"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Sunday, April 29, 2012

Pasrah...

      PASRAH SEGALANYA
     "Pernah hati ini terguris "
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

*********************************

Alunan lagu "Pasrah segalanya"  menghiasi malam yang cukup indah ..
Melihat suasana malam.. smbil menghayati tanda-tanda kebesaran ALLAH.. 

Tanpa di sedari airmata mula bertitisan..
satu ayat yang mula menerobos masuk ke seluruh pertahanan Minda!!
"tidak mungkin kita punya kekuatan melainkan datang daripadanya.."

Terimbau kenangan-kenangan lama sewaktu berada dalam halaqah..
Kini..kenangan hanya tinggal kenangan..

Dulu..
Ketika memegang tampuk kepimpinan Persatuan Pelajar Islam Sekolah Sebagai amirah Muslimat...
Seringkali ayat ini di ucapkan..xjemu mengingatkan sahabat-sahabat seperjuangan..
"Kita kena bersyukur dgn apa yang kita ada skrg,yakni segala mcm nikmat yg kta sedar mahupun x..hari ini kita d sini..esok kta xtaw kta d mana?..hari ini kita begini...esok kta xtaw kita mcm mana..hari ini ALLH pilih kita..esok kta xtaw..sama ada kta ini org terpilih atau x..maka tika ujian itu mula menyapa berdiri teguhla sebagai dirimU..xperlu jadi org lain..biar rebah jangan sesekali pernh berubah...."


Malam ini..
entah mengapa..sayu dan hibanya rasa hati ini..
bertemankan suasana malam yang cukup menenangkan..
tapi hati masih bergelora..
Langkah ini..
Langkah ini akan terus ku atur..
walau tanpa kehadiran mereka..
Mereka yang pernah berjanji untuk bersamaku tika suka mahupun duka ..
Janji hanya tinggal janji..
setelah keringnya air liur tika melafazkannya..
akan keringlah perkataan2 yang terlafaz...

semampunya..
cuba mengukir senyuman malam ini..namun geloranya hati semakin menghempas pinggir pantai kesabaran,hanya tangisan yang terzahir...

teringat kembali perbincangan bersama ayahnda dan ibunda petang tadi,begitu berat sekali kali ini aku membuat keputusan..perkara yang telah sebati dalam diriku..terpaksa aku tinggalkan buat semntara dan beralih pada yang lain..

setelah tapisan demi tapisan..
perbincangan demi perbincangan bersama ayahnda dan ibunda..

Akhrnya.. 
kata-kata dan nasihat mereka menjadi keutamaanku..
didikan,ksih syg  serta RESTU DAN REDHANya mereka yang ku perlukan ..
bukan "mereka" yang mulanya Daku kagumi..akhirnya kini tidak lagi...
pergilah kalian bersama keistimewaan yang kalian banggakan..
itu tidak pernah kekal dan sama sekali bukan milik kita..

Biarlah mulut-mulut manusia mula mengata..
"alaa..dya tu sengaja..alaa dya tu bagi alasan jak,padahal..alaaa..dya tu ..dll"
Fullstop!!manusia tetap dgn sifatnya.. 
" DON`T JUDGE THE BOOKS BY ITS COVER"

Setiap orang punya alasan tersendiri..
Kita tidak hak nak menilai mereka mengikut mata manusia kita yang terhad penglihatnnya..
Jangan sesekali samakan diri kita dengan orang lain..
SAYA DAN KAMU? tentu sesekali berbeza..

Masa untuk kamu turun berjuang..
tentu sekali tidak sama dengan dia..
kekangan yang dia hadapi tentu sekali tidak sama dengan kmu..
Justeru itu..dalam sebuah orginasasi..
Kesefahaman dan nilai memahami perlu di terapkan..
Yes if u ur the senior..
Contoh yang baik perlu di tunjukkan..
kalau orang bawahan tidak dapat memberi komitmen yang anda harapkan...
langkah strategik perlu di atur dan berhikmah perlu di rencanakan..
bukan dengan kata-kata pedas yang lebih tajam dari mata pedang di lontarkan..

Memang perjuangan ini pahit..tapi sebenarnya yang memahitkan adalah orang-orang yang sebaris dengan kta..bukan mush-musuh islam..

menerima kalian sebagai manusia..
membuat sya mudah memaafkan..
moga ALLAH MELINDUNGI DAN MERAHMATI kalian..
Langkah pengunduran diri ini ku lakukan

bukan sesekali niat di hati berundur dari perjuangan Islam
Tidak sama sekali..
Selagi ALLAH masih di hati..selagi Islam sebagai Agamaku..selagi kalimah Laillahaillallah bertakhta di hati..selagi itulah tugas menegakkan agama ALLAH akan ku laksanakan...
hanya untuk beruzlah..dan beralih serta menyumbangkan tenaga pada kelompok yang lain...walau di kelompok yang lain OBJEKTIF UTAMA DAN TUJUAN TETAP SAMA YAKNI UNTUK ISLAM..




 


No comments:

Post a Comment