"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Thursday, November 18, 2010

Sambutan HARI RAYA KORBAN Di Institusi pengajian rendah SMK TOBOBON



   Asalamuallaikum..
Bicara semanis kurma permbuka madah..
madah di hias syukur kehadratnya..

Bangunannya tersergam indah..
Memanah hati setiap yang memandang..
Persaudaraan terjalin ukhuwah Fillah..
Bersama berganding bahu memacu kecemerlangan gemilang..
Semarak Tebobon Terlakar sudah..
Kian Mencipta sejarah Terulung..

Setinggi kesyukuran ana panjatkan Kehadrat Allah,kerna dengan izinnya pada
18.11.2010
dengan jayannya Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang julung-julung kalinya telah diadakan dengan kerjasama Saf PANATIA AGAMA ISLAM,PERPIS,Dan Geng Guru-Guru Cemerlang Smk Tobobon.Program yang Pertama Kali diadakan setelah selama 5 tahun ana berada di sekolah ini,mengamit seribu kenangan terindah.Program iini bukan sahaja memberi peluang pada semua warga Smk Tobobon untuk menghayati maksud di sebalik hari raya korban malah sangat2 tidak dapat dinafikan lagi ianya juga merapatkan hubungan antara GURU&PELAJAR,PENTAKBIR SEKOLAH&GURU,PELAJAR&PELAJAR.

Sekalung ucapan tahniah juga ana ucapkan kepada barisan pendidik-pendidik Smk Tobobon kerna semakin hari semakin banyak perubahan POSITIF yang berlaku.Beberapa hari sebelum program ini,telah diadakan HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK TOBOBON buat kali yang Pertama juga.Tahniah pada SAF PIMPINAN PERPIS yg majoriti mendapat anugerah antaranya ialah:

 Adik Fauzan Dahlan,
Adik Mastura,
Adik Ezzati Bustam,
Adik Nilmawati
Mohd Aiman
Irawan Ridduan,
Nur Suhaila
&
Mohd Arafat
                          

Sangat wajarlah ana sebagai warga smk tobobon untk merasa bangga di atas perubahan ini,Kerna bagi ana sendiri bukan mudah untuk membawa perubahan pada sesuatu perkara..mungkin andai di perkatakn memang mudah tapi untuk melakukannya memerlukan pengorbanan yang cukup besar.Nak tahu siapa nahkoda yang mengemudi KAPAL SMK TOBOBON?nahkoda yang di tugaskan ialah Mr Loh Koh Cheang.Ana sangat respect dengan nahkoda ini..Walaupun pun bukan beragama islam,tapi beliau tidak pernah menghalang apa-apa pun program Islam di sekolah dan menghormati perasaan penganut agama lain,malahan semangat yang beliau curahkan pada kami..Tahniah Mr Loh!!
                             (cikgu shaharudin yang bersiap sedia nak potong kamBink)


Suasana Sambutan hari raya korban sangat2 meriah,peluang pertama kali dapat beraya dengan semua warga smk tobobon telatah guru-guru memasak bersama pelajar sangat memeriahkan suasana terpancar wajah kegembiraan di setiap warga smk tobobon bahkan Acara m`yembelih mangsa  Korban memberi serba sedikit pengalaman kepada pelajar&guru2.

Sungguh kemeriahan program tidak dapat ana gambarkan melalui kata-kata..akhirnya ana membiarkan gambar untuk berbicara.. 






 (Suasana sebelum memasak sesi potong memotong)


 (Pelajar yang fokus mengali lubang Kubur hihi)


 (Sesi potong memotong)


( Pimpinan Perpis yang berposing di belakang tabir)


(Cikgu Ramzamzan yang hari2 tawaf sekolah hari ni kerja tembak kambing guna air)


 (Barisan guru laki2 dan pelajar yang di tugaskan kejar kerbau hihihi)


 (Wira-wirawati smk tobobon yang kusyuk bertakbir bersama-sama)


 (Eh!pak cik guard la..hari ni keja part time ikat kerbau)


 (Eh!Mr Faiz tengah fikir Formula Add maths tuk kira berapa KG daging korban nak bagi pelajaR,haha)

 (Ini dia!Ustazah azimah..pembaca berita Perpis..hehe jgn marahnya ustazah)


 (Ni Ckgu Zainudin PK HEM sekolah..Cikgu paling Profesional!tengok tu busy sntiasa On Call hihi)


 (Ni pula org2 kuat perpis&Tok Guard pelajar smk tobobon)

 (Ni sesi buat sarapan pagi,air tangan guru2 nama resepi Roti kaya@daging korban haha)

 (Hah!!ni dia cikgu paling sportink..ckgu shaharudin tgh mencuba memotong dagin manusia hhaha..Bismillah dulu ye cikgu..)


 (Inilah dia UMMI PERPIS,fuh dengan senyuman ayu lagi ustazah haflah buat keja taw nak kena ambik gambarkan hehe)


(Ni pula barisan pelajar2 yg turun padang memasak bersama guru2.. peace dulu..)






 (Hah!!Ni pula drunk azrin yang tengah nyanyi lagu rock,hihi xlae drunk Tok Arin,Tok Nald,Tok Meer,pakcik Fauzan tgh mengetuai takbir raya lae..)


 (Genk Tobobon tgh kerjakan kaki kerbau)


(Ekh eleh,husaini pun nak menyibuk juga..keluar tu dlm spm mcm nak potong daging!!)

 (itu dia..macam pasar ikan pun ada..Cikgu datu tgh bagi motivasi pada pemotong2 daging haha)


 (Haha macam pasar daging Korban )


 (antara masakan yang di jamukan)


(Pimpinan perpis yang turut menyumbangkan tenaga)


 (Gembiranya Cikgu Harris tu ye..sangat kelihatan giginya dari jauh)


 (Wah dapat makan Free!!)


             (Adik nak daging kerbau ka atau daging manusia?haha)


 (Makan Tym!!)


 (Uhh!!pelan2 ye cikgu)


 (T.Lily!!kesian t`lily ni sarat mengandung tapi still turun padang cayalah teachr!..)


 (Gelagat guru2 macho smk tobobon)


                       (Dengan penuh semangat ustazah solehah berteriak hihi)


Pada 19 NOv pula telah diadakan perhimpunan terakhir bagi sesi 2010..,seperti biasa wira&wirawati tebobon akan berkumpul di dataran Tun Hussein Onn .Suasana pada mulanya agak ceria dengan penyampaian hadiah2 bagi aktiviti sepanjang tahun,namun suasana itu tidak bertahan lama..


Tiba-tiba sahaja suasana semakin sayu..satu demi satu pihak pentakbir berucap memberi semangat pada wira-wirawati tebobon..sedikit demi sedikit air mata ana jatuh tanpa di duga mendengar kata-kata harapan para pentakbir sekolah yang di mulai dengan Encik Zainudin PK 1 sekolah.


Sekali lagi jiwa ana di hambat dengan rasa sayu bila mendengar berita dari Cikgu Din bahawa cikgu tersayang ana yang ana kenali dari ana tingkatan 1 bakal meninggalkan sekolah dan berhijrah ke Amerika Syarikat iaitu Cikgu Shaharudin.Beliau merupakan penolong kanan Kokurikulum bagi sesi 2010.Sangat2 tidak dapat disangkal lagi ana dan warga smk tobobon sangat merasa perubahan yang beliau bawa.Hari anugerah Kokurikulum juga adalah idea emas Cikgu Shaharudin.Cikgu Shaharudin juga telah menyelamatkan seluruh warga sekolah dari mendapat markah kokum yang rendah,iainya adalah hasil alternatif beliau yang mencari cara agar kehadiran Kokum pelajar adalah di tahap yang maksimum.


From Bottom Of my heart,he is so special for me.Ana mengenali beliau bukan baru setahun tapi sudah 5 tahun.Seorang guru yang sangat peramah,dan motivator yang baik.Setiap kali bercerita bersama beliau pasti ada input yang beliau curahkan pada ana agar terus maju kehadapan.Tahniah Cikgu!!Moga terus istqmah..


Ana tertarik dengan kata-kata yang selalu Mr Loh selalu sebut..(Saya tidak pernah mengenal erti kegagalan dan saya tidak mahu anak2 didik saya gagal!!!)


Kata-kata yang pendek..tapi menanpakkan kesungguhan&keikhlasan Mr Loh dalam mencurahkan bakti.. how about muslim??Kita sgt kekurangan pendidik yang ikhlas dalam mencurahkan bakti,kerja hanya kerna ingin menyara hidup.That`s Wrong!!

Wake up!!kita harus ada rasa malu pada insan seperti Mr Loh,walau bukan beragama islam tapi beliau ada prinsip hidup yang sangat jelas.Diantara kata-kata lain beliau ialah "We must always Think Positive"  lagi2 dalam sebuah keluarga besar Seperti smk tobobon dari Pengetua,Guru-guru,hingga lah para pelajar agar orginasasi kukuh terbina.




Sungguh kini hanya ana biarkan kalam berbicara meluah rasanya di hati..
Bila semakin di ambang exam,sometimes keyakinan mula pudar tapi sekali lagi pintu keyakinan ana di ketuk dengan kata-kata cikgu zainudin (Guru-guru  tidak pernah ada keraguan untuk tidak meraih kejayaan pada pelajar-pelajar smk tobobon  meskipun sebesar biji sawi)


Akhirnya lagu semarak tebobon mengakhiri perhimpunan..satu lagi yang perlu di banggakan lagu ini adalah hasil nukilan pelajar smk tebobon sendiri.Lagu yang sangat menyunting semangat pelajar2 untuk terus menyayangi sekolah.Di postink seterusnya akan di paparkan lagu yang menduduki carta 1 di hati warga smk tebobon..tiap kali mendengar lagu ni secara automatiknya tangan akan bertepuk,semangat bakal berkobar!!tidak percaya??sila cari sendiri lagu tu..Best,lagu tu baru saja di nukilkan tahun ini,tu lah ana kata institusi smk tobobon banyak mencipta langkah baru pada tahun 2010 ni..Tahniah warga institusi  smk tobobon!!


Huhuhu,sayu rasanya bila teringat sejenak bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir berada Di Institusi pengajian rendah smk Tobobon,Tempat di mana ana di tarbiyah memperjuangkan Islam..Tempat dimana kami Remaja2 Islam Smk Tobobon Menabur jasa&tenaga.Moga sahaja kenangan-kenangan terindah Di SMK TOBOBON ini dengan izinnya Allah Tidak luput di ingatan.Doa ana moga Pendidik-pendidik WIRA&WIRAWATI SMK TOBOBON Terus berjuang demi melahirkan generasi yang Cemerlang di dunia mahupun diakhirat.




No comments:

Post a Comment