"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Saturday, November 13, 2010

Biarkan Cinta bahan kimia bertindak balas(Analisis soalan kimia paper 2)

Asalamuallaikum..sekali lagi..ketika cinta bahan Kimia mula bertindak balas membuka tirainya..

Tayangan Khas Buat pejuang2 spm yang mengambil subjek kimia..!!

Chemistry SPM Tips : Do focus on these topics. ..GuD lUcK that`s All From Mrs Al-CheMist..hihi

Hope it will help all of you in getting A+ in Chemistry

Thursday, November 11, 2010

KETIKA CINTA BAHAN KIMIA MULA BERTASBIH (Analisis soalan TRIAL KERTAS 3 KIMIA)


SBP = Reactivity of alkali metals towards oxygen ,Effect of metals on iron rusting ,Effect of size of zinc on the rate of reaction

Terengganu= Heat of combustion of various alcohols, Reactivity of alkali metals towards oxygen ,Effect of catalyst on the rate of decomposition of hydrogen peroxide

Kedah =Reactivity of alkali metals with oxygen, Effect of quantity of catalyst on the rate of decomposition of hydrogen peroxide, Effect of metals on the rusting of iron

Perak= End-point of titration - Effect of temperature on the rate of reaction

Johor= Effect of other metals on rusting of iron - Effect of catalyst on the rate of reaction

Perlis =Construct electrochemical series based on the potential difference of pairs of metals - ,Effect of concentration/catalyst on the rate of reaction between an acid & metal

Kelantan= Heat of combustion of various alcohols - Effect of the type of electrode on the product of electrolysis at anode

Kuala Lumpur =Heat of displacement of copper by different metals - determine the position of carbon in the reactivity series based on its ability to reduce metal oxides

Pahang= Heat of combustion of alchols - Effect of catalyst on the rate of decomposition of hydrogen peroxide

Mallaca =Relationship between concentration of nitric acid and its pH value - Investigate the difference in electrical conductivity between an ionic compound and a covalent compound

Selangor= Effect of metal on rusting of iron - Effect of temperature on the rate of reaction


Selamat Berjuang buat sahabat2 yang bakal berhadapan dengan tentera2 kimia..sediakan peralatan perang secukupnya..moga saja maklumat yang al- chemist Rospink kongsikan dapat membantu memudahkan proses pengulangkajian antum!..Gud Luck!..

By:Nurfillah


Thursday, November 4, 2010

Seindah Bunga Sakura..



Asalamualaikum pembuka bicara..
Salam Selembut sentuhan bidadari..
Selembut Tiupan angin malam
Khas buat Adik-Adik Usrah muslimat Perpis..
Insan yang mampu mengoncangkan Dunia

Tergerak hati ingin berbicara..
Dari hati ke hati..
Membiarkan hati merungkai rasa di jiwa..
Biarkan Mulut terkunci Seribu bahasa..
Moga seribu langkah baru bakal tercipta..

Andai benar lahir dari nasuha nurani..
akan ku biarkan sang hati..
terus berbicara merungkai rasa di hati..
meluah apa yang t`lah terjadi..
Biar ALLAH menjadi saksi..



Aduhai puteriku sayang...

Ternyata kau tetap wanita yang mempunyai hati yang lemah, sehingga mudah luluh dengan apapun...

Setebal apapun iman kau, hati kau tetap lemah, dan mudah luluh...

Na'uzubillahiminzalik...

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Di sebalik bersih wajah mu,
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...

Wahai adik ku sayang..
Hargailah Nikmat yang ALLAH kurniakan padamu..
Hargailah nasihat yang org tua berikan padamu..
Nasihat mereak sangat berharga..
Zaman Remaja yang kau alami skrg..
Sudah!!Sudah pernah di alami mereka..

Pengalaman Dosa semalam..
membuatkan mereka teringin berbicara dan menasihatkan mu..
simpan dan manfaatkanlah..

Wahai adik ku sayang..
Tutup lah apa yg harus di tutup..
Simpanlah apa yang harus Dirimu simpan..

Wahai adik ku sayang..
Wahai bunga di taman..
jadikanlah matahari sebagai teman..
jAdikanlah penyegar mu si hUjan..
aGar dirimu sentiasa m`dapat belaian..
pemilik mu


Wahai adik ku sayang..

Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan...
Bukan di tangan kaum lelaki..
Dirimu yang bakal membuat pilihan..
Bidadari Syurga atau penghuni Neraka?
Bimbang Ku hanya untuk mu..
kerna Kau seindah dan selembut BUNGA SAKURA..

wahai bunga di taman..
dengan kecantikan mu kau lebih elok dari matahari..
dengan akhlak mu kau wangi dari haruman duniawi..
dengan rendah hatimu...
kau lebih tinggi daripada bulan..
dengan kelembutan mu kau lebih halus dari rintik..

maka
pertahankanlah keindahan ini..
agar engkau sekuntum bunga..
walau dipandang tidak berdaya...namun
jika kau pertahankan
engkau akn merasa
menjadi sayap kiri perjuangan islam..

Girls are not prizes to be displayed,
they are not objects to be seen,
they are not competitions to be won,
they are not unintelligent to be looked down on,
they are not toys to be played with, they are not garbage to be thrown away.
Come on girls, have shame, have respect, have pride, have dignity. For we all are supergirls, we can bring down a whole empire,and still build a nation. "Let your akhlak be more beautiful than a blooming garden in the middle of Spring

Bagiku
" Dirimu Begitu Berharga"
Seindah Bunga Sakura
Di taman perjuangan
Nukilan khas buat adik2 Usrah muslimat PERPIS
by:Nurfillah_sakura

Wednesday, October 27, 2010

Kejamkah kita??

Sufyan Atsauri berkata "sepuluh macam daripada kekejaman ialah"

1-Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2-Seseorang yang pandai menbaca AL QURAN ..tetapi tiap harinya tidak membaca 100 ayat

3-Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembayang dua rakaat.

4-Seseorang  yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5-Seseorang yang sampai di suatu kota pda hari jumaat kemudian tidak sembayang jemaah

6-Seseorang yang di daerahnya di datangi oleh seorang alim..tetapi tidak mahu belajar apa2 daripadanya.

7-Dua orang yang bertemu di perjalanan tetapi tidak menanyakan nama kawan barunya itu

8-Seseorang diundang ke jamuan/majlis tetapi tidak datang.

9-Pemuda yang tidak mempunyai kerja dan tidak mahu belajar ilmu

10-Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetanggannya lapar tetapi tidak di beri dari makanannya itu


_BY nUr Fillah 93_

Kini MesirKu di landa kemarau  kerna Nil ku yang telah kering..

**********



TAZKIRAH KERAJAAN BADAN
Yang terbaik telah ALLAH bentangkan untuk kita..
maka hargai lah setiap insan yang hadir dalam hidupmu
walau kehadirannya hanya menyakitkan..
tapi
dia lah yang telah mentarbiyah mu menjadi insan yang lebih kuat..
Iya!!kuat dari biasa..
dari insan biasa menjadi  insan luar biasa..

*******
Dosa semalam penebus kelemahan diri..
Dari dosa semalam kita bangkit..
Dari dosa semalam kita semakin dekat padanya,..
Iya itu yang diri ini telah belajar dari universiti kehidupan..
dosa semalam juga lah yang membuat Saidina UMAR menjadi HAMBA ALLAH yang hebat
namanya di sebut-sebut hingga kini..
dulunya MANUSIA ynag menghina islam..membenci kekasih ALLAH..
akhirnya
Namanya memerangi masa..hingga ke akhir zaman kini..
masih..

masih...
dan masih...
di sanjung dan di contohi..
menjadi sumber inspirasi..
mujahid yang memburu syahid..
-----------------------------------------------------------------------------------

posted By:NurFillah_sue`z

Sunday, October 10, 2010

Manual Cinta sang buat Hamba

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan. Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan. Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu. Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia. Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta. Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.
Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.

Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.
"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita. Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita. Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.
"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak
 mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.
"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi. Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.
"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan. Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat. Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir. Jika YA, katakan dengan cepat. Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

 "Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.
"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.
"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.
"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.
"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.
"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.
"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"


Perasaan wanita, lelaki harus hormati.
Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal. Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah. Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.


Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka?  Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah. Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis. Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!

Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.


Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas. Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis. Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".



Lawan jangan layan jangan.
"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.
Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

 Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

 Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".
Ustaz Hasrizal 
tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT. Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.


By IlUV iSLAM