiasa memudahkan urusan.. Mohon dengan sangat2..

Ya ALLAH,, Andai bahaya di dunia ini menempah kerana menegakkan AGAMA-MU ya ALLAH kami rela utuk bertempur sebagai hamba yang SYAHID dijalan-MU agar kami dapat menikmati SYURGA-MU nan abadiey...




aminn ya RABB 'ALAMIN.


14 comments:

  1. Banyak2lah berdoa utk mreka d sana....
    Katanya, pelajar2 malaysia akan pergi ke JEDDAH dan akan pulang ke Malaysia melalui jalan laut....mudah2an mereka selamat...AMIN....:)

    ReplyDelete
  2. insyaallah..mungkin setakat ini..kita hanya mmpu berdoa..memandangkan xterdaya lagi untk turun padang..atas faktor kewangan n geografi..volcano ni kawan Mizi kan?sykran ziarahnya,,dri mana taw blog kak sue?apa2pun salam ukhuwah Fillah ,..

    ReplyDelete
  3. ya...saya kwn mizi..saya nmpk link blog kakak di fb..saya suka baca post2 kakak dkt sini..bnyk pengajaran...:) salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  4. Owh kawan mizi..sykran ziarah ya dik..tu la antara tujuan b`blog..kisah hidup yg bley bagi pngajaran kat org kita share..supaya org lain bley belajar dari kesilapan kita.. =) salam ukhuwah juga..Nce To know u..full name adk ape?hehe..xkan la kak nak panggil volcano

    ReplyDelete
  5. ya...btl2..hehe..nma saya Syaheeda binti Hamdani..pnggil ja Syeda. :)

    ReplyDelete
  6. owh..syeda..owk..aik x blik asrama?adik kak blik asrama da tue..esok skolah dae kan

    ReplyDelete
  7. hehe...saya pelajar luar, jadi x tnggal asrama... kakak sekolah masih kerh??

    ReplyDelete
  8. owh..maksudnya?kamu tinggal luar asrama ekh?kak baru habis spm..tengah tunggu result..so skrg tgh cuti la.

    ReplyDelete
  9. dik..rajin2 la sent tazkirah kat box usrah kakak ye..=)

    ReplyDelete
  10. owh, cuti rupanya...hehe.. insya-ALLAH saya rajin2 sent tazkirah sebnyk ilmu yang sya ada...hehe...Terima Kasih...

    ReplyDelete
  11. dik..bley tolong kak sue x??tlg smpaikan salam (SELAMAT HARI LAHIR)kAT adik kakak..kak rasa dya x bawa 4n g asrama..so xdapat nak wish..jaga diri dan blajar bek2 ckp.,,..

    ReplyDelete
  12. as salam..nak tanye pasal comment ni ye?ape maslah nye ye?tanya kat formspring sy ye..ape2 pun check setting kat comment di dashboard..=)

    ReplyDelete
  13. semoga saudara-saudara qta di mesir selalu dalam keberkahan dan lindungan Allah, amiinn

    ReplyDelete