Kau diberi amanah mendidikku..
Tidak mahu dengar kata!!!
Tidak mudah makan nasihat!!!
Kepala batu!!!!
Siapakah ikutanmu?
Siapakah rujukanmu?
Dalam mendidik aku yang lemah ini.?????
Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w?..
Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w?
Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
adam..
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu...
Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lalailah aku....
Lupakah kau duhai Adam????
Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan..
Akalmu sembilan, nafsumu satu.??
dan aku
akalku satu nafsuku beribu!!!
Tercipta AKU dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi..
jangan!!!
aku bukan untuk di sanjung..
aku tidak sehebat muslimah dulu..
bila kau dekati ku kerana kebaikan ku..
satu hari kau pasti kecewa bila aku melakukan kesilapan..!!
KAU pasti tidak mampu menerima dan memaafkan..
JANGAN!!DEKATI KU KERANA PARAS RUPA KU
aku yakin dan pasti satu hari bila iainya telah pudar..
Maka engkau pun akan menjauhi ku..
Dari itu Adam
gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku...
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai...
Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku kalimah..
syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah.
Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku
agar aku mampu tetap
menjadi mujahidah kekasih Allah...
By:NuR_fILLah
No comments:
Post a Comment