"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Monday, January 11, 2010

MUHAB`S Buat`S Mu DAIE`S

U.S.R.A.H


abang, kalau usrah minggu depan kita semua pegi Bowling nak x?” 
cadang seorang ahli usrah pada Naqib nya. 

“ish nta ni, usrah ni benda agamalah.. bukan benda main-main, main bowling tu cenderung pada maksiat, tapi yang kita berusrah ni ibadat, jangan campurkan hak dan batil.. HARAM HUKUMNYA! Bagi cadangan yang bernas sikit, buat majlis zikir-zikir ke, halaqah quran ke, tazkirah mingguan ke itu barulah USRAH IBADAT dan BERKAT!!” ‘kebengangan’ dan respon kontradik si naqib terhadap cadangan yang diberikan..

“kamu ni syahidan!! mengadap internet hobi kamu..??? apa kamu fikir internet tu boleh beli tiket online masuk Syurga?? Banyak maksiat je dalam internet tu nak dibandingkan ibadat..kamu kena tukar hobi kamu ni, banyak mengadap Al-Quran kan bagus!” bergelora jiwa si pelajar menerima bebel ‘justifikasi’ dan ‘saranan’ si ustaz..“



Kung-Fu Panda n Naruto pun nta layan??? Memang nta ni berfikrah kartun lah, cuba anta ambil filem dalam hardisk ana ni, cerita Imam Syafie, Imam Malik, Bilal bin Rabah, Ashabul Ukhdud, macam ni baru la ISLAMIK!!, jangan doktrin pemikiran kita dgn budaya westernisasi..”, 


‘tazkirah santai’ si farhan pada si roomate..
Da’ie ‘bijak’ membuat justifikasi dan hukuman, Kreatif mencari ruang-ruang kesalahan sasaran untuk dijadikan modal Islah dan Dakwah, keupayaan mentakhrij hukum di lapangan medium dakwah kadang membuatkan diri terasa ‘akulah da’ie muslim teristimewa’ atau ‘akulah ikon pendakwah dunia’.. hikmahnya seolah-olah terbang, kononnya Al-Quran dan Sunnah itu yang dipegang.. lancar lidah mengeluarkan perintah hukum mati, tanpa sedikitpun berbaur empati.

A.M.A.N.A.H.M.UA.M.A.N.A.H.M.U 
(Amar Makruf Nahi Mungkar)

benar sekali ia sememangnya tanggungjawab bersama. Perkara yang menjurus kepada maksiat sememangnya perlu untuk dijauhi, Perintah Allah dan Ajaran Rasul untuk ‘menjemput’ sasaran menjauhi perkara-perkara yang bersifat terlalu keduniaan pasti ada hikmahnya, ada jua caranya. Allah Taala memerintahkan agar Amar Makruf Nahi Mungkar itu dilakukan bukan hanya sekadar dengan ARAHAN dan HUKUMAN, namun ianya PAKEJ LENGKAP dengan JALAN KOMUNIKASI dan HIKMAH bagaimana untuk memberi jemputan.



“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan HIKMAH dan NASIHAT YANG BAIK dan BANTAHLAH MEREKA DENGAN CARA YANG BAIK. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” An-Nahl : 125



Hikmah itu baik, nasihat juga teramat baik, berbantah juga memerlukan cara yang baik namun terus menerus menghukum bukanlah cara yang terbaik. lalu Hassan Al-Banna berkata ‘Kita adalah ‘penjemput’ bukan penghukum’Dunia dan Materialistik itu ibarat rokok dan dadah ketagihan, pantang dicuba amat sukar sekali untuk meninggalkannya, apatah lagi bila menjadi sebati dengan jati diri. 


Justeru bukan sekadar dunia itu menjadi topik utama, namun jalan-jalan mendekatinya jua perlu berhati-hati dipilih agar tidak lemas didalamnya.Namun terkadang semangat A.M.A.N.A.H.M.U yang membuak-buak di dalam diri Da’ie Pasca Volkswagon membuatkan mereka begitu emosional dan tidak mampu beradaptasi dengan HIKMAH dan keadaan semasa, menyerang Mad’u Pasca Playstation bagaikan menghukum pesalah Mandatori hukuman Mati!Salah si mad’u bukanlah SUBJEK UTAMA yang memerlukan perdebatan panjang si da’ie, apatah lagi HARAM itu jelas dan HALAL itu jelas, adakala hukum yang lain jua perlu diambil kira kesesuaiannya selain hukum yang dua (HARAM dan HALAL)Persoalannya apakah bowling, kung-fu panda, naruto, internet itu menjadi masalah utama (Prime Problem)?



Atau sekadar masalah yang diada-ada (Presenting Problem)? Bukankah bowling,kungfu panda dan sebagainya itu sekadar kemuncup dalam permasalahan? (Nonsense Problem)? Tinggalkan simptom-simptom permasalahan dan berusahalah memberi KEFAHAMAN..Mad’u Pasca Playstation memerlukan Da’ie yang melihat sesuatu yang terSIRAT di sebalik yang terSURAT, bukan dengan melepas kemarahan demi kemarahan, membaham melalui jalan kotor SMS, YM, Email dan Chatbox, mengherdik kiri dan kanan, mengisytiharkan ‘perang malaikat dan syaitan’, mengalun kemarahan dengan kemarahan, menghukum dengan mandatori hukuman.



Ketepikanlah sentimen mandatori, Memberilah dengan nilai empati.. melihat permasalahan di luar kotak bukanlah apa yang sekadar terlintas di dalam otak.. autopsylah apa yang terpendam didasar hati mereka, bukan mengenggam apa yang sekadar terlintas di mata.Usahlah memberi tekanan dengan kata-kata ‘motivasi’ yang membuatkan mereka untuk terus bergelumang di jalan dosa, tetapi binalah hubungan dan perlihatkan mereka bahawa disini kita ingin menyediakan Syurga Impian, Diane Lemons di dalam Chicken Soup for the Teenage Soul menyebut :“..I would do less Correcting and more Connecting..”“..saya akan kurang melakukan teguran (memberi tekanan) dan saya akan lebih melakukan perhubungan/persahabatan (memberi kefahaman)..”



UBAHKU UBAHMU JUA, KASIHKU KERNA AMANAHMU JUA
.A.M.A.N.A.H.M.U 


Itu bukan berorientasi di dalam perkataan MENCEGAH sahaja, namun memerlukan kepada apa yang disebut sebagai MENGUBAH.UBAHlah mereka kepada kebaikan, BUKAN MENCEGAH! ,
PINDAHkan mereka kepada kebenaran, BUKAN MENYANGGAH!.



Zina itu perkara yang haram, maka diUBAH dengan perkahwinan, Riba itu haram maka, diUBAH dengan jual beli, Arak itu juga haram maka diUBAH dengan susu dan madu. Begitulah Islam menetapkan, formula teori yang seharusnya digunaProtes dan kontradik Mad’u Pasca Playstation lazimnya adalah kerana ‘gajet dan aksesori’ yang digunapakai Da’ie Pasca Volkswagon tidak ‘compatible and suitable’ dengan keadaan semasa, walaupun kita mempunyai satu produk yang terbaik yakni Al-Quran, namun malangnya kita ketandusan promoter-promoter yang baik yakni Da’ie.Kebrobokan yang berlaku di dalam institusi diri mad’u adalah kerana kegagalan sistem pertimbangan yang terdoktrin di dalam ‘akidah’ jati diri mereka dan dominasi ‘tabiat memandu’ yang telah bertunas dan berakar tunjang sejak sekian lama didalam diri mereka, mengubah ‘akidah’ dan mencantas ‘akar tunjang’ bukan lah semudah menyebar kata nista dan amarah, atau semudah menyapu sampah!


Justeru wahai da’ie, nilailah kembali kerelevenan ‘volkswagon’ mu, Longgarkanlah belenggu-belenggu yang mengikat da’ie mu, seharusnya engkau menerima sebelum memberi, bersihkanlah dari dalamnya sebelum membentuk yang luarnya (inside-out), fahamilah jiwa sebelum mengucap kata yang mengundang bencana dan nista!UBAHLAH PENDEKATAN MU, MAKA AKAN TERUBAHLAH DIRIKU, TERIMALAH KASIHKU KERNA KU TAHU ITU AMANAHMU.. “



berbicaralah dengan manusia melalui kadar kefahaman mereka-Saidina Ali R.A”WIN-WIN SITUATION Tugas Menghambakan jiwa hamba adalah satu agenda yang terlalu agung, seagung namanya begitulah sesukar tugasnya, sesukar tugasnya begitulah memerlukan sebanyak metod dan manhajnya.



Dan dengan manhaj yang kaya inilah ianya mampu mengubah diri mad’u untuk melihat hidup ini sebenarnya adalah sebuah kehambaan diri pada Allah s.w.t.Sedarlah, halangan, Amarah dan tintah perintah keterlaluan yang termuntah dari lidah tidak bertulang itu bukanlah JALAN SINGKAT untuk mereka mengenal tuhan, tetapi ianya jalan singkat untuk mereka lebih jauh meninggalkan tuhan.
Biarlah langkah kita berdengket-dengket, namun ia masih mudah untuk digigit. Berbanding mengambil jalan shortcut, kita kan terus ditinggal tanpa syarat!



Wahai si daie..Teruskan langkahmu dalam berdakwah, namun perbaikilah juga ‘volkswagon’ mu yang bermasalah, jangan melihat ‘playstation’ itu sebagai punca masalah, namun cuba perkayakan dirimu dengan hikmah.

Lapangkan hati, ikhlaskan niat, jalankan dengan hikmah.. dan yang utama sedarlah segala-galanya adalah kerana Allah, bukan kerana amarah..“ Maka berilah peringatan, Karena Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan. bukanlah Kamu orang yang berkuasa memaksa mereka (menerima peringatan)” al-ghassiyah 21-22“


Maka dengan rahmat Tuhan Mu, berlemah lembutlah terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap keras hati dan kasar pasti mereka akan menjauhkan diri dari Mu, oleh itu maafkanlah mereka dan mohonkan keampunan kepada mereka...” al-imran ayat 159
By:Pena Lading..

No comments:

Post a Comment