"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Tuesday, September 28, 2010

Jika Iya kata iya..Jika tidak kata Tidak!!!!!



Jika kita berkata 'ya' tanpa ragu atau letih
Kita tingkat inti daya tanpa lesu juga sedih
Diri kita akan jaya

Jika kita kata 'tidak' sebab malu atau bongkak
Kita tambah daya palsu pada diri tidak boleh
Pasti saja kita kalah

Kita perlu berkata 'ya' memang jika ingin berjaya
Berkata 'tak' jika memang rasa akan kalah
Untuk teguh perlu kukuh

Kita wajar jadi insan penuh sabar dan berkesan
Tiap kata penuh makna dan suara bermaruah
Baru langkah penuh gagah

A. Samad Said

Wednesday, September 22, 2010

JEMPUTAN KERUMAH TERBUKA TAUTAN UKHUWAH BAITUL MUSLIM TBS


Asalamuallaikum pembuka bicara,madah di hias menjalin Ukhuwah..

Yang Hilang Pasti berganti..
Ramadhan pergi..
Syawal Kembali..
Ukhuwah Fillah tersemat di hati..
Kami Baitul Muslim TBS sedia menanti..
Jemput Datang Ke Rumah Encik Lani..



DENGAN SUKACITA DI MAKLUMKAN BAHAWA BAITUL MUSLIM TBS
(ENCIK LANI LAIT,PUAN SALEHA,CIK NURSUHAILA,TARMIZI)
MENJEMPUT

DATUK/DATIN/TUAN/PUAN/CIK

KE "RUMAH TERBUKA SYAWAL TAUTAN UKHUWAH MUSLIM"

DI KEDIAMAN PINJAMAN ALLAH YANG BERALAMAT

N0 20 LORONG 5/3A TAMAN BUKIT SEPANGAR
88450,KOTA KINABALU,SABAH.

PADA 25 SEPTEMBER(SABTU)
1.00 PETANG HINGGA 10 MALAM

MOGA KEDATANGAN
DATUK/DATIN/TUAN/PUAN/CIK

BAKAL MENGERATKAN LAGI UKHUWAH YANG TELAH TERJALIN DAN BAKAL TERJALIN

by:Nurfillah93

Tawaran Peralatan Perang ke MEDAN SPM!!

Salam Jihad Akademik..
Tawaran Hebat menanti anda wahai pejuang2 SPM..
Kami Crew2 KRU K.K menyediakan tawaran hebat peralatan perang ke medan spm Lagi!!..

Jom Sertai kami..
Kelas Intensif KRU K.K

Pada 25hb september 2010

Bermula pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang

Di Pejabat Penerangan University apartment

Subjek:ADDITIONAL MATHEMATICS

Guru Cemerlang (Al fadhil Ustaz Fezri) di Import Khas buat AHLI2 KRU KK..

Monday, September 20, 2010

TAWARAN HEBAT!!KRU INSIDE!!

Salam tautan ukhuwah ana dahulukan...
Pengikat kasih Antara insan..
Pejam celik..pejam celik..celik pejam..pejam celik..celik pejam..
pejam lagi..setinggi kesyukuran kita panjatkan pada ALLAH kerna masih tercelik lagi akhirnya sang mata yang penuh dengan dosa..
masa terus berlalu..tanpa sedikit pun menoleh kebelakang..
bagai air yang mengalir..bagai angin yang berlalu..
Uhhuhu..bagi pejuang2 SPM,STPM,PMR,UPSR tahun 2010..ini lah saat2 getir..
Saat2 kRiTikAl..bagi melengkapkan segala peralatan untuk kemedan PEPERIKSAAN..



Nah ..makanya..Ayuh lengkapkan lagi peralatan Perang anda..Dengan Menyertai
TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS SPM
tawaran hebat telah tersedia..Cuma tinggal antum
KETUK PINTU HATI MAHU ATAU TIDAK..
pelbagai persoalan kian menerjah kotak pemikiran antum tentang program ini
iya,ana tahu..kejap..





TARIKH:

26 SEPTEMBER 2010
Bila?
MASA:
8.00 - 11.30 PAGI
Di mana?
TEMPAT:
DEWAN MASJID AN-NUR, TUARAN
GURU CEMERLANG



BERMINAT?????


SILA HUBUNGI :
SAUDARA AMIR 0198719216
SAUDARI RITA 0148642146
SAUDARI NOOR 0145658503



ANJURAN:
PERSATUAN SISWAZAH SABAH (PSS) & KELAB REMAJA UKHUWWAH (KRU)


PENYERTAAN:


TERBUKA KEPADA PELAJAR TINGKATAN 4 & 5




PENCERAMAH:
EN. HASBOLLAH ABD. RAHMAN



Salam tekad cemerlang Dari KAMI CREW2 KRU..
Moga segala usaha kita di berkati ALLAH..
kita hanya mampu berusaha n merancang,,tapi hanya ALLAH yang akn tentukan..
TERUSKAN BERJUANG WAHAI PEJUANG2 SPM...
BELUM TERLAMBAT!!
SELAGI KERTAS SOALAN BELUM DI HADAPAN KITA!!
TERUSKAN MELANGKAH..JANGAN REBAH..
HINGGA DARAH TERAKHIR TERTUMPAH..


buat adik2 usrah kak sue..yang bakal mengambil PMR N SPM

(geng Qurratu Ayun)


Nurain Sakinah

Nur Ezzati Bustam

Melur yashirah

Nur Athirah

Aliah Natasyah

Nur nazihah Ezzati

Faziera Bacho

Mastura

Doa kakak..moga ALLAH PERMUDAHKAN urusan kalian..di dunia dan akhirat..:)
by NurFillah

Monday, September 6, 2010

Nikah Gantung Tangani isu Buang bayi..(*_*)


Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.



Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.


"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .


"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.