"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Wednesday, August 25, 2010

RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK!!

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.





Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.





Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.




Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.





Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi
Dipetik dari laman Nisa..

Thursday, August 12, 2010

Keringnya hujan airmata di ufuk Timur



ya Rabb..ya Aziz..ya rahman..ya rahim..

sekali lagi ku tadah tangan ku yang penuh Dosa lalu..

hati ku yang kuhamparkan pada mu penuh dengan debu..

untuk ku memohon keampunan padamu.

TUAN N TUHAN KU hanya lah engkau..




Takutku..

Sedihku..
hanyalah untukmu..
Antara debar dan derap perjuangan...
peluh mula mengalir meracik kesabaran..




akhirnya,ALLAH temukan ku dengan jawapan yang ku nanti..

Hujan airmata di ufuk timur menjadi kering...

puas ku menangisi..

puas ku tersisih..


indah fatamorgana kasih..
membawa ku terus tersisih..
akhirnya jawpan kusimpulkan ..
bahawa ku memilih..
mati yang engkau takdirkan..
bukan mati yang di tamatkan sendiri....




HIDAYAH MULA KU TEMUI..


Puas juga ku mencari..
malam hingga ke pagi..
ALLAHUAKHBAR..Sungguh kau menyayangi diri ini..


Sedikit pun tidak engkau membiarkan aku memilih menamatkan hidup ku dengan tangan ku sendiri..




pada pagi yang hening dan aman..
kau turunkan hidayah melalui seorang insan..
kata-kata yang sangat mengetuk pintu kesedaran
mengingatkan ku...
peluang untuk kesyurga mu sangat besar buat ku..
namun mengapa memilih jalan ke nerakamu..


Sekali lagi nurani insan ku di gertak..
Ahh..hidup hanya sekali..
kenapa harus ku memilih jalan ini..
jalan menuju keneraka mu selamanya..
Bak tiupan angin menerobos masuk ke hati ku..
sejuk..nyaman..
setelah sehari airmata ku mengalir..
tanpa henti-henti..
hidup bagai terhenti seketika..
seharian merasa diri bagai bangkai hidup..
akhirnya
airmata kini kering di ufuk timur.
Hati ku mulai tenang...
motivasi diri kini terbina..
langakah baru ku kian terasa..
indahnya hidup bersama illahi ..
benar kata pujangga..
HIDUP TAK SELALU INDAH..
LANGIT TAK SELALU CERAH..
Iya,signifikannya telah ku temui..
walau masih ada sedih yang tersisa..
kegersangan yang tersisa..
ku yakin ini lah TARBIYYAH dari ILLAHI..
----------------------------------
@@@@@@@@

Wednesday, August 11, 2010

Hujan airmata di ufuk timur...


ya allah..
jalan yang mana harus ku tempuh..
dunia ku terasa gelap..
aku bagaikan berada di alam yang lain..
bertemankan roh ku yang kini bakal memilih..
ya allah..
kutadah tangan ku yang penuh dengan dosa ini..
kuhamparkan hatiku yang penuh dengan kekotoran ini..
padamu kusujud ..padamu ku merayu
terima lah aku hamba mu yang hina
Dengan harapan..
pasti dan yakin engkau bakal menerima taubat ku..
Ahhhh..terlambat!!!!sudah terhantuk baru tergadah..
buat pastu taubat!!pastu buat lagi!!!
usah la bermain tarik tali..
(suara keras dalam hati ini menjerit..)
namun
Sapaan iman yang masih tersisa muncul,
mengatakan bahawa diriku masih belum terlambat..
Sangat sakit ..
amat sukar bagi ku untuk mentafsir ..
nurani ku yang kini kian membisu..
merancang seribu perancangan ke NERAKA ALLAH..
astagfirullah..
terasa ingin menamatkan seluruh hidup ini dengan tangan sendiri..
ingin mengorbankan segalanya..
ahh..sudah penat ku melayan hati yang kotor ini berepilog..
persoalan yang kian menerjah di seluruh kerajaan tubuh ku..
Antara Memilih MATI ATAU HIDUP..
moga jawabannya bakal ku temui..
Dalam kepiluan menerima suratan
sedaya upaya keREDHAAN yang utuh cuba ku bangunkan..
namun hati bagai tidak dapat di tipu..
Linangan air mata membasahi seluruh kerajaan badan..
bagaikan hujan airmata di ufuk timur
apaLah QUDRAT KU sebagai seorang INSAN..
membuat orang percaya pada diri ini..
tidak mungkin mampu ku lakukan..
TIDAK MUNGKIN KU PULANGKAN KEPERCAYAAN YANG TELAH TERCABUL..
kasih yang telah bersemi sekian lama..
kerna ku menyedari hakikat diriku sebagai INSAN..
INSAN..
Puas ku dengar perkataan ini..
100000000 maksud tersirat..
Laungan sering kedengaran..
"Nobody is perfect"
namun..mengapa sukar untuk di fahami..
siapa pun kta..
bersongkok..
bertudung labuh..
berserban..
bertudung singkat..
tetap INSAN..INSAN..INSAN..
moga kasihmu dan kasihku bakal bersimpul
By:Nurfillah_120gos 2010

Sunday, July 25, 2010

ketika cinta Si bahan kimia bertindak balas episod 1(KIMIA OH KIMIA!!)

Let`s we learn sUmTink aBout chemistry..actually Chemistry is very much part of our lives,yet most of us are not aware of it,..

Most of our food are moxture of naturally occurring chemicals..oTher than that Our houses are made from cement..concrete..steel ..glass..and plastics all of which are CHEMICALS!!!


Today Mrs Chemist want To share sumtink about chemistry with u All..


Chemistry is the study of the composition,structure,properties,and interaction of matter..
1st step..you must set On Ur mind Chmistry is Easy than Maths!!!..haha..
Did u kNow??knowledge of chemistry is necessaary to help us understands our materials World..

Now..just imagine you can create a living cat!!
Here are someb important ingredients you would need...
CARBON
Carbon is the basic building block of all living being.Carbon C has the electron velence of 2.4
carbon ,a non metal element form covalent bonds with other non metal elements to achieve a stable electrin arrangenments..
SULPHUR
Helps to clot the cat`s blood.Sulphur S is the from Group 16 as it has a velence electron of 6 and an electron arrangement of 2.8.6..
Calcium
Need to build stong Bones..
IODINE
needed to stay healthy ..a purplish -black solid at room condition ..is a group 17 elements..Actually, its exist as diatomic melecules at room condition..
SODIUM CHLORIDE
Nacl which highly reactive group 1 elements..combines with the group 17 elements ..chlorine to form an ioanic compund..
WATER
Almost 67 of the cats body tissues consistsof water..two atoms of hydrogen plus one atomsof oxygen makes a water melecules.
IRON
iS a Vital component in the cats blood..Iron,Fe ia an example of a transition metals can form ions with diffrents axidation numbers hen forming compunds ..Iron shows theoxidation number 2+ and 3+..
Huhuhu..OwK..That`s all For Today FrOm Mrs ChEMIST..
Gud lUcKs FoR ALL STUdTzzz 5 sTec..
"KETIKA CINTA Si BAHAN2 KIMIA BERTINDAK BALAS"
to be CoNtINUE






Wednesday, June 9, 2010

Cantik pilihanMU..Halal yang terbaik untukmu muslimah

Salam Tautan ukhwah..
Kali ini ayuh kita berbicara mengenai sesuatu yang tidak dapat di pisahkan dengan seorang yang bergelar wanita iaitu kosmetik..
Ibarat isi dan kuku..demikianlah hubungan wanita dengan kosmetik yang menjadi taruhan bagi mereka untuk tampil cantik dan menarik..dalam sebuah tulisan yang di tulis oleh UMMU AZKHA(http://www.suara-islam.com/index.php=com)..disebutkan beberapa hal berkaitan dengan topik kosmetik ini.
Daripada tulisan itu kita mendapat pengetahuan yang cukup lengkap tenyang kosmetik itu sendiri...
kosmetik berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris (cosmetic) yang bererti "alat kecantikan wanita".Dalam bahasa Arab Moden ianya diistilahkan dgn "alatuj tajmil".
TIPS MEMILIH KOSMETIK
#kenali jenis kulit anda terlebih dahulu
#ketahui bahan/kandungan kosmetik
#jangan selalu bertukar-tukar jenam/alat kosmetik
#memerhati/mengambil tahu mengenai tarikh luput kosmetik tersebut
#sihat
kali ini mari kita berkongsi sejumlah bahan yang berbahaya yang sering di salahgunakan(di tambahkan)kosmetik yang telah pun di kenal pasti oleh (POM DEPKES 6)]
Antara bahannya ialah:
*Alaturi(air raksa)-Bahan ini telah di tambahkan pada pemutih dengan alasan sebagai bahan untuk membantu menhilangkan titik hitam pada kulit wajah.
*Hidrokinon -Lebih daripada 2% di tambahkan pada pemutih sebagai pemutih kulit(syarat tidak kurang dari 2%).Jumlah ini bukan sahaja menyalahi ketetapan yang telah di tentukan bahkan akan memberikan kesan yang sangat buruk pada kulit wajah.
*Rhodamin B(Pewarna merah jambu) terdapat pada lipstik,perona pipi dan eye shadow
*Methanil Yellow(pewarna kuning) terdapat pada bedak dan eye shadow
*Merah K3 terdapat pada bedak.eye shadow,dan perona pipi
*Methanol lebih daripada 5% (syarat tidak kurang dari 5 %) terdapat pada kosmetik berbentuk semburan misalnya Hair spray.
persoalannya..apakah bahan-bahan ini hanya di temukan di dalam kosmetik murahan??
sudah tentu tidak..bahan ini juga boleh terdapat pada kosmetik yang berjenama dan mahal.
Bukti terbaru di paparkan Badan POM menyebutkan bahawa pihaknya menemukan ada sekitar 27 bahn kosmetik yang mengandungi bahan terlarang..
Bahan berbahaya itu antaranya iailah:
ALATURI(Hg)
Hidrokinon
Zat Warna Rhodamin B.
Merah K3
Produk -produk seperti Krim pemutih,Krim Pembersih wajah,lipstik,Losyen,make up,eye shadow dan sebagainya yang diambil daripada berbagai pusat kecantikan ,pasaraya,dan toko kosmetik di sejumlah wilayah telah membuktikan bahawa kosmetik ini mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti yang telah disebutkan tadi..
Di postInk seterusnya Rospink akan berkongsi lagi mengenai CAMPURAN BARANG-BARANG HARAM yang terdapat pada kosmetik..Insyaallah..
"tepuk dada,tanya iman"
KOSMETIK MANA YANG MENJADI PILIHAN KITA..
YANG BERKUALITI?
YANG BERKUALITI TAPI HARAM..
YANG BERKUALITI TAPI HALAL?