Rumah tanpa hiasan..
gelas tanpa isi..
kereta tanpa gear..
Bumi tanpa hujan..
Hutan tanpa pokok...
kelas tanpa guru..
Hakikatnya semua di atas mampu menjalankan fungsinya..tapi tidak mmampu menjalankan fungsinya secara sepenuhnya..
Begitula juga hakikatnya HATINYA MANUSIA TANPA PENGISIAN ROHANI
mampu menjalankan fungsinya secara bio..tapi tidak secara spritual seluruh kerajaan hati kian membeku dan tepu.
Setelah sekian lama membiarkan teratak nukilanhatihamba ini berhabuk lantaran tidak punya pengisian.Hari demi hari mengoreksi diri,kenapa tangan sudah liat menekan keypad laptop untuk berkongsi ilmu dan ibrah dari kehidupan.
Langkah terus di atur,walau terhenti..perjalanan harus di teruskan.Lumrahnya hidup manusia pasti akan berada di antara dua persimpangan memilih di antara dua pilihan.teringat kata naqibah dulu,ketika masih aktif dalam badan dakwah sekolah "HIDUP INI ADALAH LADANG MEMBUAT PILIHAN"
subur namun sebaliknya akan berlaku andai tersalah membuat pilhan.
Mengikut kajian yang di jalankan ke atas seorang ahli perniagaan yang terkaya di dunia ketika di tanya mengenai kebahagiaan.Walaupun dia mamou memeiliki segala material namun dia masih tidak mampu mendapatkan kebahagiaan yang di impikan.
Mengikut kajian yang di jalankan ke atas seorang ahli perniagaan yang terkaya di dunia ketika di tanya mengenai kebahagiaan.Walaupun dia mamou memeiliki segala material namun dia masih tidak mampu mendapatkan kebahagiaan yang di impikan.
Jelaslah wang bukanlah bayaran yang harus di bayar untuk mendapatkan kebahagiaan.Melalui kaca mata islam,kebahagiaan yang hakiki adalah kebahagiaan bila mana kita mampu menjaga ALAH dalam diri dan hati terisi dengan iman.Sejauh mana kita tersasar,berbekalkan iman yang masih tersisa dalam diri pasti jeritan iman itu pasti di dengari.
****************************************************************************
Menyingkap kisah rasullah bersama seorang laki-laki yang meminta izin untuk berzina
namun ketika rasullah melontarkan beberapa persoalan padanya (sanggupkah kamu andai ada org lain yang mahu berzina dengan ibu kamu?adik perempuan kamu?saudara kamu?
Agak-agak apa yang akan di jawab oleh laki-laki ini?
dengan nada yang agak perlahan dia menjawab " sudah pasti saya tidak menginginkannya berlaku keatas kaum kerabat saya"
Jelaslah walaupun sejahat mana seorang manusia itu fitrah manusia "menolak pada kejahatan dan suka pada kebaikan"
Fitrah yang ALLAH telah titipkan di hati-hati manusia tidak mampu di ubah oleh manusia tapi mampu di tingkatkan dan digunakan dengan sebaiknya.
Penyakit hati antara penyakit yang kritikal dalam kalangan masyarakat dunia.Penyakit hati merupakan penyakit ghaib tapi mudah di kesan kewujudannya.Peningkatan gejala sosial dalam kalangan manusia bukan di sebabkan penyakit luaran atau mental tapi di atas faktor kosongnya mereka dengan pengisian rohani.
Hati yang kosong ibarat sebuah gelas yang kosong...
Molekul-molekul yang lain tanpa undangan pasti akan memasuki gelas tersebut.
Akhirnya,gelas tersebut akan pecah dan memberi kesan kepada barang sekelilingnya.
Begitulah persisnya hati manusia,bila kosong pasti ada anasir-anasir jahat yang cuba menerobos masuk.
Pengakhirannya tetap sama seperti sebuah gelas,kesannya kejahatan yang hanya ada pada satu hati mampu tersebar bila mana hati itu semakin menghampiri tahap kritikalnya.
Saya bukanlah pujangga yang hebat mengatur madah..
Bukan juga penulis yang mampu memikat pembaca dengan bait madahnya,...
Saya hanya pemerhati dunia yang melihat ragamnya manusia ..
dan menganalisis ibrah kehidupan manusia...
"tidak perlu di renungkan,tapi perlu di segerakan"
Detective Suenichi sakura kudo