"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Tuesday, February 22, 2011

Bersama Dunia Pink Blogger!






SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.

TERIMA KASIH





Sunday, February 20, 2011

Sambutan MaulidurRasul & Pelancaran Tabung Dana Masjid




Asalamuallaikum Pembuka Bicara..
madah di hias puji dan syukur ke hadratnya
Teratak Jiwa kini membuka Tirainya..
Menyingkap Kembali Sirah perjuangannya
Insan Mulia Menjadi Tauladn Umatnya
Muhammad Itu namanya
Nama yang tersurat Dalam Injil  Juga Taurat..


Berabad-abad sudah berlalu,yang pasti namamu masih melekat di hati-hati kami.Sungguh tak pernah kami bertemu atau berjumpa denganmu tak pernah kami melihat langsung dakwahmu 
namun sinar cahaya itu mampu menebus zaman dan ruang, menembus perbezaan di antara seluruh umat manusia...cahaya itu tak pernah redup hingga akhir zaman


Rasulullah SAW , begitu agung namamubergetar hati kami , menangis , rindu bertemu dengan mu..rindu pada suri tauladan yang kau berikan..rindu pada kesederhanaan dan kepedulianmu...rindu pada kedamaian yang kau ciptakan..rindu pada kepemimpinanmu..Cinta dan kasih sayang mu tiada tara...Rahmatan Lil Alamin , memang itulah dirimu..
--------------------------------------------------

Alhamdulilah setinggi-tinggi kesyukuran kini ana panjatkan kepada Allah di atas keizinannya program pelancaran tabung dana pembaikan Masjid Al-ikhwan & Sambutan Maulidurasul berjalan dengan lancar sesuai dengan perancangan yang di atur dengan teliti,berstrategi,dan bertungkus lumus oleh Ahli-ahli JawantanKuasa Masjid.



Program  2 In 1  ini sangat Bertepatan dengan MISI yang di bawa oleh ahli-ahli  jawatankuasa Masjid iaitu "Melaksanakan Pengurusan Masjid Yang Berkualiti Bagi merealisasikan penghayatan Islam sebagai AD-DIN melalui pelbagai aktiviti pengimarahan.Sesuai dengan tarikh Sambutan Maulidurasul pada tahun ini iaitu 15Hb Febuari 2011,Pihak masjid mengambil kesempatan bagi mengadakan Sambutan Maulidurasul bagi menghayati dan mengingati perjuangan Rasullah S.a.w yang kita cintai. Bahkan Program ini sangat bertepatan dengan peranan masjid Taman Kuala Menggatal iaitu sebagai pusat penghayatan islam Di taman itu.




Program Ini di mulai kata-kata aluan dari Pengerusi Masjid dan seterusnya Pelancaran Tabung Dana pembaikan Masjid yang telah Di sempurnakan oleh yang berbahagia YB Datuk Hjh. Jainab D.S.P Hj. Ahmad .






Setelah itu program diteruskan lagi dengan Jamuan & Beramah Mesra Antara AJK dan  penduduk-penduduk Taman Kuala Menggatal.




Alhamdulilah Ikatan Ukhuwah &Kerjasama yang mantap telah menampakkan hasilnya.Bahkan jamuan yang terhidang andalah hasil dari kerjasama mak-cik2  kelab BINA INSAN&KAFA Taman Kuala Menggatal.Setelah mengisi keperluan Fizikal program di teruskan lagi dengan pengisian Rohani (Ceramah) Tentang sirah Rasullah yakni kehidupan dan perjuangan Rasullahb S.a.w.


Kuliah yang telah di sampaikan Oleh USTAZ EZRI sangat mantap dan mengetuk hati-hati yang sekian lama terleka dan jauh dari sunnahnya. Betapa Rasullah Itu menyayangi umatnya hinggakan detik2 akhirnya di  Dunia..UMMATI-UMMATI-UMMATI masih meniti di bibirnya.Kuliah yg di sampaikan oleh yang berbahagia al-fadhil Ustaz Ezri  sempat mengupas seba sedikit tentang rupa paras dan Fizikal Rasullah. Masya-ALLAH,sangat indah serta sempurna hinggakan ana sempat mengelamun,
(Fuh!alangkah indahnya andai dapat bertemu rasullah dan hidup bersamanya)
Muncul kecemburuan di hati pada serikandi-serikandi yang dipilih ALLAH menjadi pemaisuri Di hati Rasullah.Tapi apakan Daya siapalah ana jika di bandingkan dengan serikandi-serikandi yang mulia itu. =)





Akhlak Rasullah s.a.w memikat hati-hati yang memandang dan mendengarnya.
Kelihatan mak-cik yang duduk di sebelah ana tekun mendengar kuliah yang disampaikan ustaz Ezri sambil membelek-belek risalah yang diberikan.Walaupun sudah agak berusia namun semangatnya itu patut  ana contohi.!!

Setelah Ustaz Ezri selesai melaksanakan amanah yang di beri dan mengakhirinya dengan slide show yang sekali lagi mengetuk pintu-pintu hati insan yang terleka.


AkhirulKalam,setinggi-tinggi ucapan tahniah ana kalungkan pada AJK-AJK  masjid yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini.
Sesuai dengan firman ALLAH dalam surah As-saff ayat 4

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.


Ketahuilah setiap titis keringat yang mengalir kerna penat lelah demi Agama ALLAH,bakal menjadi saksi buat kalian di akhirat kelak,Tiap sen yang di sumbangkan bakal menjadi saham kalian di akhirat.Setiap tenaga yang di sumbangkan di jalan ALLAH bakal mendapat balasan yang setimpal di akhirat Dan setiap saat/minit/jam/hari yang kalian sumbangkan buat islam menjanjikan syurga yang abadi buat kalian Dengan Syarat Ianya KERNA ALLAH.

Disini disertakan, 

AKTIVITI MINGGUAN MASJID:

1.Majlis ilmu_(Kuliah Maghrib)
   ISNIN-Ustaz Ezri
  RABU-Ustaz Anuar
  SABTU-Ustaz ithnin


2.Kelas AL-QURAN
-Setiap SABTU


3.Tahlil,Bacaan Surah Yassin,solat hajat.
-Setiap khamis selepas maghrib


4.Solat Fardhu Jumaat
-Setiap Jumaat


KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN SEBARANG SUMBANGAN  DARI ORANG RAMAI UNTUK TABUNG PEMBANGUNAN&PENGIMARAHAN MASJID.
Disini di sertakan surat kebenaran dari pihak berkuasa







SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN KEPADA SETIAUSAHA /BENDAHARI MASJID
ATAUPUN
MELALUI AKAUN BANK ISLAM
(10-016-01-007871-4) 

P/S: Tabung sumbangan akan di tutup pada 30.04.2011

setiap yang anda sumbangkan 
"BAKAL MENJADI SAHAM ANDA DI AKHIRAT KELAK"


INGAT!
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG MENERIMA!

Friday, February 11, 2011

Orang ramai Di jemput Hadir!!!

Pelancaran Dana Kutipan Pembaikan Masjid Al-IKHWAN TAMAN KUALA MENGGATAL







Sukacita Di maklumkan bahawa  Masjid Al-Ikhwan Taman Kuala Mengatal Kota Kinabalu,Sabah akan mengadakan Pelancaran Kutipan Dana Pembaikan Masjid pada Ketetapan berikut:

TARIKH : 15 Febuari 2011
MASA : 11 Pagi
TEMPAT: Perkarangan Masjid AL -IKHWAN

"ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR"





TENTATIF PROGRAM:

11.00 pagi : Ketibaan Tetamu-Tetamu Jemputan
                   -Wakil Rakyat Kawasan Sepangar

11.30 pagi : Berzanji & DLL

12.15 tghari : OnLine With ALLAH (Solat Berjemaah)

1.00   tghari : Ceramah Khas

2.00   ptang : PERASMIAN PELANCARAN TABUNG KUTIPAN DANA MASJID

3.00   ptang : JAMUAN
                     ONLINE WITH ALLAH_Solat Asar
                     Lambaian Ukhuwah@Bersurai


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN SAFF PIMPINAN 
MASJID AL IKHWAN TAMAN KUALA MENGATAL:

Pengerusi : Sulaiman Laiman_


T. Pengerusi : Sarikin Marno_ (0198626584)


Setiausaha : Masrah Mossli_(0198623940) 


P. Setiausaha : Baharuddin mohammada daud (013-9379375)


Bendahari:En Mustafa Rahman_(013-8699074)


T.Bendahari : Lani Lait_(0198200750)





KEDATANGAN DATUK/DATIN/TUAN/PUAN/CIK/DATUK&NENEK/USTAZ/USTAZAH/
ADIK-ADIK
SANGAT DI ALU-ALUKAN

Moga dengan sedikit sokongan yang di berikan dapat membantu mengimarahkan lagi Sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran kutipan Dana pembaikan Masjid ..






Wednesday, February 2, 2011

Lembah Nil(Mesir) Kini Berubah


Assalamualaikum buat semua yang sudi menjamu matahati  disini.. 

" Sentiasa baca doa Qunut Nazilah - klik utk lebih jelas "
Alhamdulillah, segala pujian bagi yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa melontarkan segala idea ke akal fikiran kita, mudah2an segala yang tercurah dapat menenangkan hati2 yang resah..

Lembah NIL kini berubah.. Saya rasa sudah tentu semua blogger2 diseluruh dunia mewarwarkan berita tentang keadaan Mesir kini.. saya kira bukan hanya blogger malah semua website2 dan yang seangkatan dengannya telah menulis tentang tragedi2 yang berlaku di negara yang cukup terkenal dimata dunia ini..

Dan saya rasa terpanggil untuk menampal sebarang sokongan, cadangan, bantahan, dan sebagainya tanda saya mengambil berat yang teramat sangat terhadap apa yang berlaku kini..

Kebangkitan rakyat Mesir kini menggamit perhatian dunia kerana dijangka bakal merubah landskap politik di dunia Arab selepas kejatuhan pemimpin diktator di Tunisia, Zen Abidien Ben Ali.

" mesir yg dulu cukup dikenali dengan U. Al-Azhar "

1. Huru- hara dan rusuhan dihampir semua tempat di Mesir...

...Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar...


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat...


...Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung...

...Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara...

...Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas...
...Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk...


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak...

...Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan...

...Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius...

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga


" mesir kini "

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan...

...Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie...

...Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya...

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar...

...Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi...

...Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta...

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!...

...Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini...

...Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam...
....Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita...
...sebarkan berita mengenai ini...

... Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar...

8. Bacaan berguna...

...Website yang boleh mengetahui keadaan semasa di MESIR ialah :

..Al Jazeera..  

Marilah sama2 kita mendoakan agar kita, keluarga, sanak-saudara,sahabat2, saudara2 kita serta seluruh umat Islam yang berada dia MESIR dan dimana jua agar Allah sentiasa melindungi dan sentiasa memudahkan urusan.. Mohon dengan sangat2..

Ya ALLAH,, Andai bahaya di dunia ini menempah kerana menegakkan AGAMA-MU ya ALLAH kami rela utuk bertempur sebagai hamba yang SYAHID dijalan-MU agar kami dapat menikmati SYURGA-MU nan abadiey...




aminn ya RABB 'ALAMIN.