"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Thursday, December 31, 2009

Insan pilihan Hati Rospink..

Doa di hulurkan pembuka bicara..Asalamuallaikum buat mata2 yang sedang menatap blog silau nie(hehehe)..
Kali ini,Rospink nak berkongsi m`genai seorang Penulis yg Rospink Kagumi..kira idola rospink lae juga dalam bidang penulisan nie..sejak hati tertarik m`baca bait2 syairnya..disitulah rospink mula berminat menukilkan kata2 dri hati..Rospink sangat mengagumi beliau,lagi2 bila rospink tahu pahit getir yg beliau alami selama m`jadi penulis...Nak tahu siapa org yae????
jeng..jeng..jeng
hehehe...
TaRa..??!!!
oRg yg sangat rospink kagumi ialah
DR. 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
Beliau juga
adalah salah satu ulama muda
terkenal di Arab Saudi...
Jom kita singkapi..siapakah insan yg rospink kagumi nie..
kelahiran 1379 H (1960 M) Dia saudara kita dlm islam..
Nama yg dikurniakan
Dr. 'Aidh Abdullah bin 'Aidh al-Qarni.
Nama al-Qarni adalah
penisbatan tempat kelahirannya, sebuah daerah di selatan Arab Saudi.
Ia menamatkan program sarjana (Lc), magister (M.A.) dan doktor
di Universitas Islam Imam Muhammad bin Su'ud, Riyadh.

Hafal Al-Qur'an dan kitab Bulughul Maram, serta telah mengajarkan 5.000-an hadits dan 10.000-an bait syair. Sekitar 1.000-an judul kaset yang berisi ceramah agama, kuliah, serta kumpulan puisi dan syair karangannya telah dipublikasikan.

Hah!!Nie paling best..mmg patut pun rospink kagum dgn beliau..Beliau juga seorang PEJUANG AGAMA yg sangat Berani..(Insyaallah rospink akn susuli keberaniannya....)

Keberaniannya menyuarakan kebenaran juga sempat membuatnya merasakan jeruji besi pemerintah Al-Saud. Kesalahnnya saat itu, ia dan kawan-kawan ulama mudanya berani berteriak lantang menentang kehadiran pasukan Amerika Serikat di Arab Saudi atas undangan pemerintah Al-Saud...

Nak taw tidak..????Pena baca Buku LAH TAHZAN???buku nie di karang oleh beliau suatu merasakan jerugi besi(berbelit nak ckp,Maksudnya pENJARA) pemerintah al saud..HuHu..nak taw lagi?? pengeluaran buku yg pertama Dr Aidh Abdullah tidak menerima sesen pun dari hasil penjualannya..Tapi insan istimewa ini tidak mendakwa mana2 pihak..Nak taw apa rahsia insan istimewa ini???RAHSIA YAE IKHLAS MENULIS UNTUK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA UMMAH..allahuakhbar!!!Hebatkan..??bagi sue sangat hebat..tidak taw plak bagi org lain..hehe..

Em..Rospink nak undur Diri dulu..ada komitmen lain..huhu Sama2 kita Jaga Diri ..Jaga hati..jaga peribadi..Jaga islam..Takbir!!!




Wednesday, December 30, 2009

Makam SyuHaDa Uhud

akhirnya ternukil juga nukilan hati..selepas Rospink m`baca kisah bukit uhud(makam uhud)..

Salam Tautan ukhuwah n sejahtera..
buatmu Sayidina Hamzah Bin Abdul Mutalib..
Pak cik Nabi Yg di Gelar SayyiDus Syuhada..
Amir bg org2 syahid..
Jasadmu Rebah ditembus Lembing..

kerna Hamba bernamA Wahsyi Bin Harb..
Terpaku Dengan janji sebuah Kebebasan..
SEJARAH!!
SEJARAH!!
memanggilku..
membisik di Hatiku..
Uhud saksi pengorbanan sucimu..
Bersama 70 org sahabat Lain..

Tika mentari Berlabuh Di Ufuk Barat..
Rohmu di angkat terus ke langit..
Meriah di sambut Para MALAIKAT..
dengan kuntuman Bunga syurgawi..
huhu oleh bidadari bermata Jeli..
tenanglah dikau syuhada-syuhada Uhud..
DI Persemadian Wadi Qanat..
Di bawah lembayung Jabal Uhud..

terketuk Rospink dengan Firman allah taala:
"JANGANLAH KAMU MENGIRA BAHAWA ORANG2 YG GUGUR DI JALAN ALLAH ITU MATI,BAHKAN MEREKA HIDUP DI SISI TUHAN DENGAN MENDAPAT REZEKI(daripadaNya)
Surah ali Imran:169
31 disember 2009

Tuesday, December 29, 2009

Syaikh Sya’rawi
October 17th, 2009
menasihati Presiden Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Beginilah ulama’ pejuang, sufi lagi haraki, yang sentiasa kita cari sepanjang zaman
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita!(Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.
Ulama’ mesti sentiasa berkata benar tak kira pada siapa, dan memahami kepentingan dakwahnya. Mana lebih patut didahulukan dari yang lain.
Ada yang mengatakan kepada saya ulamak mestilah non-partisan dan bersikap bebas. Saya katakan, jika ulama’ tidak berpihak kepada kebenaran dan tidak menzahirkannya, bagaimana masyarakat umum boleh mencontohi dan mendukung kebenaran? Maka ulama mesti partisan. Ulamak mesti menunjukkan sokongan. Mesti menzahirkan “pihak”nya. Iaitu pihak kebenaran. Pihak yang memperjuangkan Islam, dan membenteras keboborokan kezaliman pemerintah.

Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan.

Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.

Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.

Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja.

Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk,

mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim.

Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya."

Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu,pemuda bertanya kepada sang paderi..

"Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab,

"Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

"Kemudian dia beranjak hendak keluar.

Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan,

tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya.

Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!

"Sang paderi pun mulai bertanya,

"Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"

"Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?"

"Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api?

siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"

"Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah

yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!"

"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daunmempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?

"Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Bismillah dia berkata,

  • -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
    -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
    -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.
  • -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
    -Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
    -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
    -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
    -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
    -Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
    -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
    -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
    -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
    -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya:
  • Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
  • Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut.

Kemudian dia pun mula hendak pergi.

Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah.

Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya,

namun tidak berhasil.Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!

"Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.

" Paderi pun berkata,

"Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.

Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


(Di petik dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah)

Friday, December 25, 2009


TEMUDUGA TERBUKA!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIANKEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN

(khas untuk jawatan A)

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.

Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu

: Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5.Di mana Kiblat anda?

6.Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.

Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).

Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
atau klick IMage untuk berkongsi pandangan

Wallahu-a'lam.

Semoga berjaya dalam temuduga ini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah ..


26.12.2009

9.00..

Saturday, December 19, 2009


Hijrah satu pengorbanan..
Hanya dilakukan kerna Tuhan..
Saat diri mencari kilauan...
kadang-kdang tidak mampu bertahan..
berbekalkan iman..
demi melayari bahtera perubahan..
Tika jatuh itu juga b`bisik kerjaan badan..
Yakinlah engkau dengan janji Tuhanmu..
by:Rospink
1 muharam 1431






Thursday, December 17, 2009

tAZkiRAh AYahnDa TerSayang


asalamuallaikum..
anak-anak tersayang...pertemuan kita saat ini sudah berada dalam perancangan Allah..B`syukur kita kpada Nya atas keizInan ini..Selawat n salam kpada Rasullah s.a.w.keluarga baginda n para sahabat baginda..

Suasana senyap ..sepi..kedengaran suara ayaHnda tersayang sahaja yg b`kata-kata
Ayahnda mulakn biCaRa dgn bersama2 m`baca doa awl tahun..
Setelah selesai..ayhNda mulakan tazKIRahnya...
.................................................................................
tidak ada kata lain yg mampu terucap dari bibir Rospink melainkan ucapan tahmid(alhamdulilah)kpadanya kerna m`beri kebahagian kpada keluarga rospink..m`gurniakan rospink ayahnda dan ibunda yg sentiasa memimpin rospink untuk berada di landasan yg t`lah di tetapkanNYa..mencurahkan ksh syg tanpa perlu di bayaR..melimpahkan nasihat yg tidak pernah di hambat rasa bosan..yang sntiasa mencuba dan berusaha mendidik rospink menjadi serikandI yg m`jadi aset n kuci syurga mereka..iNsyaallah..mudah-mudahan kebahagiaan ini kan berkekalan..amin..

Ayahnda memulakan tazkiyatun naf`s nya..

begitu cepat hunusan pedang masa..saat ke saat,minit ke minit..jam ke jam..hari ke hari..mingu ke minggu..bulan ke bulan..akhirnya,hari ini tiba saat hari untuk kerajaan badan anak-anak papa..mahupun papa..untuk m`gadakan majlis besar2ran iaitu..(majlis muhasabah kerajaan badan)....
Kini 1430..telah meninggalkan kita..kini 1431 M mengambil tempat..
apa yg baik pada tahun 1430,truskan..n bawa ke thn 1431..yg buruk..jgn trus di ketepikan,jadikan ianya sbgai salah satu yg m`guide kita ...

(huhu sperti tahun2 sebelum ini..ayahnda pasti m`berikan kami tugasan..tahun ini begitu juga dengan tahun2 sebelum ni..ayahnda meminta setiap kami m`yenaraikan aZam..dgn meyenaraikan perkara yg dirasakan tidak sepatutnya di buat pada tahun 1430,...m`cari puncanya..serta cara m`gatasinya..cnth:sEring menindas org,.punca:merasa diri hebat,cara atasi:memandang org yg lagi tinggi dari diri..)


selain itu,ayanda juga menasihati kami..jangan sesekali m`jadikan kegagalan kita pada tahun ini pelemah semangat kita untuk ke tahun hadapan..tapi jadikan penaik semangat di saat meneruskan perjuangan...kita insan..kita insan..kita insan..ayhnda mengulang perkataan insan sebanyak 3 kali..maksud insan=lemah so kita sudah pasti lakukan kesalahn.. kita bukan maksum..kita bukan malaikat..yg xpernah melakukan kesilapn.. (Rospink sangat bersetuju dengan kata-kata ayhnda..kerna itulah hakikatnya..) ayhnda kata hidup ini ibarat pusingan RODA..hari ini kita lakukan pada org esok..insyaallah,allah itu maha adil..pasti akn di balikkan pada kita..papa minta agar kami memaafkan semuaaaaaaaaaaaaaa..org..kenapa??Sebab allah juga maha pengampun..mengapa kita hanya hamba allah m`yombongkan diri..Selain itu juga

papa..mengambil satu situasi..kita ibarat seorg yg ingin ke majlis makan malam yang di hadiri oleh org2 kenamaan..Tapi sewaktu menuju ke tempat itu..pakaian yg cantik iu telah di kotori dengan lumpur,.pasti kita perlu membersihkannya dulu sebelum ke majlis itu bukan???


kedengaran suara riang adik rospink..(iya mestilah,kalau pergi kotor2 pasti org tgk malu lah dya..pakaian dya tidak cntik lagi)


"Betul tu"..papa m`iyakan kata2 adik rospink..

begitu juga dengan kita..adakah kita hendak meneruskan kehidupan esok dengan hati yg penuh dendam..riak..takbur..n pelbagai lagi penyakit hatai..tanpa membersihkan dulu..


huhuu ....betul juga kata papa..kami semakin faham apa yg ingin di sampaikan..papa meneruskan lagi tazkiyatun naf`s yae dgn pengertian hijrah..n cerita para sahabat yg melakukan penghijrahan diri..


Nampaknya..Rospink tidak diizinkan untuk trus m`yambung p`kongsian ilmu ini..Rospink ada komitmen lain..insyaallah andai allah berikan Rospink ilmu lagi..rospink kongsi..


indah kasih buat Tuhan..



indah kata buat teman..

indah madah di ulit keimanan

insyaallah jumpa lagi di masa depan


1muharam 1431

by:Rospink..








Tazkiyatun Naf`s

"

"Aku Menyintaimu kerana agama yang ada padamu"
jika..
Kau
hilangkan
agama dari dirimu..
Maka..
Hilanglah cinta ku ..
padamu..
..................................................................................

Wednesday, December 16, 2009

Setiap detik yang aku lalui,

Setiap tawa riangku,

Setiap tangisan ku,

Setiap kataku,

Setiap perlakuanku,

Setiap pemikiranku,Di ketahui Yang Maha Esa.

Aku seakan tidak pernah sedar,

tidak pernah peduli,

Tidak pernah takut,

Tidak pernah insaf akan kekuasaanNya,

Kerna dari Dia aku datang,Kepada Dia aku kembali.



Aku hadir ke dunia membawa janji,

Janji yang wajib aku tepati,
Menjadi khalifah di bumi Ilahi.

Tapi sayang...Tiba di dunia,

aku lupa pada janjiku,

Aku hanyut dengan kemasyuran dan kenikmatannya,


Menjadikan aku manusia yang

angkuh!

Sombong!

Bongkak!

Pentingkan diri sendiri!

Wang menjadi nyawaku,

Hiburan dan wanita menjadi amalanku,

Tipu dan fitnah menjadi zikirku,

Bahan2 maksiat menjadi bacaanku,

Arak dan disko menjadi qiamullailku



.Aku benci laungan azan!

Nyanyian siapakah itu?!

Sungguh sumbang bunyinya!


Sejadah??

Apa tu?

Alas meja?

Alas kaki?

Mangapa mereka sujud atasnya?

Tak kotor kah?




Al Quran?

Komik apa tu?

Dunia menghasut aku utk menjadi seorang yang pelupa


..Aku lupa...

Aku akan menemui ajalku,

Aku lupa...

Aku akan dikafankan,


Aku lupa...

Aku akan di talkinkan,

Aku lupa...

Keluarga, harta, wang akan meninggalkanku,Keseorangan, kesunyian, kesempitan dalam kegelapan.Namun tidak lama,Kerna 2 makhluk Allah akan menemaniku,Munkar dan Nangkir!Menyoalku dengan penuh marah!Tengking! Kasar! Herdik!Atas segala perbuatan jahatku didunia.Aku di pukul, di siksa, dihimpit hingga rusuk bertemu rusuk,Aku menangis, meraung, menjerit kesakitan,Mengharapkan keluargaku, rakan2ku, sanak saudara ku,Mengeluarkan aku dari tempat itu,Aku tak tahan! Aku nak keluar!Namun meraka tidak pernah dengar tangisanku,kesakitan ku, keperitanku, rintihanku,Baru kini aku teringat pada janjiku,Yang tak pernah aku tunaikan.Andainya aku dikembalikan ke dunia,Azan akan menjadi peringatanku,Sejadah akan menjadi cecahan dahiku tiap waktu,Al Quran akan menjadi bacaan dan panduanku,Nama2 Allah dan selawat akan menjadi zikirku,Sedekah dan solat akan menjadi amalanku,Tahajjud dan Taubah akan menjadi Qiamullailku..Harapan ku hanya satu,Memohon keampunan dariMu ya Allah,Mengharap peluang kedua dari Mu,Meminta pertolongan dari Mu..Namun Kau takkan mendengarkanku,Kerna aku telah persiakan peluang yang Kau berikan padaku...Satu masa dahulu....

UsRAh kRu..16.12.2009..

Salam tautan ukhuwah..
Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasullah s.a.w dan para sahabat yang bermandian darah DEmi menegakkan Din yg kita cIntai dulu,kini,dan selamanya...

Indah kasih buat Tuhan..
inDah Rupa tidak bertahan..
indah kata buat teman..
As syahid Imam Hassan Al-Banna mulakan nukilan..

Katanya:
"ANDAI ISLAM SEPERTI BANGUNAN USANG YANG HAMPIR ROBOH..,MAKA AKAN KU BERJALAN KE SELURUH DUNIA MENCARI JIWA-JIWA MUDA..AKU TIDAK INGIN M`GUTIP DGN RAMAI BILANGAN MEREKA TAPI AKU INGIN HATI-HATI YANG IKHLAS UNTUK M`BANTUKU DAN BERSAMA-SAMA M`BINA KEMBALI BANGUNAN YANG USANG ITU M`JADI SEBUAH BANGUNAN YANG TERSERGAM INDAH"


al fadhIL ustaZ faIruZ Mulakan bicara..
dengan ayat 79 dari surah at-taubah ..
(huhu nak taw ayat apa?? cari lah sendiri..hehe..)..
Kemudian m`buka lembaRan baru..
dengan ZaMAn kejatuhan islam..iaitu bermula jatuhnya islam paDa tahun 1924...
TertaRik mata iman para mujaHid&mujaHidah yang berada ketika itu
..m`dengar aL fadhil ustaz..
MenyEbut BahaWa pada ketika Zaman kejatuhan IsLAM ITU Ditunjuk bukan MeNuNjUK..
SElepaS keJATUhan isLAM..
mUNcUllah GerAkan ikhWaNul muslimin pada 1928..
4 tahun selepas jatuhnya KeRajaan islam..
sahabat-sahabat nak taw sape pengasasnya??
Jom kita sambung bicara..
pEnGasasnya SyHid iMAm hassan ALbanna Dan SayyiD Qutub
kalau nak lagi detail..sahabat2 bley lae m`cari sejarah hidup 2 orang yang sgt berjasa pada islam ini..
cerita hidup mereka sangat membuka mata jIhad kiTa..

al FAdhil ustaZ meneruskan bicara lagi..

Dalam Hadis Nabi..Rasullah s.a.w m`gatakan bahawa SETIAP 100 TAHuN AKAN lahiR seorang MuJAddID..

nAk taw mujAdid tu apa??mujaddiD:(pEmBAHAru)

alFadhil ustaz Memberi penerangan dalam satu gambaran..

MUJAddID di Ibaratkan Orang yg akan m`refreshkan koMputer2 yang telah diserang dgn Virus2..

dIantara yg tersenarai sbg Mujaddid

  • kHALIFAH UMAR ABDUL-AZIZ
  • Hassan al BAnna

Al FAdhil ustaz mengatakan

bahawa mereka bergelar mujaddid m`punyai kelebihan yang allah telah kurniakan..Contohnya:Hassan AL banna,yang m`punyai daya tarikan yang cukup kuat..walaupun beliau berceramah di kedai2 kopi..berpusu2 org akn dtg semata2 ingin m`dengar ceramahnya....huhu banyak lagi pengisian dalam usrah tu,tapi tangan sudah m`geluh kepenatan..insyaallah,ada lagi Rospink kongsi..

SyuQran kepada al fadhil ustaz kerana bnyk input baru yg rOsPINK Dapat..insyaallah menjadi bekalan saat menempuh perjuangan..di masa ini mau pun di masa depan..

akHIrULKALam..

Jaga Diri..Jaga hati ..jaga peribadi..jaga Din ini..

(Ana al-faQirOH Wad-dho`iffah ilallah)

bY:Al fadHil ustaZ fairuZ..
rabu.16.12.2009

Tuesday, December 15, 2009




Wahai bunga di taman..

jadikanlah matahari sebagai teman..

jAdikanlah penyegar mu si hUjan..

aGar dirimu sentiasa m`dapat belaian..

pemilik mu..

by:RosPinK dI TAman perjuangan..





Monday, December 14, 2009

Malam pertama!!!!!
merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut!!!
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...
mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya...
Tak ada sedikitpun rasa malu...Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih.....
...Itulah sosok Kita
....Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan..
,Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu
...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita
Bahagian kepala..,
badan...dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..
itulah wajah Kita Keranda pelaminan!!
... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian
sebagai simbol asal usul Kita
diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. .
yang telah tiba duluan
Siraman air mawar..pengantar akhir kerinduanDan
akhirnya....
tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupanMalam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya..
.Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur..
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur....
Kita tak tahu..
.Dan tak seorangpun yang tahu....
''Malam Pertama Kita''
cOpy fRom:HAnZ islamic(frienDs TAGGed)



Adam,

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa..

temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok..

Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu.

Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.
ADAM..

,Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini..

Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia.

Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil.
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga.

Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
AdAm..
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku.
Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.

Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu.
Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini.
Namun sebagai hamba Allah,
Aku sayang padamu..
Adam..

Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita.

Kau diberi amanah mendidikku..

Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi.

Tetapi Duhai Adam, !!!
lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?
Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu!!!

Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.

Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku .....


Jika terpaksa,
aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. ..
Tapi realitinya kini,!!!
aku telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam,...
Mengapa kau biarkan daku begini?
Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata...
Padahal engkau duduk sahaja.!!pilu hatiku
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. ..

Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba...
Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara.
Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu???!!!!!
Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku???
adam..
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan!!!!
Kenapa kau???
Bukankah orang sering bicara,
ika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik..
Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar...
Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!
Adam..
Kau selalu mengata, Hawa memang degil!!
Tidak mahu dengar kata!
Tidak mudah makan nasihat!
Kepala batu!


Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu,
Siapakah ikutanmu?
Siapakah rujukanmu?
Dalam mendidik aku yang lemah ini.

Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w?..
Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w?
Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
adam..
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu...
Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir.
Jika kau benar maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lalailah aku.

Lupakah kau duhai Adam?
Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan..
Akalmu sembilan, nafsumu satu.??

dan aku
akalku satu nafsuku beribu!!!

Dari itu Adam
gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku...
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai...
Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku kalimah..
syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah.
Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku
agar aku mampu tetap
menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri..
Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda.
yang memerintah.
Malulah engkau Adam.!!!!
Malulah engkau pada dirimu sendiri.!!!





bY:Nukilan Jiwa..SUe`Z @ tagged FrienD..14 DISEMBER 2009




AmBilLah


Ambillah waktu untuk berfikir itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari muda yang abadi

Ambillah masa untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan

Ambillah masa untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan tuhan

Ambillah masa untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah masa untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati

Ambillah masa untuk memberi,agar hidup terasa beerti

Ambillah masa untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah masa untuk beramal,itu adalah kunci menuju ke syurga….
bY:nUrsuhaila@sue`Z

Ilaika (Ku Persembahkan)

Ku persembahkan kepadaMu,
Tuhan sekalian makhluk akan harapanku,
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Pemurah,
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku,
Kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu,
Maka bilamana Engkau yg memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini,
KurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan,

Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku,
dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan nikmat itu kepadaku,

Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku,
dan menutup dosa - dosaku dan setiap perkara yang telah lalu,

Sekiranya Engkau ampunkan aku,
ampunkan dari kederhakaan...kezaliman...penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan,

dan jika Engkau membalas seksa terhadapku,
Aku tidak akan berputus asa,
Sekalipun dosa - dosaku itu memasukkan diriku ke dalam neraka,

Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut dan menginggati Tuhannya,
dan bilamana dia bersama selain Tuhannya di dunia ini dia membisu,
dia berkata:



"Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap.
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon. Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu dan aku jaga janji kasih yg telah tercalar. Di saat ku jaga, aku rindu...dan di saat aku lelap aku berharap. Kasih dan CintaMu mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang-ulang. Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini. Sedang keampunanMu yang mandatangi hamba adalah lebih agung dan mulia."

oleh:Mohamed Obeid
disunting:khalifah al-ghuraba'



15 disember 2009

Dulu bila sebut lelaki..wanitanya mendongak megah..lelaki kamiASAdULLAH,Saifullah,..melahirkan tokoh ramai tidak terkira..

Kini....

Bila disebut lelaki!!!!!!

Wanitanya menunduk lemah..

sayu hati..

LANTas bibir m`gatur kata..

LELAKI KAMI SIKIT SEKALI..

Yang ramai hanya boneka YAHUDI..

Dulu..

Bila disebut lelaki..

Wanitanya merasa tenang di hati..

laki2 kami melindungi,menjaga kami..

Kini..

Bila disebut laki2..

Wanitanya CAbut LARI!!!!

Laki2 kami pENGKHIANAT!!

dULu..

Bila seorang wanita t`aniaya..

sepasukan kuda dtg m`bela(Al-Mu`tasim)kebanggaan wanita..

Kini..

Ribuan wanita suci..

dipenjara..

diperkosa

tapi!!!

laki2nya hanya tunduk lemah...

dulu..

Laki2nya bermatian mencipta sejarah..Kental berjihad..tekun bERdakwah..

kini...

laki2nya hanya m`yanjung sejarah..Diri bermalasan Tenaga tidak di kerah..

Dulu..

laki2nya memperjuangkan Deen dan ummah..

Hingga..

al-farouQ dan zUnurain mati terbunuh..

kini??

laki2nya hanya memperjuangkan dirinya!!

Dulu

laki2nya bersatu menghadapi musuh..

angkatannya kuat dan teguh..

kini..

laki2nya berpuak dan bertelingkah..

rayuku...

Kembali lah wahai laki2ku..

Kami bunga2 di taman perjuangan..

rindu pada laki2 dulu..

acUAN madrasah rasullah s.a.w..



22nOveMber

2.45 pm


wAhai Bunga Di TaMan


wahai bunga di taman..

dengan kecantikan mu kau lebih elok dari matahari..

dengan akhlak mu kau wangi dari haruman duniawi..

dengan rendah hatimu...

kau lebih tinggi daripada bulan..

dengan kelembutan mu kau lebih halus dari rintik..

maka

pertahankanlah keindahan ini..

agar engkau sekuntum bunga..

walau dipandang tidak berdaya...

namun

jika kau pertahankan

engkau akn merasa

menjadi sayap kiri perjuangan islam..

penegak Kalimah

ALLAH

di mukA bumi
bY:NuR suhaIla@Sue`z