"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Saturday, January 15, 2011

Doa Di tolak????!




  • kita mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak Nya.
  • Kita berkata kta mencintai Rasulullah SAW, tetapi kta meninggalkan sunnahnya. 
  • kta  membaca Al-Quran tetapi kta tidak beramal dengannya
  • Kita telah rasa nikmat-nikmat Allah tetapi kta tidak mensyukurinya. 
  • Kita telah berkata bahawa syaitan itu musuh kta tetapi ktaa tidak menentangnya.
  • kita kata syurga itu benar tetapi kta tidak beramal untuknya.
  • Kita kata neraka itu benar tetapi kta tidak lari daripadanya. 
  • Kita kata mati itu benar tetapi kta tidak bersedia menghadapinya. 
  • Kita bangun dari tidur lalu kita katakan banyak keaiban manusia tetapi kta lupa keaiban diri sendiri. 
  • Kita kebumikan mayat saudara-saudara kita tetapi kita tidak mengambil iktibar dari mereka.


sungguh!
kita banyak bermain-main dengan Allah...
Seolah-olah ALLAH teman bercanda..

  kita lansung tidak  serius dalam urusan agama... 
Masih sempat duduk berpangku tangan..bergoyang kaki..
sedangkan masa yang di beri lebih sedkit berbanding tugas yang perlu di selesaikan

Lalu apakah lagi bakal kita persembahkan nanti saat bertemunya??

Tepuk Dada..mari bersama kita bertanya iman yang masih tersisa..

Mulakan Persidangan bersama Ahli-ahli kerajaan badan..

Lupakan langkah-langkah kita yang layu..!
mulakan lembaran baru..
Kerna Nur masih bersinar walau waktu telah berlalu..

Ar-rahman Ar-rahimnya ALLAH
masih terhidang buat hamba-hambanya yang ingin kembali pulang..



Ya ALLAH!!


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling


suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....






Ya rabb..suburkan jiwa ku dgn takwa padamu..
Suburkan kembali bunga-bunga d taman hatiku..agat tetap dgn pemilik n pencintanya..
Ku memohon pada mu ya rahman...
ya rahim..
Rela kini ku hidup bersendirian asalkan Cintaku padamu Tetap teguh....


Moga Cinta SAkura Di taman perjuangan subur kembali



Narrated By:NurFillah

No comments:

Post a Comment