"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Wednesday, January 26, 2011

C.A.S.H.I.E.R


"Sue Hari ni bermulalah Tugas sue sebagai ketua kaunter pembayaran..kebersihan kaunter,barang-barang di kaunter,Wang,semuanya di bawah tangungjawab sue.Sesen wang lebih atau kurang,akan di potong melalui gaji"


"Setiap pagi sue kena buat "Morning Float",kira duit Deposit RM 800,tukar syiling at least RM10 keats,dan simpan duit RM50 untuk "Black out"


"Setiap malam pula,kita akan buat pengiraan wang bersama manager..so untuk logout,just tekan F2 dan buat Z-READING."


Terkesima Sebentar,jauh Fikiran terbang melayang..
Terasa Getaran yang tercetus dari seluruh kerajaan badan
Hanya Satu Perkataan Mampu terlafaz


"ALLAHUAKHBAR!"
beratnya Amanah ini..


~Persidangan Kerajaan Bermula~


Teruskan atau Hentikan??
Setelah Di sepakati ahli-ahli majlis yang bersidang..keputusan Meneruskan langkah menjadi pilihan


Takruf Bersama "Cash Register" hanya sesingkat sehari cukup mengajar diri ini untuk sentiasa bergaul mesra dan berhikmah dengannya.


Silap langkah bisa mengundang padah!

(Nama yang telah di kurniakan "Cash Register" just call my nickname C.R)


Saat perkenalan Pertama bersama Cash Register bukanlah seperti perkenalan pertama bersama Kalkulator Saintifik sewaktu di bangku Sekolah Menengah Dulu.


Perkenalan Bersama Kalkulator Saintifik boleh mengambil masa yang panjang untuk mengenali nya..tapi sebaliknya berlaku pada "Cash Register",mengenali nya perlu lebih M`dalam dan dengan masa yang sangat singkat.

Mengendalikan C.R bukan satu perkara yang mudah,terlalu banyak ragamnya..tidak cukup dengan itu,pelbagai jenis dan ragam manusia yang datang menghempas benteng kesabaran.Sungguh,tidak dapat di sangkal lagi..memang benar bait-bait kata ini__(RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN-LAIN)



Hari pertama kian melabuhkan Tirainya..
Dua perkataan yang ter"Set" dalam minda

 TELITI&BERHATI-HATI

Perkataan yang kubungkus untuk dibawa sebagai Bekalan menempuh hari esok bersama CASH 
REGISTER.

Setiap saat masa yang berlalu..pesanan hari pertama masih terngiang-ngiang di telinga..
Kadang Lampu Keyakinan Terang kadang gelap...

 Tidak Di nafikan terkadang Ombak Kemalasan,angin KeFuturan Bertiup kencang,pagar kesabaran hampir terebah..Melayan Karenah manusia yang pelbagai ragamnya.Semangat Kian luntur tapi diri disapa dengan 
"Reminder" _Misi & Visi kerja yang ku lakukan Untuk Siapa dan Demi Apa? ..Obor Semangat mula tertiup kembali..Di iRingi Lagi Dengan Ayat-ayat Cinta darinya IKHLASKAN HATIMU DALAM BERAMAL- dalam Surah AL-BAQARAH:262 Menegakkan Pendirian Diri yang hmpir tertimbus.


HAMBA ALLAH VS CASHIER:
Satu Kesimpulan yang mampu Diri ini adaptasikan Dalam Kehidupan yang Singkat ini.
"berjuang Ertinya terkorban"


Cashier: Diamanahkan Cash Register dan Wang
Manusia: Diamanahkan menjadi penjaga/khalifah ALLAH di muka bumi


Cashier: Bertanggungjawab 100% Keatas kelebihan/kekurangan Wang
Manusia:Bertanggunjawab 100% Keatas perbuatan mungkar/kebaikan yang Dilakukannya
     
Jika Di imbau Saat SEBELUM  di Nobatkan sebagai "cashier" Dan memulakan Tugas
Beberapa pesanan telah Diberi:

1. kebersihan kaunter,barang-barang di kaunter,Wang,semuanya di bawah tangungjawab sue.Sesen wang   lebih atau kurang,akan di potong melalui gaji
2. Setiap pagi  kena buat "Morning Float"

3.kira duit Deposit RM 800,

4.tukar syiling at least RM10 keats

5.simpan duit RM50 untuk "Black out"


Jika Di imbau saat SEBELUM manusia Dilahirkan dan Di nobatkan Sebagai "MANUSIA"
Beberapa pesanan Juga telah di berikan:

1. ALLAH sebagai Tuhanmu

2. ISLAM sebagai agamamu

3. Hendaklah Dikau Beriman Pada Rasul dan apa yang di sampaikannya

4. Beribadatlah padaku dgn hati yang ikhlas

5. Hidup & Mati mu hanya untukku

6. DLL~

~Setelah Dilahirkan ke bumi,perjanjian hanya tinggal perjanjian segala pesanan telah di khianati..

Cashier: Diuji dengan ragam manusia yang datang dengan pelbagai background Family&Diri
Manusian :Di Uji ALLAH dengan sedikit kemiskinan/kelaparan/kehilangan/kekayaan/DLL.



Cashier:Boleh meletakkan JAWATANNYA sebagai Juruwang
Manusia:Tidak boleh meletakkan JAWATANNYA sebagai khalifah ALLAH di bumi.
              Kerna itu sudah menjadi ketetapan NYA..

Cashier: Mesti AMANAH dalam melaksanakan tugasnnya
             Andai berlaku ketidak jujuran dalam melaksanakan tugas perhitungan akan dilakukan
             Gaji selama 3 hari akan di potong pada akhir bulan.

Manusia :Manusia yang tidak amanah dalam melaksanakan tugasnya sebagai khalifah ALLAH
              DOSA akan Di bank in terus ke akaun AKHIRAT dan perhitungan akan berlaku bila tiba
              saatnya nanti.

Cashier: Tugasnya melaksanakan urusan penerimaan dan pengeluaran wang kedai.
Manusia: Mengalas tugas Sebagai Ejen  "AMAR MA`RUF NAHI MUNGKAR"
              


Akhirulkalam..
Kini Telah Berakhir  Kehidupan Sebagai seorang Cashier..

Persoalan yang kini yang kian menerjah seluruh kerajaan badan..
Bilakah tiba masanya akan berakhir kehidupan ini sebagai Seorang manusia??
Bilakah Saatnya jawatan sebagai khalifah Di Bumi ALLAH akan selesai..

Moga saat malaikat maut datang bertandang..
Tika itu,segala dosa telah ALLAH ampunkan..
Segala Amanah Telah terlaksana..
Dan segala AMAL Diredhai ALLAH..


Bukan amal yg akan 


memasukkan ke Syurga


 bukan sujud
,
bukan infaq

 bukan puasa,

 bukan lelah kerja,

 bukan capai fikiran…

 bukan Duhai Sahabatku!





 Tapi rahmat Allah SWT!

 Maka hati, 

jagalah selalu pada harapan akan redha Allah… 


Sikap? 


jagalah selalu dalam ikhlas padaNya


... Lisan...?


 jagalah selalu agar selalu membuahkan cinta padaNya…

Harapkanlah Allah dalam hati.. 

Kerana hanya Allah yg dapat menolong kita...



Nukilan Hati Hamba



No comments:

Post a Comment