"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Sunday, May 9, 2010

Mrs Conan:Selamat Menjalani Imtihan..








indah kasih buat tuhan..
indah rupa tidak bertahan..
indahnya ukhuwah bersulamkan iman..
salam imtihan saya tebarkan..


Mrs Conan Inside
alhamdulilah..pejam celik..dae sampai semester 1..
minggu ni adalah minggu yang Ana istilah kan sebagai "virus demam exam"


Fenomena yang biasa berlaku bila tiba yee musim exam..si buku sangat di sayangi oleh tuannya..hingga kan pergi tandas..makan..lepak..b`program...si buku sentiasa di tangan..
Apa2 pun..Selamat m`jalani Imtihan..ingat tanpa ujian..
"TIDAK MUNGKIN KITA DAPAT MEMPERBAIKI DIRI KITA"

Salam imtihan buat Adik usRah Ana "geng Qurratu`Ayun 2010",Warga PERPIS,Warga KRU,dan Genk 5 STEK..
kEluarkan peluru2 anda..Bersiap sedia ..
insyaallah..dengan usaha yang ada..allah pasti bersama kita..

ma`a TaUfiq WannAjah FiL imTihan"

Nur Fillah_93






Saturday, May 8, 2010

Karamallahuwajjah Vs Az Zahrah!!!


Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu…
di pelamin kemiskinan
Fatimah…
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad
Kau bermandi keringat
Jauh-jauh mencari air…
di padang pasir

Di sengat sinar mentari
Sedikitpun tidak kau kesali
Untuk suami, kerana Ilahi
Ali…
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor
Syair setajam senjata
Gagah sekukuh kota
Kau kunci gedung nubuwwah
Kau fakir yang pemurah
Kau wira di sebalik selimut hijrah
Berkorban nyawa untuk Rasulullah
Ali & Fatimah…
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi
Lalu diluahkan ketandusan upaya
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi
Untuk menanggung beban keluarga
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya
Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan
Lalu diberikan zikir sebagai gantian
Tiga kalimat sarat keberkatan
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar

Lalu esoknya mereka datang lagi…
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!
Mereka miskin harta tapi kaya jiwa
Sering berpisah tapi tak gundah


Mereka bercinta kerana Allah
Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajjah,
seorang wanita yang az zahrah!

By:Nur Fillah_93TbS

Saturday, May 1, 2010

JANGAN!!!!JANGAN!!!!

HATI nya UMPAMA kaca
JANGAN!!
sentuh dengan kekerasan
kelak ia kan pecah
bantulah lah dia..pimpinlah lah dia..


AKALNYA Senipis BILAHAN rambut
JANGAN!!!
Ditarik paksa..
kelakkan putus..
bantulah lah dia menebalkkannya LIMPAHAN ILMU..


jangan!!


Di tuduh dia sesat..jangan dikata dia tidak beriman..
JANGAN!!!
dItanya kenapa auratnya di buka.!!!
Jangan Di tanya kenapa mahkota yae telah di rampas!!!
Jangan Di tanya kenapa pergaulannya melampaui batas..!!!!
Jangan Di tanya kenapa begini dengan wanita akhir zaman..!!!!!
Jangan Di tanya kenapa dengan ini jalan yang di pilhnya!!! ..


JANGAN!!!


di tanya kenapa!!!
Semakin banyak pertanyaan yang kau lemparkan..
Jawapannya tetap ada pada dirimu sendiri


Tundingkan jari itu kembali pada Dirimu..
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita.
Kau diberi amanah mendidikku..


Kau selalu mengata, Hawa memang degil!!!!
Tidak mahu dengar kata!!!
Tidak mudah makan nasihat!!!
Kepala batu!!!!
Tetapi duhai Adam,
Seharusnya kau bertanya kepada dirimu,
Siapakah ikutanmu?
Siapakah rujukanmu?
Dalam mendidik aku yang lemah ini.?????

Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w?..
Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w?
Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
adam..

Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu...
Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lalailah aku....

Lupakah kau duhai Adam????
Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan..
Akalmu sembilan, nafsumu satu.??
dan aku
akalku satu nafsuku beribu!!!

Tercipta AKU dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi..

jangan!!!

aku bukan untuk di sanjung..

aku tidak sehebat muslimah dulu..

bila kau dekati ku kerana kebaikan ku..

satu hari kau pasti kecewa bila aku melakukan kesilapan..!!

KAU pasti tidak mampu menerima dan memaafkan..

JANGAN!!DEKATI KU KERANA PARAS RUPA KU

aku yakin dan pasti satu hari bila iainya telah pudar..

Maka engkau pun akan menjauhi ku..

Dari itu Adam
gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku...
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai...
Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya
.


Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku kalimah..
syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah.
Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku
agar aku mampu tetap
menjadi mujahidah kekasih Allah...

By:NuR_fILLah