"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Thursday, July 4, 2013

Kami di rogol!! kamu ketawa??!!


Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria.

- Diharap kita semua tersentak, sedar dan insaf apabila membaca artikel ini. Sekiranya tidak terasa apa-apa muhasabahlah diri.

- Bacalah dengan mata hati untuk melihat kebenaran. Tidak ada bezanya Malaysia dan Syria. Di mana-mana pun, Muslimat akan berhadapan dengan persekitaran yang menakutkan selagi umat Islam terus lalai begini.

Bangunlah ! Bangkitlah! 




Thursday, April 25, 2013

Sandaran Harapan


SANDARAN HARAPAN

Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada-Mu oh Tuhan ku mohon pimpinan

Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan

Aku diburu kenangan silam
Di kala leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan

Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan
Masihkah ada ruang untukku




Wednesday, October 10, 2012

TERMINAL 19 ?


.
 

                                                                    Bicara Hati menyingkap
satu-persatu perjalanan hidup ini…
Membuka lembaran demi lembaran ..
Tersentak di lembaran yang ke-19…
Kerajaan badan memulakan musyawarah ..
Post-Moterm  besar-besaran antara kaki-tangan-mata-telinga-dan ketua kerajaan HATI
dengan Izin sidang bermula!!







Setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk mencoretkan sesuatu di teratak  (NHH) ini..
AKHIRNYAAA!! Benarlah bahawa.
"TIDAK AKAN BERLAKU SESUATU PERKARA BAIK YG BURUK ATAU YG BAIK MELAINKAN DENGAN IZINKU”


Genap 19 tahun peluang  di beri berkelana d bumi ALLAH…
Satu persatu persoalan terus- menerus menerobos masuk benteng pertahanan minda,
Akhirnya hanyut di lautan persoalan..

Sejauh manakah Cinta ku kini pada ALLAH?
Setinggi manakah dosa ku pada nya?
mngkin telah melampaui segala gunung d bumi..
Sebesar apa pengorbanan yg telah ku lakukan selama 19 tahun untuk ALLAH dan agamaNYA?
Berapa titis darah yang telah menitis kerna perjuangkn agama ALLAH?
Sebanyak manakah aku mensyukuri setiap nikmat yang di berikan?
Seikhlas mana aku mencintai ALLAH?
persidangan rohani di mulakan..


 


Hidup ini punya pasang surutnya..
Iman juga punya turun naiknya..
Kita x selamanya akan berada d kondisi yg stabil n statik....
Teringat perumpamaan seorg insan terdekat ..
hidup ini bagai “ROLLERCOASTER”



 Di teratak inilah..
Punyai 1001 kenangan dan coretan hidup yg ternukil..
Dengan harapan..
Seandainya suatu masa nanti ALLAH takdirkan diri ini pergi dulu
Sebelum mama dan papa..
Sekurang-kurangnya..ada sesuatu menjadi pengubat di kala rindu datang menjenguk..
Ada sesuatu yang menjadi ibrah buat insan yg bergelar anak mahupun hamba…
Ada pahala yang akan terus mengalir..
Menjadi saham di akhirat kelak..




Saat-Saat genting kian menghampiri 58 Hari lagi..
Peperangan itu akanku tempuhi..
Fitrahnya manusia..
Seluruh kerajaan badan mula merasai aura-aura peperangan..
Walau perasaan takut sering bertandang tanpa di undang..
Getus hati semampunya menyakinkan diri..
(ALLAH kan ada ^_^) ..
Bait-bait cinta dariNYA mula menyelimuti dan menenangkan hati ..
"sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang"


Saat diri di tiup ketakutan dan kelesuan.
Terasa bagai langkah kaki ini ingin di hentikan..
Sekuatnya hati cuba untuk bertahan..
Namun..manusia tetap manusia..
Saat kejatuhan kian menghampiri..
Bait-bait mengadu terus teralun di sepertiga malam..
Benar coretan sejarah lampau..Qiamullail sumber kekuatan mukmin..


Saat diri mencari tempat bergantung..
Muncul seorang insan yang cukupku kagumi..
Perbualan ringkas bersama ayahnda  kini ku ingin abadikan di teratak nukilanhatihamba ini..
Agar andai suatu saat nanti..
ALLAH menarik nikmat ingatan ini..
meluputkan semuanya dari minda..
Masih punya kenangan yang tersisa di teratak ini
dan andai saja diri menemui titik kebuntuhan…
Masih punya  kata-kata yang mampu menyuntik semangat diri…


********************************************


S:“papa…”
P:Kenapa kak?
S: (Papa  busy?kak nak bincang sesuatu boleh? ..)
Seolah-olah..naluri seorang ayah mampu membaca hati seorang anak..

P:Papa melawat kawan di IJN dlm ICU dlu ..nnti kta cerita..ada masalah solat n doa itu tmpat mengadu yang paling tepat minta kelapangan dada n slesai sgala masalah..nnti kta smbung..insyallah.

Perbualan terhenti seketika..
Setelah selesai solat sunat mutlak,terpapar  msej papa di skrin telefon...

P:Kakak jgn berjuang separuh jalan,kak msti  ingt setiap mslh ada jalan penyelesaiannya..kalau perlu kawan bercerita papa sedia berkongsi..papa dulu lagi menghdpi masalah yg lebih teruk dari kakk,tpi papa yakin kalau org lain bole kenapa papa tidak bole,kalau papa xusaha n cuba pa xtaw kemampuan/kebolehan pa,papa nasihatkan,,kakak ingt org islam xkan mngku kalah selagi tidak berjuang..semakin dekat exam ni smkin banyak mnta restu ibubapa terutama ibu..dan dekati ALLAH melalui solat n doa..itulah sebenar2nya snjata org mukmin…kalau kak jauh dari semua ini..hati xtenang n susah maw focus semua kekuatan dtg darinya..percayalah..insyaallah papa jamin pasti Berjaya..solat,solat,solatlah..dgn penuh kusyuk n keimanan..insyaallah allah akan bantu kta dalam apa jua bentuk kegelapan dunia yg semntara ini..

MASSAGE KE DUA:
P:kak stpm hanyalah setitik dari berjuta-juta titik ujian allah uji hambanya..selepas ini masih banyak lagi ujian yg besar kak perlu lalui mcm yg pa n ma hadapi..kta perlu ketenangan.kesabaran,dan keimanan untuk keseimbangan dalam menyelesaikan ujian2 ini..caranya sepertimana papa sebut tadi..kalau papa biasanya bila ada masalah pa akan lari pegi masjid..ambik wudhuk duduk lama2 solat dan mengadu/doa dgn ALLAH ..lalu pa teruskan usahamencari penyelesaian masalah papa..

Massage 3:
Kak untuk mengelakkan stress berpanjangan ,kurangkan berada dlm bilik..kak kena slalu bergaul dgn org-org..jgn diam jak..dan sembunyi2 bila ada masalah..sharing is caring =) berkongsi bermakna kta ambil berat

Massage 4:
Kak jangan takut kerna sudah berbelanja besar,papa nda pernah rasa rugi atas  apa jua belanja yg pa keluarkan bagi pa semua ini adalah tanggungjwb pa n mama..so tnggungjwb kakak ialah berusaha tnpa putus asa..berjuang biarlah smpai ke penghujungny..takdir biarlah MENJADI MILIK ALLAH..allah lebih mengetahui apa yg berlaku walau apa pun keputusannya setelah kta berusaha pa n ma redha kami xakan menyesal..sebab di dunia ini ALLAH bagi kita banyak JALANN untuk Berjaya..sebagaimana luasnya rezeki ALLAH itu..Cuma kak kena ingat ALLAH BENCI HAMBANYA YANG BERPUTUS ASA DLM BERUSAHA!!!

Massage 5:
“Always believe your self and ALLAH with Us if we always with ALLAH..”
Asalamuallaikum kak..
Dear kakak..
Hope u gttng better now..pls always think + in ur live..nothing is possible if u say yes I can!insyaallah with help  from ALLAH u will success and meet ur target/vision..remember what Qurans said..
“ALLAH WILL NEVER ACCEPT IF THAT,WE STEP BACK BEFORE WE FIGHT/TRY THE BEST WE CAN”
Allah knows that what is our strange and allah never push-up too over our strange..
First thing..kakak hv to believe urself everyoneof us have our “Rezeki” its never be same with others..but ALLAH ALWAYS BE FARE TO US ..AGAIN BELIEVE UR SELF N BELIEVE THAT ALLAH BE ALWAYS TOGETHER WITH US IF WE ALWAYS REMEMBER ALLAH..subhanaallah!!!
Look my son..how small is us we never success without ALLAH SWT..


Wassalam..
From bottom of my heart..i really love both of u..
MamaPapa ^_^

Monday, June 18, 2012

PENGAJIAN KITAB SOLAT DAN TAUHID.


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT MENGHADIRI KELAS PENGAJIAN KITAB BERSAMA TUAN GURU HJ. MOHD JALALLUDIN AS SAYUTI.
ALAMATNY: SURAU NUR BAHARI, 2-0-16 SHOP. LOT 16. GROUND FLOOR, BANDAR SIERRA. PHASE 1B. KM20, JLN TUARAN MENGGATAL, 88450, KOTA KINABALU, SABAH.

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL HAFIDZ BANDAR SIERRA KINI TELAH MEMASUKI TAHUN KE2 OPERASINYA. SEBARANG SUMBANGAN IKHLAS BOLEH LAH DISALURKAN MELALUI BANK BERIKUT:-

-100 160 100 782 10 
(BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD)
-560 214 005 477 
(MAYBANK ISLAMIK BERHAD)
-100 100 022 667 18 
(BANK MUAMALAT)
KAMI DAHULUKAN DENGAN MNEGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH DIATAS SUMBANGAN YANG TELAH ANDA BERIKAN.

Saturday, June 16, 2012

Bingkisan Rindu buat Mu Mama



Bismillahirahmanirahim...
Bicara hati kali ini ku mulai dengan kalamnya yang indah lagi suci..

Bingkisan rindu buat insan yan teristimewa dalam hidupku..
Ku goreskan khas buat ..
Insan yang indah antara yang terindah..
mama...

Seandainya..
suatu hari nanti ALLAH takdirkan..
Diriku pergi sebelum kalian..
Biarlah bait bicara ku ini terabadi di teratak NukilanHatiHamba ini...
menjadi tatapan seandainya rindu datang bertandang..

Entah mengapa....
hari ini ..hati sangat memaksa untuk mengupdate blog..
mungkin sejak dua tiga hari ini ..deraian airmata terus menghiasi hari-hariku..
Mencuri masa sebentar..untuk duduk di hadapan laptop..terdengar sayu lagu Ibu dendangan hadad Alwi..
Sekali lagi ..mata tewas dalam pertarungannya dengan Hati!
Deraian airmata terus menjadi bukti tumpasnya Mata..


16 JUN 2012..
kali ini menyambut harilahir mama tanpa kehadiran adik yang kini berada di asrama dan papa yang sekarang berada di Bandung,Jakarta..
rasanya ini kali pertama membuat perancangan sendiri..
gusar..resah..sedih..gembira..semua perasaan menjadi 1!!
Selalunya..kami sekeluarga akan  buat "Planning Giler2" tuk buat suprise bday mama or whtever evnt..
tapi kali ini..berbekalkan poket yang kosong,cuba memasukkan tangan sedikit ke tabung duit simpanan..
dapatlah tampung sikit  celebrate bday mama kali ni..tuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ANAK!selalunya kek yang agak besar dan sedap..tapi kali ini..kek penuh ikhlas berkrimkan airmata yang ku sajikan buat mama..only cupcake...dan sepotong blueberry cake..yang di hias sendiri..



Hangat terasa pelukan mama..
hingga terkesan hingga saat ini...
curahan hati mama pada ku beberapa hari lepas...membuatku terus terasa sebak..
Tiap kali bersendirian..deraian airmata akan terus mengalir...

saat ku suapkan sepotong kek di mulut mama..
lantas ku bisikkan ke telinga mama..
"mama ini jak yang kakak mampu..kak xda duit.."
 ciuman n pelukan mama...
membuatku terasa tenang..
 lantas mama mulakan bicaranya..
"mama xmaw apa2 dari kakak mama syg kakak"

Lidah kelu...
diam seribu bahasa...
entah apa lagi hendak di katakan..
terasa sangat sebak di dada..
 akhrnya ku putuskan untuk mengabadikan ia d terarak nukilanhatihamba,..
agar terus dalam lipatan kenangan hidup...

Mama..
Selamat Hari lahir..
hari ini bukan sahaja hari bahagia mama..tapi hari bahagia buat kakak juga..
sebab sampai hari ini..mama masih berada di samping kakak..menemani kakak..menjadi kawan..sahabat..juga ibu pada kakak..

mama..
ketahuila..setiap hembusan nafas ini..
selalu ku fikirkan untuk buat sesuatu yang terbaik untukmu..
agar tidak sama sekali..
ku tumpahkan airmata mu...
Namun..
maafkan diriku..seandainya..
kumenemui kegagala untuk membahagiakanmu...

mama..
walau kita berdekatan..
rasa rindu tidak pernah putus...
bahkan terus mengalir deras..
sebelum kakak pergi sekolah..
kakak selalu nak tengok muka mama dlu..kalau kakak xtengok..kakak rindu..mujur dalam dompet..kakak punya gambar mama..menjadi pengubat rindu..

mama..
maafkan kakak..andai kecemburuan kakak buat mama jadi terasa..
sebagai seorang anak..sudah pasti rasa syg itu tinggi mengunung..
terasa cemburu andai ada yang lain cuba menarik perhatian mama..
maafkan kakak..

seandainya..
kakak masih gagal menjadi anak yang solehah...


Mama 
inginku berbaring di pangkuanmu,
mengadu tentang hari-hari lelahku..
pentas dunia yang sering menipu dan mempermainkanku..
yang tak seteduh kasihmu,
dan ingin kupertanyakan,

mengapa di luar sana,

tak pernah kutemukan keikhlasan,

seperti keikhlasanmu padaku.

mama
Belailah rambutku,

usaplah dahiku,

aku ingin membasahi pangkuanmu,

dengan air mataku,


Mama..
Ibuku sayang,
 
seringkali kulihat,
orang-orang hanya sempat mencium ibunya,

sekali saja
!!!!
                                            saat jasad ibunya hendak dikebumikan,  

                                                                        sungguh,
                                                           aku tak ingin seperti itu,  
                                                              maka izinkan aku,
                                                      untuk menciummu setiap hari.

Terimakasih Mama..atas segala pengorbanan juga titisan keringat mu dalam menjaga serta mendidiku hingga saat ini..bermula saat tapak kakiku sekecil kaki ayam..hinggala kini saiz kaki kakak n mama sama!saiz 7!..sampai kita bole share kasut..tapi baju belum boleh share lagi la..tnggu kakak makan gainweight dulu..hee

 mama..
UhibbukiFillah..
aisheteru..
I LOVE U..
kakak syg mama..
muahhhhhhhhhhhhhhhhh  :*