"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Wednesday, June 1, 2011

T E R I M A K A S I H Kak Nisank!!!


Ku biar kalam berbicara
meluah rasanya di jiwa agar mudah kau mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan illahi..

Posting ini adalah hasil COPY N PASTE dari blog Ukhti Tersayang
Hasrat Di hati ingin sekali membiarkan CORETAN ikhlas ini terabadi di Dalam teratak Nukilanhatihamba.blogspot.com
Andai satu masa nanti diri ini pergi dulu mnghadap illahi..
Biarlah Coretan ikhlas lagi tulus dari insan yg bernama khairunnisa klem ini mnjadi kenangan terindah yang tidak akan terhapus dari ingatan..





Assalamualaikum wbt…”Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah”
semakin dekat hari, semakin hati ini rasa resah dan sayu…
memikirkan diri ini akan di tinggalkan pergi oleh dua orang adik kesayangan…
Detektif Suhaila Lani dan Lawyer Yuyu…
Hilang sudah orang-orang kuat, sayap-sayapku yang sentiasa menemani diri ini 
ke mana-mana sahaja…Memang agak berat untuk melepaskan mereka pergi, 
tapi ku relakan juga.
kerna ku yakin pemergian dua srikandi tercinta ini bukanlah untuk main-main sahaja..
tapi perginya mereka ini ke Syria dan juga Kedah adalah untuk mengutip benih-benih 
iman dan ilmu agar bisa di bawa balik ke bumi Sabah untuk di semai bersama dan hasilnya 
dapat di kongsi bersama…demi kemaslahatan ummah…InsyaAllah…

Alhamdulillah, 17 Mei yang lepas, kenduri kesyukuran di rumah Lawyer Yuyu 
selamat di adakan dan berjalan dengan lancar…Balik sahaja dari ofis pd 16 Mei, 
Lawyer Yuyu terus jemput and ‘culik’ dan di bawa ke rumahnya…
bermulalah misi kami di dapur sebagai penolong chef bersama 
dengan Detektif Suhailadan juga Lawyer Yuyu dan di ketuai oleh Co-Pilot Mama Yuyu…

Sungguhpun kami bukan berada di dalam slot muhasabah, kami tetap bermuhasabah…
bermuhasabah di hadapan bawang-bawang…
tak sure adakah kami menangis di sebabkan bawang ataupun penyampaian tersebut…
indahnya rasa ketika meluangkan masa bersama2 dengan adik tercinta di dapur, 
dengan pelbagai karenah dan gelagat mereka ni…terutama gelagat Si Doraemon 
yang takut dengan kucing…
dan si Yaya yang buat-buat merajuk tak mahu dipanggil Yaya…
bilalah akan ada kesempatan sebegini nanti…
semoga ukhuwwah ini akan terus terjalin sungguhpun berpisah beribu batu…
AKAK AKAN MERINDUI KAMU SEMUA, YUYU..SUE…

di sini, inginku kongsikan bagaimana kami berkenalan…suatu perkenalan yang 
aneh dan lucu…yang akhirnya bercambah sehingga bertautnya hati kami..kerana Allah swt…

DETEKTIF SUE

i) blog NISA” SEPANGGAR
DS : salam..ni kak Khairunisa? salam ukhuwwah kak…akhirnya jumpa akak jugakk..
selama ni dgr cerita psl akak jak…
KK : w’salam dik..salam ukhuwwah dr akak..bah,ikutlah program nisa’ sepanggar ya..
insyaallah kita leh berjumpa di situ…
DS : insyaallah kak…selalu dgr cerita psl akak nie..
KK : xda apa2 nya dik…insyaallah,kita jumpa nanti ya…

ii) blog Balqis Baltisha Basyeerah
DS : assalamualaikum ukhti…apa khabar???salam ziarah…
KK : w’salam…Alhamdulillah sihat…syukran ziarahnya..

iii) blog Nukilan Sang Hamba
KK : Salam ziarah dik…J
DS : Syukran kak..

iv) lawat tapak Kg.Padas
AA : Mlm ni ada program poli di tuaran. Nisa mau ikut? Abg buat muhasabah di sana..
KK : Owh…ok sj..pukul berapa??siapa jugak yg pergi nanti?
AA : Abg fezri, suhaila..itu sahaja la setakat ni..mungkin lepas isyak..
KK : suhaila?suhaila lani kah abg?
AA : entahlah..siapa suhaila lani tu?
KK : adik…dia selalu ziarah blog sy ni…kami kenal dr blog jak..teringin betol nak jumpa dia..
AA : xpasti pulak abang…suhaila ni biasa buat muhasabah dgn abg 
xpasti pulak org yg sama ke x
KK : owh…nantilah mlm ni,cuba cari dia..hehe

v) di Masjid An-Nur Tuaran
KK : assalamualaikum dik..maaf lambat dtg…
AJK : waalaikumussalam kak..xpa2..kak masuklah ye..
*******
KK : dik, kak nak tanya, mana satu suhaila lani ya?
AJK : erm…xpasti lah pulak kak…
********
KK : Zurah, kenal x mana satu suhaila lani?
Zurah : suhaila lani kak???erm..xtahu pulak mana satu kak…
KK : owh..xpalah ya…mungkin dia dah balik kot…
vi) Program Kampung Angkat Padas
KK : (monolog dalaman ) eh..tu mcm suhaila lani jak…mcm serupa dgn gambar dlm blog dia…
mungkin betul lah tu kot…p,awat dia xtengok sini???erm..xkenal kali…
KK : dik, sapa tu?suhaila lani kah tu…
Nafisah / Yuyu: iya kak nisa…suhaila lah tu kak..napa kak?
KK : akhirnya ketemu jugak…akak mencari dia..kenal dari blog jak…syukur…

~Di situlah bermulanya ukhuwwah kami…perkenalan dari ziarah blog sehingga membuatkan 
rasa hati ingin mengenali lebih dekat si empunya badan…
macam ada sesuatu yang mendorong diri ini untuk mencari Detektif Suhaila…
iya!!!Allah swt yang menggerakkan rasa hati ini untuk 
menjalin ukhuwwah dengan adik kesayangan ni..alhamdulillah…
sebuah ukhuwwah yang terjalin keranaNya…
akhirnya kami diketemukan ketika sebuah program kampung angkat..
februari yang lepas..sungguhpun perkenalan yang singkat, 
namun tautan hati kami seakan sudah terjalin berpuluh2 tahun yang lepas..
usia perkenalan bukanlah sesuatu kayu ukuran namun pengisian kepada ukhuwwah t`sbut.

"SKUAD MUHASABAH KRU "...akhi arif sudah meninggalkan 
bumi sabah, 
kini tiba giliran Lawyer Yuyu dan Detektif Suhaila...





bagaimana pula ikatan ukhuwwah terjalin di antara diriku dengan Lawyer Yuyu pulak??

i) perbualan di pelbagai tempat ( xingat )
KK : sapa yang incharge budak2 KRU ni ya?
HA : si yuyu..
KK : yuyu?? comel nama…ada nombor fon dia?
HA : xda pulak…dia rapat tu dengan budak2 KRU..
KK : owh ya..mesti bagus orangnya kan…
HA : memang..ada masa nisa g la jumpa dia..
KK : insyaAllah…
********
KK : salam…kenal yuyu?leh minta nombor fon yuyu?
AZ : w’salam..kenal..ada..untuk apa nisa?
KK : contact saja..tanya2 psl budak2 KRU…


ii) Mesyuarat Fasilitator Islamic Summer Camp 2010
KK :assalamualaikum…dah lama sampai?
MT : waalaikumussalam..x,baru jugak..
sambil bersalaman dan bertanya nama….
KK : owh..inilah yuyu….
Yuyu : iya kak…kenapa kak?
KK : akhirnya,jumpa jugak…
Yuyu : kenapa kak?huhu
KK : xda apa2 dik…hehe
********
KK : macam mana balik nanti?
Yuyu : kereta kak..
KK : jauh rumah?
Yuyu : dekat jugak kak…

~maka di situlah detik perkenalan kami…bergerak kerja sama-sama untuk KRU dan juga PSS
jazakillah adikku,Yuyu untuk semua pertolongan dan perkongsian yang telah di lakukan…
seorang yang lemah lembut, berperwatakan rendah diri dan patuh, itulah ciri-ciri pada 
diri Yuyu yang buatkan akak rasa sangat senang untuk dekat dgn Yuyu dan berkongsi...
akak harap segala perkara yang kita buat bersama-sama akan terus segar dalam ingatan..
.bilaman tidak berjumpa seketika, rasa gelisah semacam ...
indahnya ukhuwwah yang terjalin menerusi sebuah perjuangan kerana Allah swt...
dan tidak di sangka rupanya kita berdua telah di ‘cengkam’ 
satu isu yang sangat memeritkan dan menyedihkan..
membuatkan kita berdua sering rasa tertekan dan berdukacita…be strong,my dearest..
Allah swt is always be there for us…don’t miss a second and grab any chance to 
remember Him…
and also to commit as a beauty muslimah…



Selayar Ukhuwah, Serumpun Keluarga di Ufuk Dakwah
Terimbas dahulu…
Saat sebening cahaya menerjah kalbu
…Tatkala tarbiyah mewarnai sukmaku
Kala itu ku sedari
Hikmah takdirku jauh tercampak dari bumi sendiri
Ganjaran kepasrahan yang tidak terperi..

Di dalamnya ku temu… harga seorang aku
Di dalamnya ku temu
Nilai kecintaan pada Yang Satu
Sujud kehambaan pada Yang Maha Tahu
Di dalamnya ku temu
Ikatan erat teman searah yang tegar melangkah

Walau jalinan tidak sedarah
Namun terpateri kuat kerana Allah

Ku kenal erti ukhuwah
Ungkapan bukan sekadar kata, tapi suatu rasa
Bukan sekadar bicara, tapi zahir ternyata
Bukan sekadar omongan, tapi nikmat kemanisan iman
Catuan kasih di nurani insan
Berpadu berlandaskan Al-Quran
Bertaut hati kerana Tuhan

Ku tahu makna keluarga
Terbina bahagia bila islamnya jiwa
Menitip sepakat kala agama terjaga
Setelah awal mula suatu ikatan
Terpelihara di paksi kebenaran

Bila akarnya bertunjangkan keimanan
Bila dasarnya suci dari noda kekotoran
Ku sedar kemashalatan dakwah
Menangkis dakyah iblis laknatullah
Menyeru ummat kepada Allah..

Andai taruhan perjuangan adalah nyawa
Aku tetap rela, dalam meraih berkat dan cinta-Nya
Sedang pilihan di genggaman sekadar dua
Hidup mulia atau syahid di jalan-Nya

Kerana jiwa pejuang merindukan Syurga
Mengimpi mengharap bertemu Sang Pencipta


**akak copy paste sajak ni…
sungguh akak ingin buat sajak khas utk 2 bidadari kesayangan akak..tapi, 
sungguh akak xbisa menulis sebait pun kerana sungguh pada ketika ini 
hanya hati akak sahaja berbicara,sepi bermonolog dalaman sendirian…
akak xbisa keluarkan segala huruf2 yang menari2 di kotak minda akak…
setelah sekian lama awan ‘hold’ hujan selama ini,akhirnya menitis juga hujan semalam…
akak sangat menyayangi antumna…
doa akak sentiasa utk antumna..salam mahabbah dr akak…



"hidup ini ibarat sebuah pelayaran..pasti akan ada check point utk di singgah bagi beli stok makanan 

dan bersihkan diri, bertemu dengan orang baru di setiap check point....setelah itu, terpaksa di tinggalkan kerana
 perlu meneruskan pelayaran dan akan singgah di check point yang baru pada minit seterusnya dan 
pada setiap kali perpisahan itu sering kita berdoa agar akan di ketemukan semula..."

~erti hidup dengan berkongsi~

fax:
your@email.com
http://www.yoursite.com

2 comments: