"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]
Showing posts with label Nukilan Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Jiwa. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

(SPIS) Seminar Perubatan Islam




Semua dijemput hadir. Yuran pendaftaran dibayar pada pagi sebelum seminar berlangsung. Hubungi Tuan Hj Md Pozi Awang 019-8025254 selaku setiausaha syukbah dakwah untuk sebarang pertanyaan.

By:ABU NUHA CORNER

Tuesday, January 18, 2011

Tips Akhirat untuk Blogger & Facebook


Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.
Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)
Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”
Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).

Firman Allah (al-Quran surah al-Mulk ayat 2)
Bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.”
Namun berapa ramai kalangan kita mengingati, bahawa kehidupan ini dan kematian kelak sebagai ujian yang perlu kita lulus sebelum kita berdepan dengan Allah di akhirat? Persoalan ini adalah asas kehidupan manusia. Ia perlu dijadikan prinsip kita sepanjang hidup di dunia ini. Walaupun kita sekarang berdepan dengan segala macam perkembangan baru, termasuk bidang kemajuan maklumat seperti yang kita alami sekarang. Hakikat inilah, dunia blog dan facebook atau apa-apa nama lagi yang menjadi landasan penyebaran maklumat alam siber, kita harus serasikan dengan prinsip hidup berteraskan kehendak Allah.
Oleh kerana itu, tugas blogger dan facebooker sama juga tugas wartawan, penulis dan guru, iaitu mendidik dan membentuk pemikiran ummah. Tugas mendidik dan membentuk pemikiran ummah ini merupakan tugas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Maka sesiapa yang menyambung tugas nabi, insya-Allah ia mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWt.
Suatu peringatan
Seseorang blogger dan facebooker itu janganlah salah gunakan atas kepakaran ilmu yang kita ada. Seumpama budak yang baru pandai naik basikal. Ke mana sahaja mahu naik basikal, termasuk ke tempat yang tak munasabah berbasikal, atau ke tempat yang tak sepatut berbasikal dia juga akan berbasikal. Maka atas sifat menggunakan ilmu yang kita ada menerusi hujung jari, gunalah hujung jari itu dengan hikmah. Tidaklah kita nak tulis apa saja sehingga menyentuh sentimen yang memudharatkan orang lain. Maknanya kita tak boleh ikut sedap kita sahaja. Tanyalah hati dulu sebelum menulis. Ingatlah, apa yang kita tulis itu bakal menjadi saksi di akhirat kelak: “berdepan dengan kematian, maka di sana kita akan dinilai di hadapan Allah mengenai apa yang kita tulis itu.”
Justeru itu perbetulkan perjalanan kita, cara perbetul itu sebagaimana panduan daripada firman Allah SWT (al-Quran surah al-Fatihah ayat 6-7):
Bermaksud: “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Ini bermakna, apa yang perlu kita amalkan ialah kita kena sentiasa melakukan kebaikan (menulis apa-apa isu) dengan cetusan hati, “Ya Allah, pimpinlah kami agar sentiasa mengikut jalan yang betul, iaitu jalan yang engkau kurniakan nikmat––syurga.”
Ini suatu tuntutan untuk kita semua, atas tujuan kita dijadikan Allah sebagai penyampai dakwah Islamiah, maka harapan saya berpeganglah kepada amanah Allah agar kita semua ini, blogger dan facebooker dapat berkerjasama menyebar Islam demi kebaikan ummah.
Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur
10 Safar 1432 H | 15 Januari 2011 .

Perkongsian dari laman Tok Guru~





Sunday, January 16, 2011

Titipan Kasih buat Mu Sahabat




Selembut sentuhan bayu buat mu sahabat tersayang..
Setinggi kesyukran kini ku panjatkan pada illahi..akhirnya rindu yang terpendam akhrnya terbebas dari sangkarnya..
Setelah sekian lama terperangkap
Pertemuan yang hanya 20 minit menenangkan gelora rindu nya di hati dan menjanjikan kedamaian di hati.
walau hanya 20 minit
iya benar!
hanya 20 minit..
itulah nikmat!
Pertemuan sesingkat itu hanya sempat membicarakan soal gerak kerja,kerna tika itu perkara utama menjadi pilihan..memilih antara tugas(amanah) dan sahabat
Ya ALLAH 
apakah salah diriku kerna terlalu busy atau sengaja membusykan diri???
Moga persoalan itu bakal terjawab..
Buat sahabat tersayang yang jauh di sudut hatiku sungguh diriku sangat merindui kalian..
Masa dan jarak telah memisahkan kita namun doa dan hatiku tetap bersama antum..



Sahabat,

Kamu adalah anugerah terindah
Kurniaan DIA yang Maha Memberi
Nikmat teragung yang tidak terperi


Kenangan yang terlukis di hamparan memori

Biar terlakar kekal

Tidak terpadam dek hujan dan badai
Tidak pudar diliputi debu-debu duniawi

Doa Rabithah pengikat hati

Cahaya Rabbani penyuluh qalbu


                                      Detik masa yang semakin pantas berlalu
                                      Akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita...


DIriku Mulai mengenal kalian dari takruf yang ALLAH nyatakan Dalam Firmannya

                                     "Setiap org mukmin itu adalah Bersaudara"
                    Setelah itu kita di takdirkan bertemu di TAMAN PERJUANGAN
Duduk sehalaqah
Membetulkan yang BIASA..Biasa kan yang BETUL,


Pahit manis masin masam segalanya telah kita tempuh bersama..
Terkenang saat di Garis permulaan perjuangan
kita berdiri bagai sebaris tentera yang ramai,
Namun,
ALLAH senantiasa menapis hamba-hambanya..
Akhirnya, hanya 4 orang jundiyatullah yang tetap teguh bertahan..
walau kadang di tiup angin puting beliung FUTUR..
I S T I Q O M A H 
........
9 HURUF
.....
mudah di lafaz mudah di hafal..
tapi sukar SEKALI Untuk di lakukan,
Perkataan yang sering menjadi siulan kita pada adik-adik usrah
persoalan yang kini semakin menerjah seluruh kerajaan Badan
Akan teruskah kita terus istiqomah?
meneruskan langkah di taman Perjuangan
atau terhenti di tengah perjalanan


ketahuilah ombak kepayahan tidak akan pernah berhenti
BERJUANG ERTINYA TERKORBAN
Tapi itulah yang bakal menjadi mahar kita ke syurga ALLAH.
Hanya Doa mampu ku titipkan buat kalian

Pernah 
antara kita ada hampir lemas
Tika ombak kemalasan menghempas pantai hati
Angin kian mula merebahkan diri..
Mengatur seribu langkah
melarikan diri sejauh-jauhnya

Tapi duhai sahabatku..
Ketahuilah bahawa sejauh mana pun dirimu berlari
Engkau tetap berpijak di bumi Tuhan memakan rezeki Tuhan
lalu layakkah kita untuk sekadar menjadi insan Biasa
yang tidak pernah berusaha menjadi insan yang LUAR BIASA.



Wahai nenek-nenek yang ku sayangi Kerna ALLAH..
Tidak mampu ku nafikan pernah di antara kita pernah punyai ketidaksefahaman,
Sungguh seribu kemaafan ku pinta,
Tidak pernah walau sekali pun terlintas di benak fikiran diri ini ingin melukakan hati-hati insan tersayang

Teguran dan nasihat ku curah kan atas dasar sayang yang masih terpahat di hati..
walau ianya bakal menceroboh kelembutan hatimu..
Segalanya ku serahkan pada pemilik hati kalian,
Ketahuilah bahawa
(DIRIKU SEDIA MENERIMA KEKURANGAN DAN KELEBIHAN KALIAN)
(DIRIKU SEDIA MENERIMA DIRIMU SEBAGAI INSAN)
jangan pernah ada di antara kita yang merasa rendah dari yang lain..
berpeganglah dengan kata-kata yan singkat namun punyai 1001 maksud tersirat

(BERDIRI SAMA TINGGI DUDUK SAMA RENDAH)

kerna ianya bakal menambah perencah sup persahabatan yang telah sekian lama terjalin


Hanya Doa yang tidak pernah putus ku titipkan buat kalian
Biarpun kini ku biarkan kalam berbicara ...
mengurai rasanya di jiwa
ketahuilah bahawa ianya tidak bakal mampu menafsirkan segala rasanya di jiwa..



Andai ini coretan terakhirku..
biarlah bait-bait cinta ini terus terabadi 
Di Teratak Nukilanhatihamba..
Andai sahaja suatu hari nanti,diriku tersasar dari lalun
Lemas di bawa arus dunia
Mohon seluruh Kerajaan Badan ini
Sambut tanganku
Jangan Biar Diriku terus Lemas


Jangan takut pada BENCINYA DIRIKU pada Dirimu
TAPI takutlah kalian pada bencinya ALLAH
Jawapan apakah yang akan engkau berikan pada Allah Di akhirat kelak???

Pertemuan kita kerna ALLAH  biarlah perpisahan kita juga kerna ALLAH




ketahuilah
Dirimu begitu berharga..
Salam Rindu dan sayang
ukhuwah Fillah
Buat

Saidatul Erma,Syafiqah Nur,Huda, Irawan Ridduan,Dan Ummul Izzatin

By:Nurfillah_Suinichi sakura Kudo



Saturday, January 15, 2011

Doa Di tolak????!




  • kita mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak Nya.
  • Kita berkata kta mencintai Rasulullah SAW, tetapi kta meninggalkan sunnahnya. 
  • kta  membaca Al-Quran tetapi kta tidak beramal dengannya
  • Kita telah rasa nikmat-nikmat Allah tetapi kta tidak mensyukurinya. 
  • Kita telah berkata bahawa syaitan itu musuh kta tetapi ktaa tidak menentangnya.
  • kita kata syurga itu benar tetapi kta tidak beramal untuknya.
  • Kita kata neraka itu benar tetapi kta tidak lari daripadanya. 
  • Kita kata mati itu benar tetapi kta tidak bersedia menghadapinya. 
  • Kita bangun dari tidur lalu kita katakan banyak keaiban manusia tetapi kta lupa keaiban diri sendiri. 
  • Kita kebumikan mayat saudara-saudara kita tetapi kita tidak mengambil iktibar dari mereka.


sungguh!
kita banyak bermain-main dengan Allah...
Seolah-olah ALLAH teman bercanda..

  kita lansung tidak  serius dalam urusan agama... 
Masih sempat duduk berpangku tangan..bergoyang kaki..
sedangkan masa yang di beri lebih sedkit berbanding tugas yang perlu di selesaikan

Lalu apakah lagi bakal kita persembahkan nanti saat bertemunya??

Tepuk Dada..mari bersama kita bertanya iman yang masih tersisa..

Mulakan Persidangan bersama Ahli-ahli kerajaan badan..

Lupakan langkah-langkah kita yang layu..!
mulakan lembaran baru..
Kerna Nur masih bersinar walau waktu telah berlalu..

Ar-rahman Ar-rahimnya ALLAH
masih terhidang buat hamba-hambanya yang ingin kembali pulang..



Ya ALLAH!!


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling


suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....






Ya rabb..suburkan jiwa ku dgn takwa padamu..
Suburkan kembali bunga-bunga d taman hatiku..agat tetap dgn pemilik n pencintanya..
Ku memohon pada mu ya rahman...
ya rahim..
Rela kini ku hidup bersendirian asalkan Cintaku padamu Tetap teguh....


Moga Cinta SAkura Di taman perjuangan subur kembali



Narrated By:NurFillah

Friday, January 14, 2011

Pesanan Akhir SAyyid Qutub


Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka Di Atas Tulang-Tulangku
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini
Dan...
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya


Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapatkan Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman-Taman Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah Hidupku Di Alam Abadi

Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Rohku Terbang Mendapatkan Rindunya

Janganlah Gentar Berkelana Di Alam Abadi
Nun Di Sana Fajar Sedang Memancar...

(Ditulis Beberapa Ketika Sebelum Menemui SYAHID)





Friday, December 3, 2010

Warkah Buat Ayahnda Dan Ibunda


Saat diri memerlukan kasih..
Ayahnda datang mendakap..
saat memerlukan sayang ..
Ibunda dtg memberi sentuhan manja..
andai di dpn mata ku emas n berlian..
 tidak mungkin ku lepaskan kedua insan tersayang ini..
bagiku..
mereka lebih bernilai dari emas dan berlian..


Bismillahirahmanirahim..
Ku buka tirai kalam dengan pujian keatas mu Ya rabb..
Subuh yang dingin hari ini ..
menerjah kamar kerajaan tubuh..
Memerhati dari kejauhan keindahan Ciptaan Allah Di langit..
Ketenangan mula  menerobos masuk ke Dalam Kerajaan Diriku..

ku sambut kedatangannya..
dengan penuh kemesraan..
Entah mengapa..
HatiKu seakan memaksa membawa pandangan mataku..
Beralih arah ke satu sudut di  dalam kamarku,..

Airmataku Jatuh tanpa di undang,.
Terkenang jasa&pengorbanan mereka..
Wajah papa&mama yang terletak di atas meja belajarku.,.
Melepaskan satu panahan yang tepat di hati ku..
Wajah mereka lah penguat semangat  Diri..
Saat-saat kejatuhan Kerajaan Diri dalam mentakbir...

Tepat jam 5.30 pagi..
Handphone pemberian papa berbunyi..
Tersentak sebentar dari lamunan..
lalu ku paksa mata ku beralih arah..
ke Skrin handphone pemberian papa..
Allahukhbar..!
Tertera Di Reminder N4N ku..
Hari ini hari Ulangtahun perkahwinan papamama..
Bagaimana bolehku terlupa hari paling bermakna dalam Hidup kedua insan ini..

Tanpa membuang Masa Lantas ku kirimkan Mesej Ringkas pada mereka..
                                      
 Text Msg: Lahirku Ke Dunia merupakan Amanah Allah yang dititipkan Allah ayhnda&Bonda..Terkenang Tika kali pertama ku melihat Dunia KALIMAH ALLAH ayahnda Bisikkan Di telingaku..Kali pertama diriku merasa sejuknya Dunia..Ibunda datang menghangatkanku..Pada saat Mula Diriku Dilahirkan telah Di takdirkan ISLAM sebagai agamaku..Papa Mama Sebagai Ibunda&Ayhnda Ku..Allah Sebagai Tuhanku..Rasullah Sebagai Nabiku..Inilah nIkmat yang hingga kini ku miliki dan setinggi kesyukuran ku panjatkan PadaNya..Namun Ibnda&Ayhnda lah yang telah menjadi insan yang memastikan Nikmat tersebut Tetap Terjaga Rapi.....PapaMama ketahuilah tidak semua Rasa Syg mampu ku Luahkan melalui kata2..Di hati Ini Hanya Allah yang mengetahui Betapa sentiasa Diriku  Cuba yang terbaik Untuk kalian..Namun..Selalu gagal..Maafkan Atas kekecewaan kalian terhadap Diri ini..
Tidak ada lain yg diri ini inginkan melainkan Doa Restu Kalian untuk menempuh Hdp ini..Sykran D atas Kasih Sayang ..Didikan..Pengorbanan..Wang Ringgit..Masa..&Tenaga kalian pada anakmu ini..kak sayang papa&mama
Selamat Ulang tahun Perkahwinan  yang ke 20 tahun..Moga iktan yang terbina berkekalan higga ke akhirnya..amin



Hembusan Nafas kelegaan Ku hembuskan setelah menaip mesej dengan penuh perasaan
...Click..
Message Send
----------------------

Buat kedua insan yang sangat-sangat-sangat-sangat kusayangi ini..
Izinkan hari ini anakmu menukil kata meluahkan rasa di hati...
Andai anakmu ini pergi dulu..
Moga ianya menjadi kenangan abadi..
Di teratak nukilanhatihamba ini...


Papa mama..
Siapalah daku tanpa dirimu

Walaupun papamama  memarahiku
sedikit pun hatiku tidak  pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana Diriku tahu disebalik kemarahan mu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu & ayah terhadap anaknya...
untuk Mengajarku erti sebuah kehidupan




papamama
sungguh,diriku telah banyak melakukan dosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
tidak terkira dan tidak mungkin terbalas

mama papa
Tiada satu pun yang kurang pada anakmu ini
Tiada satu pun cacat cela didikanmu pada anakmu ini
Demi Allah!!!
tidak terlintas dalam hati ni
untuk melawan kata-katamu
apatah lagi untuk meninggikan suara kepadamu
percayalah ...
anakmu ini mengakui azab Allah pada anak yang derhaka


mama..
Sungguh Demi ALLAH!!!
pengorbanan mu terlalu besar..
Dirimu telah sanggup mengadaikan nyawa demi melahirkan diriku..
Dirimu jugalah...
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina..

mama..
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya..
Tika Diriku sedih,gembira,gelisah..
Naluri ibumu bagaikan sebati dalam Diriku..





Papa
sifat ketegasanmu mendidik anakmu ini agar menjadi manusia..
Tika dikau keluar mencari rezeki Demi Sesuap nasi untukku..
segala penat lelah mu tidak pernah sedikit pun engkau hiraukan..
demi menjaga kebajikan keluarga mu agar selamat dunia dan akhirat

Papa..
Sungguh kegigihan Dirimu Dalam mencapai kejayaan Hidup..
Membuatku semakin kagum dengan Dirimu...
Walaupun Engkau tidak pernah meninggikan suara padaku dalam mengajarku..
Tapi sebenarnya Dalam diam Kepimpinanmu..
Gerak Geri mu..
Cerita Hidupmu..
Pergaulan mu..
Hubunganmu Dengan Allah yang tidak pernah kau abaikan walaupun sesibuk mana pun Dirimu Dengan kerja mu..
Caramu menyelesaikan masalah Hidup..
Telah banyak memberikanku Kekuatan meneruskan perjuangan..


Demi Allah!!
Sungguh Anakmu ini Bersyukur telah di kurniakan papa&mama Sehebat dirimu..
Walaupun bagi anak2 lain..Ibubapa mereka juga hebat..
Namun Tetap juga kU bertegas..
Tetap juga dirimu terhebat di hatiku..
Disamping Rasullah S.a.w...


mamapapa

diantara kita tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu

usia bukan faktornya

ketetapan Allah itu mengatasi segalanya

andai anakmu ini pergi dahulu

ampunkanlah dosa anakmu ini..


Papa
..imamilah solat jenazahku
dan andai Allah lebih sayangkan dirimu
ingin sekali dan anakmu ini berjanji
akan menguruskan segalanya..



Sayu hati rasanya..
Saat jari lancar menekan "keybRd"
tiba2 jari-jari ku terhenti..


Menitis airmata saat m`upload picture ayahnda&ibunda..
terkenang pengorbanannya..
sentuhan sayang darinya buat ank2nya..
gurau sendanya..
kesabarannya dalam mendidik ku..
Hingga hari iini aku masih mampu menjaga amanat yang  telah berikan padaku..


 Tiba-tiba Alunan Lagu Unic (Bisikan malam) dari handphoneku kedengaran..


Iya Mmg benar jangkaan ku..
Nombor telefon papa Tertera Di skrin Kecil N4Nku


+0198200750:Salam Alhamdulilah3x Semoga Allah Swt panjangkan umur anakku dengan pegangan iman dan takwa muslimah..Tiada yang lebih bernilai dan Di nilai melainkan iman dan takwa Di sisi Allah..Ilmu Di pelajari sbg senjata amanah Allah kepada kita hambanya Untuk mengerjakan Amar makruf nahi mungkar..Kami sebagai papa&mama tiada harapan setinggi  gunung melainkan pengharapan seorang anak yang soleh&solehah yang taat pada kedua ibubapa yg Hina ini..Hamburan Kata-kata yg mungkin menyakitkan hati seorang anak dari ibu/bpa yg jauh didalam hati berhajat semata-mata untuk mendidik mungkin di salah ertikan..kami juga insan biasa mohon maaf segala kesilapan..Harapan Dan Doa kami moga Redha Allah terlimpah pada keluarga kita..Daripada Mama&papa yang amat menyayangi kakak..Wassaalam..



Semakin deras airmata ini rasanya..
Saat mesej yang ku hantar pada mereka telahpun Dibalas ..
Lantas hati mula bertelingkah Dengan mata..
Sama ada mahu menahan sebak di dada ataupun si mata mahu mengeluarkan airmata..
Ahh!akhirnya si hati tewas..
Mata semakin deras mengalirkan airnya..


Hatiku mula bermonolog sendiri..

"Ya allah inilah bukti bahawa setiap apa yang papa&mama ajar..
Mereka juga akn lakukan..Tihak hanya Indah dimulut..."
Begitulah sifat papamama..walaupun mereka lebih tua dariku..lebih mulia berbndingku..Perkataan Maaf tetap di lontarkan..


Memori ku berputar sejenak kembali ke masa dulu..
Teringat Pesanan Ayhnda..
Iya!!Ingat dah..!
Itulah yang selalu di ajar papa..
"JANGAN SEGAN MINTA MAAF DENGAN ORANG MESKIPUN BAGI KITA.. KITA TIDAK SALAH "
sifat maaf boleh mendidik hati kita jadi lembut..
tidak sombong dan tidak ego..
ingat semua MILIK ALLAH tidak ada milik kita..
Petikan Lirik dari lagu kesukaan papa..By Rabbani (Mana mIlik Kita)


Alhamdulilah itu jugalah  yang diriku telah amalkn..


Tidak ada kata lain lagi yang mampu ku tuturkan..
Melainkan kata syukur padanya Kerna Hingga kini Kedua insan ini masih ada di sampingku..

Ya Allah..
Engkau Lindungilah &pelihara lah Insan yang kusayangi ini..
Seperti mana mereka mendidik&memeliharaku,..
Permudahkan setiap urusan Dunia mereka mahupun Akhirat..
Kuatkan Hati mereka dalam mendidik kami..
Perteguhkan lah ikatan perhubungan antara mereka..

Ya ALLAH..
aNDAi..
Suatu HaRi nanti..
Insan-insan ini pergi dulu sebelumku..
Aku mohon Ya allah..
Perkuatkanlah hatiku menghadapinya..
Tabahkan kami dengan ujianmu itu..
Menjalani kehidupan tanpa mereka
Bantulah Diriku untuk redha Dengan ketentuanmu
**************************************
Di manakan ku cari ganti serupa dengan mereka meskipun kuredah seluruh dunia
Mencari gantinya..
Orang kata Yang hilang pasti berganti..
yang patah pasti tumbuh
Tapi tidak untuk
Insan yang bergelar Ibubapa..
Mereka Hilang tidak akan ada yang dapat mengantikannya..



Pada Yg bergelar anak..
hargai lah kehadiran merka dalam dihidupmu..
Meraka lebih bernilai dari harta2mu..
Walaupun Diri yang bertutur belum cukup sempurna mendapat Tittle "anak soleha"
Namun Tidak ada salahnya andai kta saling ingat mengingatkan..
Sebelum Mata mereka rapat terpejam..
Usah bIar kehilangan mengantikan lafaz yang tersimpan..



Buat PapaMama
~Semoga benih CINTA dan KASIH SAYANG terus bercambah mekar menaungi baitul muslim ini..


~Semoga cahaya mawaddah dan rahmat dariNya sentiasa menyinari baitul muslim ini


~Semoga ikatan ini berkekalan sampai ke akhirnya…bercinta sampai ke syurga

~Syukran for being such a really GREAT PARENTS for we all
~Luv u both very much from the bottom of my heart


Warkah Teristimewa Buat Ayahnda Dan Bonda Dari anakmu

By:Nursuhaila Lani