"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Wednesday, March 3, 2010

KhAbar pAlEStin..Biarkan Gambar berbicara..


Any fault of those killedThis 1 / 1000000 mm Israel is doing .........
BBC News: KFC, PEPSI, Coca-Cola,StarBucks & McDonalds are donating their next 2 weeks of revenue to Israel...please Boycott them and forward this msg to everyone...


@@@Biarkan Gambar berbicara@@@@












Saat ini,

Amat medebarkan,Amat mencemaskan,Seorang demi seorang anak kecil,Dibunuh.. diseksa.. dizalimi..

Dengan penuh sifat kezaliman dan kekejaman

Tika epilog itu menghantui dunia,Tika itu manusia mengalirkan air mata,Tika itu manusia merintih simpati,

Tapi tak siapa yang dapat menduga,Perasaan anak kecil Palestin di bumi anbia,Keseorangan tanpa ibu bapa,Panggilan walid dan ummi kedengaran,Teriakan bayi kecil berlumuran darah,Memecah kesunyian malam,

seluruh isi dunia ini,Termasuk kita,Wahai saudara seIslamku,Umat junjungan Rasulullah S.A.W,Masih nyenyak tidur diulit mimpi indah,Berselimut dan bertilam empuk..

Tapi,

Saudara seIslamku,Umat Rasulullah S.A.W,Sedang bertarung nyawa,Bermujahadah di jalan Allah,Memohon pertolonganNya Yang Maha Kuasa,


Alangkah hinanya kita Umat Islam,Masih bersuka ria dikala mereka berkelana,Mengagungkan Barat tanpa penghujungnya,Pernahkah terlintas di benak fikiran,Pernahkah terdetik dihati,Untuk meghulur sedikit pertolongan,Untuk merasai sedikit penderitaan.. keperitan

Tika aku terjaga dari tidurku,Terlintas di hati bertapa lekanya aku,Lantas aku sucikan diriku dengan wuduk,Lantas ku mengangkat tadbir untuk mendekatkan diriku kepada Mu,Tika itu,Terasa Engkau dekat disisiku Ya Allah,Meskipun aku tidak berdaya untuk menolong mereka,Anak�"anak kecil berhati waja di bumi anbia,Namun,Ku yakin doa yang ku panjatkan buat mereka,Moga dimakbulkan olehNya,Amin Ya Rabbal A’lamin..

Terus mengalir air mataku di pipi,Tanda kesayuan merenung nasib saudaraku,Saudara itu Saudara SeIslamku!!!

By:Nur_Iman@Sue

Tangisan Pembaca Al-Quran



Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas, hadith yang bermafhum; “Bacalah Al-Quran dan menangislah. Sekiranya tidak dapat menangis, maka buat-buatlah menangis (paksa

menangis)."


Menangis yang dimaksudkan di sini ialah tangisan yang tercetus dari penghayatan kerana memahami ayat-ayat Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami isi kandungan Kitabullah ini, kita dikhabarkan dengan azab dan ancaman Allah Ta’ala ke atas segenap manusia yang mengingkari akan syar’iat, jiwa-jiwa yang enggan untuk mematuhi suruhan dan larangan

Tuhan.


Kita akan sedar betapa lemahnya kita dalam melunaskan janji-janji kita terhadap Allah zzawajalla. Jika pembaca Al-Quran itu tidak dapat menangis, maka berusahalah sedaya mampu untuk mengalirkan air mata. Demi mengelakkan sebesar-besar musibah ke atas dirinya, iaitu kegagalan untuk menghayati firman Tuhan.



Untuk menampung kesukaran dalam memahami ayat-ayat Allah Ta’ala, amatlah digalakkan bagi kita untuk mengalunkan bacaan Al-Quran dan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Jangan sekali-kali lupa untuk merujuk terjemahannya



Yusuf Al-Qardhawi menyatakan bahawa kesan dari membaca Al-Furqan bakal membentuk dua sifat sahaja, sama ada sifat orang kafir atau orang yang beriman. arakteristik orang kafir telah dinyatakan di dalam ayat 5, surah Fussilat yang membawa maksud; “Dan mereka berkata, ‘Hati kami sudah tertutup dari apa yang engkau seru kami kepada-Nya, dan telinga kami sudah tersumbat, dan di antara kami dan engkau ada dinding, kerana itu lakukanlah (sesuai kehendakmu), sesungguhnya kami akan melakukan (sesuai kehendak kami).”



Di dalam ayat ini, ’al-kinnah’ ditafsirkan sebagai kunci yang menghalang seseorang untuk memahami Al-Quran. Contohnya, tidak berusaha untuk memahami dan mengambil iktibar dari ayat-ayat Allah Ta’ala. Manakala ‘waqrun’ didefinisikan sebagai penyumbat yang menghalang telinga dari mendengar Al-Quran dan ‘hijab’ pula suatu yang menghalang pandangan dari memahami intipati Al-Furqan.


Pembaca Al-Quran perlulah cuba sedaya upaya untuk memahami kalam Allah Ta’ala agar tergolong dalam kelompok orang-orang yang beriman. Inilah yang telah dinyatakan di dalam ayat 53, surah Al-Qasas , maksudnya; “Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata ‘Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh, sebelumnya kami adalah Muslim.”



Ayat 2, surah Al-Anfaal pula mengkhabarkan bahawa orang yang beriman apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran kepadanya, akan bertambahlah iman mereka. Juga mereka merasa gementar apabila disebut nama Allah Ta’ala!





Menurut Asma’ bin Abu Bakar, para sahabat Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam apabila mendengar bacaan Al-Quran, bergenanglah air mata serta dan bergetarlah kulit mereka lantaran rasa ketundukan sebagai hamba Tuhan.
Syed Qutb menambah tentang sifat yang paling menyerlah di kalangan para sahabat, iaitu menerima Al-Quran untuk mengamalkannya.
Abu Bakar As- Siddiq dan Umar Al-Khattab, ketika berada di sisi Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam telah ditanya oleh suatu kabilah yang sedang bertengkar; siapakah yang lebih layak di kalangan kabilah itu untuk menjadi ketua. Lalu Abu Bakar menjawab si fulan, dan Umar pula menjawab si fulan. Lalu kedua-duanya bertekak dengan dengan suara yang keras sehingga turun ayat 2, surah Al-Hujuurat (larangan untuk meninggikan suara di atas suara Nabi dan untuk bersuara keras). Setelah turun ayat tersebut, kedua-dua insan agung itu mengalirkan air mata dan berbicara dengan lemah-lembut apabila berhadapan dengan Nabi.
Ayuh renung sekilas kisah tentang sikap Imam Hassan Al-Banna yang asyik mendampingi Al-Quran. Abdul Rahman As-Saati (ayahnya) menceritakan bahawa di rumahnya hanya Allah Ta’ala yang menjadi saksi bahawa Al-Banna tidak pernah melepaskan mushafnya, membaca Al-Quran dan juga berzikir..
Lazimnya, Al-Banna akan memperdengarkan bacaannya kepada Al-Hafiz dari kalangan mereka. Jika tiada Al-Hafiz di situ kecuali dari kalangan kanak-kanak, dia tetap akan menyemak bacaannya dengan kanak-kanak itu. Sujudnya juga larut dalam keimanan. Apabila Al-Banna tahu bagaimana cara Rasulullah Solallahu ‘alaihi wassalam mengaji, dia akan mengikut cara tersebut. Kadangkala Al-Banna membaca Al-Quran dengan penuh kegentaran, dan adakalanya gembira hingga terbawa-bawa di luar tilawahnya (apabila membaca khabar-khabar gembira yang diwahyukan oleh Allah Ta’ala).
Dikisahkan bahawa seorang anak murid Hassan Al-Basri di Basrah tidak datang ke majlis ilmunya, lalu beliau bertemu dengannya untuk bertanyakan sebabnya. Anak muridnya menjawab; semasa dia sedang membaca Al-Quran, dia terjumpa ayat 11, surah As-Sajjada. Kerana terlalu takut dengan apa yang diberitakan oleh Allah Ta’ala, sehari suntuk dia menggeletar kerana memikirkan bagaimanakah nasibnya apabila berdepan dengan malaikat maut satu hari kelak. Dua lagi ayat yang benar-benar menjentik sikap beraninya ialah ayat 100, surah Al-Mu’minun dan ayat 41, surah Al-Qaff. Ayuh kita sama-sama membaca ketiga-tiga ayat ini..
Bagaimana pula dengan perasaan kita?
ayat 11, surah As-Sajjada
۞ قُلۡ يَتَوَفَّٮٰكُم مَّلَكُ ٱلۡمَوۡتِ ٱلَّذِى وُكِّلَ بِكُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
ayat 100, surah Al-Mu’minun
لَعَلِّىٓ أَعۡمَلُ صَـٰلِحً۬ا فِيمَا تَرَكۡتُ‌ۚ كَلَّآ‌ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآٮِٕلُهَا‌ۖ وَمِن وَرَآٮِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُون
Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
ayat 41, surah Al-Qaff.
أَوۡ يُصۡبِحَ مَآؤُهَا غَوۡرً۬ا فَلَن تَسۡتَطِيعَ لَهُ ۥ طَلَبً۬ا
Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi
By:Nur_iman@Sue

Monday, March 1, 2010

JANJI SEORANG SUFI




Adalah diceritakan, ada seorang soleh yang pandangannya hanya kepada akhirat dan keindahan syurga, sehingga dia berjanji kepada Allah untuk tidak akan melihat lagi keindahan duniawi agar tidak merasa tertarik padanya.

Pada suatu hari, ketika dalam satu perjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga terlupa akan janjinya kepada Allah, maka dia memandangnya dengan agak lama. Dia terlalai.Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat barang jualannya, tetapi tidak mahu membelinya. Lalu dia menoleh pada barangan jualannya, ternyata dengan takdir Allah, tali pinggang ghaib pada pandangannya.Maka tiada siapapun yang dicurigai di situ melainkan seorang sufi yang berada di tempat itu. Dia segera melompat dan memegang tangan orang sufi itu kuat - kuat, menengking dan menuduhnya sebagai pencuri.

"Hai saudara! Kau bergaya sebagai orang soleh, tapi kenapa sanggup melakukan perkara ini." kata tuan punya kedai."Apa maksudmu, wahai saudara?"kata orang sufi yang tersedar dari kelalaiannya."Engkau seorang sufi, tetapi mengapa engkau mencuri?""Hai, apa yang aku curi!?""Engkau telah mencuri tali pinggangku.""Demi Allah, aku tidak mencuri apa - apa pun barangmu," sangkal orang soleh itu sambil bersumpah.
Kerana perselisihan mereka berpanjangan, maka sampailah kepada pengetahuan pihak penguasa setempat untuk mencari keadilan. Penjual tali pinggang itu menceritakan pada penguasa bahawa orang soleh itu telah mencuri tali pinggangnya.
"Wahai lelaki, apakah perkara ini patut dilakukan oleh orang yang soleh sepertimu?" soal Amir."Demi Allah, aku tidak mencuri apa - apa." jawab ahli sufi itu.
Lelaki soleh itu memang tidak mengaku kerana memang tidak merasa mengambil apa - apa dari kedai tersebut. tiba - tiba salah seorang yang hadir di situ berkata,
"Singkap bajunya!"..
Mereka menyingkap baju orang soleh itu dan ternyata di pinggangnya ada tali pinggang terlilit. Mengetahui hal ini, lelaki soleh itu memekik seolah - olah hampir mati ketika itu juga, kemudian pengsan kerana terkejut yang luar biasa.
"Ambillah rotan!" kata Amir.
Setelah rotan siap ditangannya, Amir bersedia untuk merotan lelaki soleh yang sedang pengsan itu.Namun begitu sebelum Amir mengangkat tangannya dia terdenganr suara, "Wahai hamba Allah, jangan engkau memukul wali Allah itu. Perkara ini berlaku hanya sebagai cubaan bagi engkau.

"Amir terkejut yang luar biasa, dia menjerit sekuat - kuatnya bagaikan rohnya hendak berpisah dari badannya. Dia lalu rebah ke bumi dan pengsan di tempat itu juga. Kedua - dua orang yang bertaqwa itu telah sama - sama pengsan.Sebentar kemudian si lelaki soleh sedar dari pengsannya, kemudian mengangkat kepalanya ke langit, lalu berdoa sambil menangis, "Wahai Tuhanku! Aku mohon ampun kepada-Mu. Aku telah mengetahu akan dosa - dosaku dan kesalahanku. Aku bersalah, begitulah akibat orang yang tersilap. Maka janganlah Engkau siksa aku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pelindung manusia."Orang - orang yang hadir di situ turut menangis bersamanya.

Tidak lama kemudian, Amir sedar dari pengsannya, dia lalu mencium tangan dan kaki orang soleh itu.
"Wahai kekasihku, bagaimana perkara ini boleh berlaku?" tanya Amir kepada orang soleh.
Orang soleh menceritakan bahawa dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melihat apa - apa jua perhiasan dan barang - barang cantik di dunia.
Kemudian dia lalu di sebuah pasar dan terlihat tali pinggang yang indah.Maka dengan takdir Allah dia terlalai di situ. Dia tidak tahu apa yang terjadi, melainkan lelaki penjual tali pinggang itu tiba - tiba menyerangnya dan menuduhnya mencuri, padahal saya tidak mencurinya.

Amir faham bahawa tali pinggang yang dijumpai di pinggang orang soleh itu adalah atas kehendak Allah, sebagai balasan melanggar janji.