"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Sunday, February 20, 2011

Sambutan MaulidurRasul & Pelancaran Tabung Dana Masjid




Asalamuallaikum Pembuka Bicara..
madah di hias puji dan syukur ke hadratnya
Teratak Jiwa kini membuka Tirainya..
Menyingkap Kembali Sirah perjuangannya
Insan Mulia Menjadi Tauladn Umatnya
Muhammad Itu namanya
Nama yang tersurat Dalam Injil  Juga Taurat..


Berabad-abad sudah berlalu,yang pasti namamu masih melekat di hati-hati kami.Sungguh tak pernah kami bertemu atau berjumpa denganmu tak pernah kami melihat langsung dakwahmu 
namun sinar cahaya itu mampu menebus zaman dan ruang, menembus perbezaan di antara seluruh umat manusia...cahaya itu tak pernah redup hingga akhir zaman


Rasulullah SAW , begitu agung namamubergetar hati kami , menangis , rindu bertemu dengan mu..rindu pada suri tauladan yang kau berikan..rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu...rindu pada kedamaian yang kau ciptakan..rindu pada kepemimpinanmu..Cinta dan kasih sayang mu tiada tara...Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu..
--------------------------------------------------

Alhamdulilah setinggi-tinggi kesyukuran kini ana panjatkan kepada Allah di atas keizinannya program pelancaran tabung dana pembaikan Masjid Al-ikhwan & Sambutan Maulidurasul berjalan dengan lancar sesuai dengan perancangan yang di atur dengan teliti,berstrategi,dan bertungkus lumus oleh Ahli-ahli JawantanKuasa Masjid.



Program  2 In 1  ini sangat Bertepatan dengan MISI yang di bawa oleh ahli-ahli  jawatankuasa Masjid iaitu "Melaksanakan Pengurusan Masjid Yang Berkualiti Bagi merealisasikan penghayatan Islam sebagai AD-DIN melalui pelbagai aktiviti pengimarahan.Sesuai dengan tarikh Sambutan Maulidurasul pada tahun ini iaitu 15Hb Febuari 2011,Pihak masjid mengambil kesempatan bagi mengadakan Sambutan Maulidurasul bagi menghayati dan mengingati perjuangan Rasullah S.a.w yang kita cintai. Bahkan Program ini sangat bertepatan dengan peranan masjid Taman Kuala Menggatal iaitu sebagai pusat penghayatan islam Di taman itu.




Program Ini di mulai kata-kata aluan dari Pengerusi Masjid dan seterusnya Pelancaran Tabung Dana pembaikan Masjid yang telah Di sempurnakan oleh yang berbahagia YB Datuk Hjh. Jainab D.S.P Hj. Ahmad .






Setelah itu program diteruskan lagi dengan Jamuan & Beramah Mesra Antara AJK dan  penduduk-penduduk Taman Kuala Menggatal.




Alhamdulilah Ikatan Ukhuwah &Kerjasama yang mantap telah menampakkan hasilnya.Bahkan jamuan yang terhidang andalah hasil dari kerjasama mak-cik2  kelab BINA INSAN&KAFA Taman Kuala Menggatal.Setelah mengisi keperluan Fizikal program di teruskan lagi dengan pengisian Rohani (Ceramah) Tentang sirah Rasullah yakni kehidupan dan perjuangan Rasullahb S.a.w.


Kuliah yang telah di sampaikan Oleh USTAZ EZRI sangat mantap dan mengetuk hati-hati yang sekian lama terleka dan jauh dari sunnahnya. Betapa Rasullah Itu menyayangi umatnya hinggakan detik2 akhirnya di  Dunia..UMMATI-UMMATI-UMMATI masih meniti di bibirnya.Kuliah yg di sampaikan oleh yang berbahagia al-fadhil Ustaz Ezri  sempat mengupas seba sedikit tentang rupa paras dan Fizikal Rasullah. Masya-ALLAH,sangat indah serta sempurna hinggakan ana sempat mengelamun,
(Fuh!alangkah indahnya andai dapat bertemu rasullah dan hidup bersamanya)
Muncul kecemburuan di hati pada serikandi-serikandi yang dipilih ALLAH menjadi pemaisuri Di hati Rasullah.Tapi apakan Daya siapalah ana jika di bandingkan dengan serikandi-serikandi yang mulia itu. =)





Akhlak Rasullah s.a.w memikat hati-hati yang memandang dan mendengarnya.
Kelihatan mak-cik yang duduk di sebelah ana tekun mendengar kuliah yang disampaikan ustaz Ezri sambil membelek-belek risalah yang diberikan.Walaupun sudah agak berusia namun semangatnya itu patut  ana contohi.!!

Setelah Ustaz Ezri selesai melaksanakan amanah yang di beri dan mengakhirinya dengan slide show yang sekali lagi mengetuk pintu-pintu hati insan yang terleka.


AkhirulKalam,setinggi-tinggi ucapan tahniah ana kalungkan pada AJK-AJK  masjid yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini.
Sesuai dengan firman ALLAH dalam surah As-saff ayat 4

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.


Ketahuilah setiap titis keringat yang mengalir kerna penat lelah demi Agama ALLAH,bakal menjadi saksi buat kalian di akhirat kelak,Tiap sen yang di sumbangkan bakal menjadi saham kalian di akhirat.Setiap tenaga yang di sumbangkan di jalan ALLAH bakal mendapat balasan yang setimpal di akhirat Dan setiap saat/minit/jam/hari yang kalian sumbangkan buat islam menjanjikan syurga yang abadi buat kalian Dengan Syarat Ianya KERNA ALLAH.

Disini disertakan, 

AKTIVITI MINGGUAN MASJID:

1.Majlis ilmu_(Kuliah Maghrib)
   ISNIN-Ustaz Ezri
  RABU-Ustaz Anuar
  SABTU-Ustaz ithnin


2.Kelas AL-QURAN
-Setiap SABTU


3.Tahlil,Bacaan Surah Yassin,solat hajat.
-Setiap khamis selepas maghrib


4.Solat Fardhu Jumaat
-Setiap Jumaat


KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN SEBARANG SUMBANGAN  DARI ORANG RAMAI UNTUK TABUNG PEMBANGUNAN&PENGIMARAHAN MASJID.
Disini di sertakan surat kebenaran dari pihak berkuasa







SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN KEPADA SETIAUSAHA /BENDAHARI MASJID
ATAUPUN
MELALUI AKAUN BANK ISLAM
(10-016-01-007871-4) 

P/S: Tabung sumbangan akan di tutup pada 30.04.2011

setiap yang anda sumbangkan 
"BAKAL MENJADI SAHAM ANDA DI AKHIRAT KELAK"


INGAT!
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA!

No comments:

Post a Comment