"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Wednesday, November 17, 2010

Sambutan Hari raya Aidil Adha Masjid Al Ikhwan Taman Kuala Mengatal


   Asalamuallaikum Pembuka Bicara..
madah di hias puji dan syukur ke hadratnya
Teratak Jiwa kini membuka Tirainya..
Mengenang kembali Kisah Pengorbanan Nabi ALLAH yg mulia..
Tika Turun Perintah padanya..
Kepentingan Diri di ketepikan dengan sepenuh jiwa
meskipun terpaksa mengorbankan anak tercinta..
kecintaan pada ALLAH menangkis segalanya..
kisah pengorbanan Teragung teladan khas buat jiwa2 hamba..
Surau AL-IKHWAN itulah nama yang di nobatkan..terletak depan dengan pagar rumah  teratak tercinta ana yang kini telah bertukar namanya Kepada MASJID AL IKHWAN..

Bermula dari sebatang Tiang yang terpacak dan hanya rangka2 bangunannya sahaja kini telah bertukar menjadi Tempat berkumpulnya pejuang2,hamba2  ALLAH..telah banyak perubahan yang semakin ketara.
Walaupun telah berpindah teratak,namun masjid surau AL-IKHWAN Masih menjadi tempat papa dan ana menabur bakti dan sumbangan..

Tahniah Buat Pak Cik-Pak Cik Dalam Orginasasi masjid AL-IKHWAN yang terdiri daripada:

Pengerusi
En Sulaiman Liman

Timbalan Pengerusi
En.Sarikin Bin Marno

Setiausaha
Encik Masrah Mossli

Bendahari
En.Mustafa Rahman

Timbalan Bendahari
En.Lani Lait

AJK
En.Pring Apul
En.Azhbi Adam
En.Ramdin Olot
En.Pudin
En.Basir Datil

Dengan Membawa misi "BERSAMA MEMBANGUNKAN UMMAH"
Pada 17 Hb 2010 hasil musyawarah AJK progrm berjalan dengan lancar.
Takbir mula berkumandang menghiasi suasana Taman kuala mengatal..
bermula hari yang di nanti2kan..
 
Kemeriahan sambutan dapat ana lihat dari pancaran wajah2 keikhlasan insan yang ana gelar "Beliau2Min" TKM  bersama menyumbangkan tenaga dan masa mereka.Program di akhiri dengan Memasak
 "sup tulang"..hasil air tangan "Beliau2 Min TKM"
 
akhirnya ana biarkan gambar berbicara menceritakn kemeriahan Program..


(Beliau2min TKM yang giat memotong daging korban) 


                                              (Amin&;Adik Somel TKM)


                                            (Pak Cik Cowboy TKM)
                                 (Aduh!!kenapa lah tanduk aq jadi mangsa)


                          (Takbir!! Allahuakhbar!!..Besar juga ye kerbau ni)


(banyak juga isinya kan payah nak di potong..Dirumah istri aq yang buat)


                        (Pembahagian daging Korban..mari2 RM 2.00 Sekilo!!)
                        (Adik2Min yang memeriahkan lagi Program)
 
 
    (Sesi pembahagian Daging Korban)
 
 
Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya
Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah
perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.


Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin
mendekatkan diri kepada-Nya.


Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

(yang berjaya di korbankan!!)
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.
Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

(Sesi membuka kulit hihi)

1 comment:

  1. Salam`alaik..untuk melayari blog masjid al ikhwan sila ke www.masjidalikhwan.blogspot.com

    ReplyDelete