"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Saturday, May 7, 2011

ANJING!



KAMU SESAT PART  (II)


"Abi tak sangka kamu datang,ingatkan dah tak ada"
Ayat ini lah yang sering meniti di bibir Abi angkat saya dan sya.


Tidak henti-henti juga kedengaran suara-suara cemburu dari sahabat-sahabat yg lain kerna tidak mendapat ayah angkat seperti ABI
APALAH YG ISTIMEWA SANGAT GAN ABI DAN UMMI HINGGA ADA YG CEMBURU??iya,nantikan dan teruskan membaca!!!






jari jemari ini semakin ligat mengatur langkah persembahkan tariannya..moga perkongsian ini bermanfaat bagi mata-mata yang ingin mencari hikmah,hati-hati yg mencari damai.


A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.A.H


Tidak henti-henti rasanya hati ini menuturkan lafaz alhamdulilah.
Pertemuan yang di rancang ALLAH ini sgt istimewa bagi ana,entah mengapa sejak dari pertemuan itu seakan-akan ada pusingan 260 darjah di minda tentang HIDUP ini.


Sepanjang berbicara dan berkongsi kisah hidup bersama dua insan ini,xlekang di bibir mereka memberi nasihat buat kami insan baru yg hadir secara TIBA-TIBA dalam hidup mereka,tapi yg pasti kami hadir bagi Salam yer. ^_^




Menyusuri dan mendengar sendiri cerita suka & duka hidup pasangan bahagia ini ABI dan UMMI mencetuskan KECEMBURUAN di sudut kecil hati saya.Tidak henti-henti rasanya t`keluar skrip di hati ini mengatakan
"Andailah Diri ini mampu melakukannya"


Pasangan yang telah lama berkahwin namun masih tidak dikurniakan cahaya mata,kehidupan di teratak  yang tersergam indah di atas bukit tidak sunyi walau hanya berdua kerna kehidupan mereka di ceriakan dengan Anak-anak KUCING merangkap secara rasminya ADIK-ADIK pada saya




KUBUR!
Selepas Program keluarga Angkat melabuhkan Tirainya,hubungan yang t`lah terjalin tidak terhenti di situ.
Rindu semakin menular melingkar pada tingkah,kaki kian mengatur langkah,Finally! di izinkan bertemu buat kali yg kedua..


Sembang santai sambil melihat2 foto,video umrah dan minum milo panas petang2 bersama abi dan ummi membuat kami merasa semakin selesa,sedikit pun xterasa kami baru sahaja berkenalan.


Perbualan Santai sempat mengupas memori Abi pertama kali di jemput ALLAH ke Tanah Suci mengerjakan Umrah..


Tiba-tiba... 
K U C I N G menjadi topik perbualan kami.. >_<; ouch 
Menurut abi,sebanyak seratus lebih kucing yang t`lah menjadi jagaan mereka dan di sekeliling rumah abi dan ummi adalah KUBURAN!
bukan KUBURAN MANUSIA TAPI KUBURAN KUCING!!!























Semakin lama mendengar kisah kucing ummi,rasanya semakin deras airmata jatuh.Konklusinya,saya sangat kagum dengan pasangan ini..walau tidak punya ANAK tapi Punya NALURI&HATI SEORANG AYAH DAN IBU.Terimbau seketika,tika berada di perjalanan menuju ke tempat makan..sepanjang perjalanan abi n ummi hanya bercerita tentang kucing..


ummi- "Abg..dale kemarin lambat dia pulang..saya panggil2 dia tdk muncul2..sekali saya tutup pintu dale depan pintu rumah sudah"


Abi- "tu lah,abg da ckp dale tu tidak pegi jauh mana pun..dia selalu kat bawah rumah tu"




Fikiran sya mula memulakan tingkahnya!!
mungkin setiap hari ini lah topik pasangan suami istri ini,
 >_<
 Suke-suke,tidak ada lansung bicara mengenai perihal manusia yang tidak henti2 buat kerosakan..
Bahkan mereka bicara mengenai haiwan yang sentiasa berzikir pada ALLAH



Subhanaallah..untung ummi dapat suami sabar seperti ABI..berapa bnyk kes da kat Malaysia khususnya..suami tinggalkan istri kerna mandul!
Tapi ABI still bertahan dengan Ummi yang sudah hampir 7/8 tahun tidak dapat mengurniakannya cahaya mata.Inilah HIKMAHNYA islam gariskan memilih Suami Yg SOLEH bukan setakat punya kerja yang bagus dan paras rupa yang tampan!


bukan untuk menjadi seorang yg PEMILIH tapi mmg harus memilih bagi mengelak kepayahan di hari kemudiaan..


"Surah An-Nur Ayat :26 "

ANJING!!
Fuhhh~~~~
Sekali lagi teratak Jiwa sya di gegarkan dengan cerita hidup abi n ummi..

Pasangan ini bukan sahaja pernh memelihara beratus ekor kucing malah pernah memelihara seekor ANJING!!

Mungkin sudah ditakdirkan anjing ini bertemu dengan ummi n abi,datangnya tanpa di duga..hadirnya tanpa di jemput..tapi kdtgnnya sgt di sambut mesra.
Memurut cerita ummi..anjing itu sudah nazak,mungkin kalau di biarkan tempoh hidupnya hanya 2/3 hari lagi badannya penuh dengan luka-luka
Anjing itu sering mnjadi mangsa pnduduk kampung,tidak kurang juga pada kanak2 kecil yang tidak ketinggalan menghumban2 batu padanya..

Memang Benar kata-kata ini :
"DALAM KALANGAN HAIWAN TIDAK ADA MANUSIA TAPI DALAM KALANGAN MANUSIA ADA HAIWAN"

Bukan mahu memprotes,tapi entah di mana hati dan perasaan kita sebagai manusia sehingga haiwan dijadikan mangsa.Dalam Islam selepas memegang haiwan seperti Anjing perlulah di samak,tapi itu tidak menjadi halangan/alasan pada ummi untuk tidak merawatnya.Dirawatnya hinggalah anjing itu sihat dan gemuk.


"NIAT YANG BAIK,PASTI AKAN MENUTUP  SERIBU SATU JALAN KEPAYAHAN"



Malangnya,setelah sihat dan gemuk anjing itu di curi orang dan dijual orang.Zalim sungguh!dulu tika mana anjing ini kotor dia disisihkan namun bila sudah elok..baru lah dipeduli..beginilah sifatnya manusia.."habis madu sepah di buang" (salah peribahassa? >_<)


************


Fikiran memulakan tingkahnya lagi..


Teringat pada cerita Seorang PELACUR yang masuk SYURGA dek kerna membantu seekor ANJING yang hampir2 mati kehausan..
subhanaallah..rupanya ada juga lagi insan seperti itu d akhr zaman ini..
Kagum!dgn pasangan ini..getus hati ini.. sempat juga berdoa seketika 
>_<



Terbaca satu kata puitis di majalah solusi
"NIAT YANG BAIK,PASTI AKAN MENUTUP  SERIBU SATU JALAN KEPAYAHAN"


Akhirulkalam..

Siapa pun Kita &miliki apa pun kita,ketahuilah semuanya Milik ALLAH.
Bersederhanalah dalam setiap urusan kehidupan,tunaikan Hak pada yg berhak menerima Manusia ataupun Haiwan
jadilah manusia yang berhati manusia bukan manusia yang berhati haiwan
Hingga langsung tidak punya belas kasihan pada insan lain mahupun makluk lain


MANA MILIK KITA??

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Bumi langit ciptaanNya
Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada


Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Mengapa kita sombong
Memilik Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya


Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisiNya
Yang sebenarnya Allah punya


Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepadanya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya



Tuesday, March 29, 2011

KAMU SESAT!!SESAT!FAHAMKAH?!!!


"Sesuatu yang tak disangka"
Seringkali mendatangi kita...
Itukah suratan dalam kehidupan..
Atau hanya satu kebetulan..

Bait-bait lirik itulah yg bermain-main di minda dari bermula program Hingga Ke akhirnya.
Memang benar kata-kata yg sering menjadi siulan ini..(kita merancang ALLAH menentukan).

Jalan Hidup yang penuh Liku ini,sering kali kita mulai dgn sangkaan buruk,dan di hiasi dgn Keluhan serta di akhiri dgn keputus-asaan.

Iya!!Begitulah juga kisah perjalanan kami menyertai program KAMPUNG ANGKAT PSS&KRU KK,pada mulanya dimulai dgn sangkaan buruk...merasa berkemungkinan tidak dapat ke tapak program kerna berlanggar dgn Kelas yg diadakan pada hari yg sama.Perancangan Allah itu lah yg terbaik,akhirnya dgn berbekalkan semangat yg agak berlebihan =) sya dan seorang sahabat meneruskan langkah.Setibanya di Kampung Padas yg lokasinya berdekatan dengan SMK TEBOBON,..Kami SESAT!!!!!


(Setelah bertawaf di kampung Padas,tepat jam 5 petang..akhirnya bertemu juga dgn Surau Kampung Padas.)


P E R T E M U A N!!!!!!
Selagi takdir Allah Memainkan peranan,Setibanya di Surau KG PADAS kelihatan hanya kelibat-kelibat akhi-akhi PSS dan beberapa org pakcik sahaja sedang membersihkan surau itu.Kami Di fahamkan bahawa semua peserta saat itu berada di rumah keluarga Angkat masing-masing.Berbekalkan perasaan agak serba salah kerna lewat dtg ke tapak program,mulut agak terkunci buat beberapa minit.
Sempat lagi ana katakan pada syafiqah sahabat yg bersama ana tika itu(sya,x la kita dpt family angkat ni semua drunk dah dapat huhu) 

Akhirnya,terdengar suara,yg memberi salam dari arah belakang.



Badan terpusing 26O darjah,menuju ke arah suara..


~Takruf bermula~
Di situ lah bermula takruf kami bersama ABI.

Pandangan pertama melihat ABI,agak terserlah sifat kebapaannya.
Kedatangan kami sangat di smbut mesra oleh UMMI yg tika itu sedang bercucuk tanam d halaman rumah.

SUBHANAALLAH..

sya seorang yang agak malu/takut/segan/xbiasa dgn kucing,
Sungguh ALLAH Tahu apa yang terbaik buat hambanya.
sya mendapat family angkat yang sangat2 fanatik dgn memelihara KUCING!!!

Tika Berbual-buat buat kali pertama dgn UMMI,seeokr kucing datang mengesel-gesel badannya di pangkuan sya.

ALLAHUAKHBAR!!
perasaan tika itu hanya ALLAH yg tahu,kesejukan satu badan,jantung bagai berada berdiri di ats bangunan tinggi,namun memberanikan diri demi menjaga hati UMMI cuba sedaya mampu menyembunyikan perasaan segan dgn kucing.


Teringat kata-kata mutiara dari Ayahnda~
tidak semua yang kita mahu kita kan dapat,dan tidak semua yg kita suka ALLAH akn suka,boleh jadi yg kita xsuka itulah yg baik buat kita.

Iya!!kata mutiara itu menjadi penguat semangat.

~~~~~~~~~~~



Program di teruskan lagi dengan sukaneka/beriadah bersama keluarga angkat d halaman rumah pengerusi kg padas.Gelak tawa dan kelucuan adik2 serta peserta menhiasi dan menghiburkan suasana.





Permainan yang agak menguji kesabaran peserta,bersama dgn adik2 yg sangat excitd nak mulakan game.Game belum bermula,semangat mereka dah capai tahap maksimum!!walau mereka masih kecil..tapi sya rasa semangat mereka itu patut sya contohi dan aplikasikan dalam menempuh perjalan hidup yg penuh dgn liku...
teringat bait kata sifu fadlan (biasalah semangat org muda)


                    



Agak lucu melihat ragam adik2 kampung padas dan ahli-ahli kru yang berlumba-lumba untuk menang hingga tidak mematuhi arahan dan peraturan permainan..







(antara kumpulan yg akhirnya bermain ikut peraturan sendiri!!!!)

~~~~~~~~~~~~

Setelah senja hampir melabuhkan tirainya,akhirnya semua peserta dan keluarga angkat pulang kerumah masing-masing bagi membersihkan diri membuat persiapan untuk solat berjemaah di masjid Telekom.

Setelah Selesai bersolat jemaah di masjid,semua peserta pulang ke rumah masing-masing untuk berkumpul dan beramah mesra Bersama keluarga baru.
Namun,agak berbeza dgn keluarga angakt sya dan syafiqah nur..kami di ajak makan malam di luar bersama UMMI n ABI.


Walau hanya beberapa jam kami berkenalan,UMMI n ABI melayan kami seakan-akan anaknya sendiri.Sentuhan dan belaian itu dapat di rasakan saat berpegang tangan dan berpelukan bersamanya.Banyak persamaan antara kami,antaranya aBi minat dgn MAHER ZAIN hee..sepanjang perjalanan menuju destinasi lagu maher zain sahaja berkumadang di corong radionya.

"For the rest of My Life"
>_<

Tepat jam 1 malam kami sampai di teratak indah ummi dan abi,Ummi menyediakan baju persalinan,tempat tidur,hinggakan satu perkara yg buat sya dan sahabat  agak terharu ummi sanggup berkongsi dgn kami barang privacynya..!



Sebelum tidur,sya sempat bermuhasabah sebentar..apa yg berlaku selama sehari itu.Selagi lagi Menampakkan bahawa ALLAH lah yg berkuasa ke atas segalanya,meskipun kita merancang dgn rapi tapi andai ALLAH tidk mengizinkan pasti ia tidakkan berlaku.Hebat putaran hidup ini,kenapa masih manusia tidak nampak kehebatan ALLAH?menafikan kekuasaannya??tidak kah putaran hidup ini sudah menampakkan kehebatannya??

SILENT TEACHER!!

itulah istilah yg tepat buat hidup,walau tdk berkata2 tapi apa yg berlaku menjadi pengajaran buat setiap yg hidup~


HARI TERAKHIR

Seawal jam 4 pagi lagi,
setelah bersiap-Siap membersihkan diri,dan bersolat jemaah.
Aktiviti Rutin sebagai seorang anak kami mulakan..

Dimulai dgn mengemas rumah dan di susuli dengan membuat sarapan.


SIAPAKAH ANTARA MEREKA AKAN MASAK??



Sesi bertolak-tolak antara satu sama lain bermula...antara Sue Or Sya yg akan masak??!..Akhirnya,sya juga lah yg memulakan operasi menghentam masakan..:D..bukan kerna tidak biasa masak faktor kami bertolak2..tapi kerna ABI merupakan seorang CHEF!!!membuat kami malu untuk persembahkan hidangan yg agak sederhana..


Alhamdulilah..Akhirnya MEE GORENG yg kami namakan 

"MEE GORENG KASIH" 
t`lah siap.

 to be continue
~~~~



By:Nurailah

Tuesday, March 1, 2011

Lidah tak Bertulang!!



GAGAL MENJAGA LIDAH!!
Komunikasi memang bersifat irreversible,kata tidak mampu Ditarik kembali.
Teringat kata-kata 
(Once a Word Goes Out Of your Mouth,You can Never Swallow It Again!)


Tika Minda Sedar kita Mula beraksi,Selepas kita Melakukan Kesilapan..Pasti
Perkara Pertama yang akan terlafaz (MAAFKAN SAYA) tidak kisah lambat atau cepat perkataan ini pasti akan terlafaz.
Teringat bait-bait kata naqibah Usrah ana,
"Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar"








MasyaALLAH..sehingga sebegitu sekali padah lidah tak bertulang di tamsilkan.
sabda Rasullah S.A.W:
Simpanlah lidahmu kecuali untuk kebaikan. Sesungguhnya dengan demikian kamu dapat mengalahkan syaitan.” Di dalam percakapan terdapat bencana dan di dalam diam terdapat kebahagiaan kerana itulah keutamaan diam amat besar.


Kisah Paku & Anak.
Alkisah,Seorang anak yang pemarah hingga setiap hari dia menyusahkan ramai orang.Sifat MARAH seakan sudah sebati dalam Dirinya.Pantang sekali andai marahnya di cabar,pasti akan menimbulkan pelbagai perkara yang tidak di jangka.


Akhirnya,si ayah yang bijak mencuba mengubatinya.
Disuatu Pagi yang indah,ayahnya menghanpiri anaknya.
Lantas si ayah menyusun kata-katanya dengan penuh berhati-hati.




"Wahai Anakku, ayahnda ada satu permintaan padamu bolehkah dirimu tunaikan permintaanku ini??


"Katakanlah wahai ayahnda"kata anak itu dengan minda yg penuh persoalan.


"Begini mampukah dirimu setiap kali marah dtg padamu,engkau
lampiaskanlah kemarahanmu dengan menancapkan paku di dinding bilikmu"kata Ayahnya
Dengan tanpa berfikir panjang akhirnya si anak setuju menunaikan permintaan ayahnya.


                  ***************************************************
Hari pun terus berlalu,Setiap kali marah mendatanginya pasti si anak akan menancapkan
SATU PAKU di dinding biliknya.Hinggakan biliknya di hiasi penuh dengan paku-paku.
Hari yang di nanti telah tiba,
ayahnya berkata pada si anak.


"Nak,Sekarang belajarlah mengendalikan amarah
Pada hari kau berhasil mengendalikan marahmu,cabutlah satu paku yang tertacap di bilikmu"


Sekali lagi si anak menuruti perintah ayahnya.
Satu hari tidak marah pasti dia akan mencabut paku di bilinya hinggalah akhirnya semua paku lenyap dari biliknya.


Ayahnya hanya tinggal tersenyum sambil berkata..
"Nak,kau telah berhasil!!Mengendalikan marahmu"
Paku-paku itu telah hilang dari bilikmu.
Tapi Lihatlah,bekas-bekasnya tidak mampu kau hilangkan.
kau memang mampu mengubah sikap mu tapi akibatnya pada orang lain tidak mampu kau hilangkan!"

Ayah yang bijak itu,mencuba bermain kata dengan anaknya.
Akhirnya,anak itu mengerti apa yang cuba ayahnya sampaikan.


Lidah Mu!
Bak kata pepatah bajau_kata papa
"To Forgive But nOt To Forget"
Ana mengibaratkan ucapan seolah-olah barang ringan yanga mampu meluncur begitu saja tanpa beban.Bahkan ini sungguh tak sebanding dengan akibatnya.
Bayangkan kalau ada seorang pemimpin yang lebih memposisikan dirinya Sebagai NEWSMAKER ala Decision maker!!


Sabda Rasullah S.a.w
“ Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat sengit dalam bertengkar.” (riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi dan Nasa’i)
Sifat IRREVERSIBLE dari komunikasi mengajar kita untuk always be careful dengan setiap kata-kata yang kita lafazkan.


Ayuh ikuti kisah MURID IMAM SYA`BI,seorang syeikh di kota Basrah.
Anak muridnya terkenal sebagai seorang yang lebih banyak berdiam diri.Sehingga membuat Gurunya heran.
"Wahai,anak Murid ku..mengapakah engkau sering Diam,tak seperti tema-temanmu yang lain?"kata Sang Imam.


Anak Muda itu menjawab,
"Aku Diam maka aku selamat,aku mendengarkan maka aku tahu.Sesungguhnya manusia punyai bahagian masing-masing.Di telinganya,bahagian itu untuknya.Dilidahnya bahagian itu untuk orang lain.
Seseorang yang terpeleset kakinya,ia kan sembuh dlm waktu yang tdk lama,tetapi apabila TERPELESET KATA-KATA,bisa jadi dia kan kehilangan kepalanya"




Sabda Rasullah S.a.w:
“ Wahai Rasulullah! Orang muslimin yang bagaimanakah yang paling utama?” Nabi menjawab: “Orang yang orang-orang Islam yang lain selamat dari lidah dan tangannya.”
Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari


Konklusinya
Menjaga Lidah tdak semudah Membaca ABC.
Sifatnya yang Liar dan sukar Di Jinakkan,melainkan debgan Zikir Dan membaca AL-QURAN.
Firman Allah yang bermaksud: 
"tiada suatu ucapan yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf, ayat 18)


sudah jelas lagi tersuluh,bahayanya kata-kata.Mampu membawa Kesyurga juga mampu membawa ke NERAKA!


sabda Rasullah S.a.w:
“ Orang mukmin itu bukan pencaci maki, pengutuk, berkata keji dan tidak berlidah kotor.”
Diriwayatkan Oleh Tirmizi.
Akhirulkalam 
Pepatah Arab ada mengatakan “Satu perkataan, apabila ia terbit dari hati maka akan jatuh ke hati, manakala jika ia terbit dari lidah ia tidak akan mampu menjangkau kecuali dua cuping telinga”.
Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” HR. Muttafaq alaih

Ucapan yang keluar dari mulut kita dapat dikategorikan dalam empat kelompok :

  1. Membahayakan.
  2. Ada bahaya dan manfaat.
  3. Tidak membahayakan dan tidak menguntungkan.
  4. Menguntungkan.
Dari keempatnya, kita harus memilih ucapan yang menguntungkan saja.
Pilihan di tangan anda..Kubur anda,pahala&Dosa anda,hati anda,Tubuh badan anda..
Tidak ada pun org yang akan meletakkan pisau d leher anda untuk paksa anda melakukan kejahatan.
Pilihan anda menentukan siapa dan di mana anda di masa hadapan.

Waallahualam.

By:Cikgu Nursuhaila