"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu . Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu" [KH Rahmat Abdullah]

Sunday, January 31, 2010

Himpunan Kata-kata Hikmah iNSAN pilihan Hati Rospink


Indah kata bersulamkan Iman..

Manis madah khas buatTeman..

Himpunan kata Dr`Aidh Abdullah Al Qarni jadi pilihan..

Kata-kata hikmah jadi Tatapan..

buat hati2 yang dalam pencarian..

kebahagian atau kesulitan...



Salam Tautan ukhuwah...

Sempena 01.02.2010 Nie hari pertama dalam BULAN FEBUARI..

Rasa-rasanya ramai bunga-bunga yg m`cari smangat yg baru!!untuk trus m`cipta langkah yg baru..betul tidak??..kasi iya jak bae..hehe


Hari nie rospink nak share skit kata-kata Dr`Aidh Abdullah Al Qarni yang dipetik dari buku JANGAN BERSEDIH! JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA..!!


Buku yang snagat sesuai untuk muslimah yg tgh Down..buku nie bila rospink baca..seolah-olah berhadapan dgn Dr Aidh Abdullah yg m`beri teguran kpada rospink secara dIreCT dgn bait-bait syair yg m`gugah perasaan..itu aura yang Rospink dapat dari buku nie..


Buku ni lama dae Rospink Cari Di kedai-kedai buku ..tapi malangnya tidak ada..sampai memesan gan anak angkat mama lg di semenanjung..hm..Allah tdk m`izinkan,buku tu juga tidak di jumpai..


Syukur Alhamdulilah..atas izinnya..tiba-tiba Rospink Jumpa buku tu di rumah Rospink Milik seorang hamba Allah..apa lagi jgn kasi lambat..pinjam lerr..

uHUm..membebel jak panjang si rospink nie..hehe..jom2 kita terokai antara kata-kata Dr

aidh..


"aku tidak mampu mengubah Masa yang lalu",
dan aku sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi
pada masa mendatang
untuk itu..
mengapa aku harus menyesali masa lalu atau merasa cemas dgn masa mendatang..


"Duduk berpangku tangan tidak kan.."
dapat m`yelamatkan KAPAL YANG Tenggelam Di dasar laut...


"Sesungguhnya kecemasan JIwa"
Lebih Parah Pengaruhnya berbanding penyakit Fizik..


"JANGAN tujukan pandangan Anda ke sudut-sudut Buruk Dari kehidupan"
tetapi
tujukan lah pandangan kepada sudut-sudut yg indah
"Sekuat apa pun Engkau m`ikat RAMBUTMU.."
dAN membiarkan Kesedihan dan kedukaan hati
bergelut di lehermu..
maka engkau tidak kan dapat mengembalikan masa lalu sedikit apapun..


"Tidak ada musuh yang paling di tkti oleh semua Wanita"
selain
KEGELISAHAN
menghadapi masa tua..


Seandainya SEMUA WANITA seperti
orang yang kita kenal...
tentulah aku lebih m`utamakan
kaum wanita ats kaum lelaki..


"janganlah engkau mengeluh..
kerana bencana malam hari..
sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal


"kenyataan yang tidak boleh dihindari harus diterima"

Jika engkau GELISAH

sebab kenyatan itu..

apa ertinya kegelisahan itu?


"engkau hanya melihat duri pada tangkai mawar...
tetapi tidak mahu melihat titisan embun yang
menghiasi bahagia atasnya..


"ada satu jalan menuju kebahagiaan iaitu"
berhenti mengejar sesuatu yang tidak mampu kita r
--------------------------------------------------------------------------------

"Tanamkan dalam khyalanmu Tentang Kejayaan"

Dan biarkan dia tertulis Dalam hati mu..

-by rospink-

Tuesday, January 26, 2010

Sambungan Rahsia kegagalan..

"Owk kita sambung lagi ye..

"Sahabat rospink nie yg terhenti uda makan yae akibat di landa kebinggungan..hehe..rasa..

"sue apa kaitan ikhlas gan rahsia gagal??"
"Mah..org ikhlas akan berjaya..org yg tdak ikhlas akn gagal.."

"MENGAPA???"

"Emm..mah..Org ikhlas HANYA ADA SATU TUHAN JAK YG PERLU DIJAGA..MANA KALA ORG YANG TIDAK IKHLAS ADA RAMAI TUHAN KECIL PERLU DIJAGA.."

"fAHAm sayang??.."

"Wui..lagi lae aku ndak faham sue.."
G ni bae..org ikhlas dia hanya berbuat sesuatu hanya untk allah..org tidak ikhlas dya buat untk mendapat keredhaan ramai manusia..

"Faham mah??"
"owhhh..faham2 uda sue.." hehe..

Rospink suka mengunakan istilah"Orang ikhlas itu bebas" ..(istilah buat sendiri..haha)

"tapi sue..aku rasa aku blum bebas lagi.."..Tunduk resah shbat sue nie..

emmmm.."sue pun masih blum bebas lagi..jgn mengeluh mcm tu..sue pun sndiri masih lagi BERTATIH DAN BERLATIH....

"mAH..kita jgn labelkan diri kita dgn label negatif..owk!!kita hanya FAIL(GAGAL) TAPI BUKAN FAILER(ORG YG GAGAL..

So sue..mcm mana nak jadi org bebas??

"What?? bebas??senang jak terjun bukit sekolah kta tu haha..tak lae caranya Kita JADI HAMBA ALLAH yg sebenar2nya..mksudnya lakukan semua yg allah suka..BUKAN YG MANUSIA SUKA ....jelas??

"BETUL-BETUL" JELAS nenek.."usik sahabat rospink..

kami meneruskan perjalanan..ke bustop..yg terpaksa meredah hutan buatan manusia..
sempat di kejar angsa lagi hehe..terlari-lari kami di buat angsa tu..

Penat kami berlari..sahabat rospink bertanay lagi..

"Sue kalau kita buat yg allah suka tapi manusia semua ndak suka..masalah juga tu..kita bukan maksum..payah maw hadapi tu.."

berkulut juga otak rospink maw m`geluarkan jawapan..

emmm..(suasana senyap sbntar...")

"owk..i hav one idea now..!!..terkejut sahabat sue.."

"mah..kalau kita suka allah..sayang allah..pasti ada hati-hati yg syg n suka pada allah..akan suka pada kita..hidup nie ibarat stu rantaian...hehehe..sok2 lagi rospink jawab gan penuh yakin..

"ingat mah..apa guna kita di suka org yg DIMURKAI ALLAH..??sUKA yae org di murkai allah TIDAK MEMBERI MANFAAT ..BENCINYA TIDAK MEMBERI MUDARAT.. INGAT TU!!"OWK??
..ooo.."owk2 nek sue"
uhumm...

demikianlah terungkainya perbualan kami yg kompleks pd awalnya...
Moga tiap yg di tuturkan menjadi REMINDER tika mana kerajaan Diri kami berlaku zalim pada rakyatnya....

Rahsia kegagalan

Doa Di hulurkan pembuka bicara..ASalamuallaikum..

Hari nie tergerak hati untuk m`bicarakan m`genai Soal IKHLAS..

KnApa ekh??mesti ada yg bertanya..napa lae org nie tba2 dok cakap pasal ikhlas..bosan dae telinga m`dengar..asyik2 di program ..Asal jak mula..kedengaran lae Abg/Kakak Ajk berkata..(Uhumm..adik2 di minta m`perbetulkan niat..ikhlas kan hati keranannya..)..

TAPI!!!
BENDA NIE LAE yg paling PENTING..Tiket kita nak masuk syurga nie..

bak kata org Sabah kau mau kae ndak??ndak mau ndak payah lae bah..,bikin susah kamu urang jak..beli jak tiket bas TUNGMA yg g Tawau tu..hehe

uhumm..
Serius2..
Ikhlas itu khalas`..dlm bahasa arab..ertinya Habis/licin..sehabuk pun tak de..ndak faham lagi??nie nak kna guna bahasa bajau kot..Dalam bahasa bajau FINISH..

dAlam erti kata lain rospink bley katakan ..org yang ikhlas nie tidak ada sesuatu apa pun di dalam hatinya melainkan ALLAH..

tersebut lae kisah...
sang kancil dan serigala ..toib..hehe..
saja je intro..

nie nak cite..pasal perbualan rospink gan sorunk sahabat rospink nie..adui..baca jgn tak baca..
ambil ibra ye dek..

tergerak hati nak bercakap pasal ikhlas nie..sebabnya..Rospink slalu dengar sahabat2 Rospink mengeluh

"hAri nie ada usrah sue?"..
"Ada bae..sapa ckp tak dae.."
"Adui..kita punya jadual penuhkan sue..satu minggu ada 4 usrah..len lagi tuisyen..len lagi program.."

mmmmmmmMm..Nie lae antara keluhan-keluhan Dorongan si Laknatullah tu..
..naik panas juga telinga sebenarnya..tapi!!HusnuZN k..mungkin itu cara mreka meluahkan keseronokkan kan..kan..kan??....iya lae bae..angguk jak kamu..

Al kisah..
bErmula lah cerita sang kancil jatuh longkang..(hehe..ada kae longkang)..

"time tu rospink gan sahabat rospink nie duduk2 ambil angin..makan2 pisang..al maklum baru balik dari usrah basyirah..jam menunjukkan kalau ikut waktu mesir jam 9 malam..tapi ikut waktu di sabah kira2 jam 4.30 petang..,

tgh asyik makan pisang rospink pun bersuara..uhum..

(Mah)..Bukan nama sbnar,..mau taw kae apa rahsia Kegagalan??
terbeliak mata shbat rospink nie
..aik napa??ada benda masuk mata anti kae?.. ye lah org asyik cakp pasal rahsia kejayaan..jadi ana pun naik bosan uda..kita tukar topik lae lagi..

2x rospink cuba keluarkan dya dari kotak pemikirannya yg sedia ada..-THINK OUTSIDE
THE BOX..

"Aik sue..pelik betul lae anti nie..selalunya org akn bercakap pasal rahsia kejayaan..tapi anti nak ckp benda kegagalan.."pelik bin ajaib betul..
Rospink apa lagi terus potong lae.."ma..kalau kita tidak tahu rahsia kegagalan kita tidak kan berjaya"hehe..akur juga sahabat rospink tu..angguk2 juga dya..

aiii..tapi pandangan nya macam ndak puas hati betul..rospink biarkan dya berfikir sndiri..hehe akhirnya bertnya juga dya,pancingan mengena ikan dae makan umpan,..ingat ndak sudi maw dengar
"sue apa lae kuno rahsia kegagalan tu??..
"eh maw juga anti taw..napa maw jadi org gagal kae??Hehe usik rospink..

jawapannya.."CUBA MENYUKAKAN HATI SEMUA ORG!!"..

wui!!sue ..betul bae..(binggung si mah nie nampaknya..hehe padan kau muka)
kenapa plak?? slah kae sue kita cuba m`yukakan hati org..??

"Tidak salah mah..tapi.. sbagai makluk kita tidak mampu,,justeru sapa yg y=cuba m`yukakan hati semua org..akan b`akhir dgn dgn SEMUA org tidak suka dya.."

So??APA jalan keluarnya sue??

"AWak mesti ikhlas sayang..."(Jawab Rospink)

"Ya ampun..apa nie??Kejap kesana kejap kesini perbualan kita nie"
bingung2 uda sahabat Rospink nie...

"tAkLah..kita kesana untuk kesini" balas sue bermain dgn kata-kata...

"adui mak cik sorunk nie berbunga-bunga betul kata2nya.."suara kecil mah kegeraman..hehe..

huhu...sampai sini jak dulu kot..panjang g perbualan kami yg penuh kebinggungan ni sebenarnnya..nanti sue sambung lagi yae..tidak bagus duduk lama2 dpan laptop..anak dara lagi tu..hehe









Tuesday, January 19, 2010


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
-----------------------------
CINTA SEJADAH LAH YANG MENERANGKAN CINTA SEBENAR

Monday, January 11, 2010

MUHAB`S Buat`S Mu DAIE`S

U.S.R.A.H


abang, kalau usrah minggu depan kita semua pegi Bowling nak x?” 
cadang seorang ahli usrah pada Naqib nya. 

“ish nta ni, usrah ni benda agamalah.. bukan benda main-main, main bowling tu cenderung pada maksiat, tapi yang kita berusrah ni ibadat, jangan campurkan hak dan batil.. HARAM HUKUMNYA! Bagi cadangan yang bernas sikit, buat majlis zikir-zikir ke, halaqah quran ke, tazkirah mingguan ke itu barulah USRAH IBADAT dan BERKAT!!” ‘kebengangan’ dan respon kontradik si naqib terhadap cadangan yang diberikan..

“kamu ni syahidan!! mengadap internet hobi kamu..??? apa kamu fikir internet tu boleh beli tiket online masuk Syurga?? Banyak maksiat je dalam internet tu nak dibandingkan ibadat..kamu kena tukar hobi kamu ni, banyak mengadap Al-Quran kan bagus!” bergelora jiwa si pelajar menerima bebel ‘justifikasi’ dan ‘saranan’ si ustaz..“



Kung-Fu Panda n Naruto pun nta layan??? Memang nta ni berfikrah kartun lah, cuba anta ambil filem dalam hardisk ana ni, cerita Imam Syafie, Imam Malik, Bilal bin Rabah, Ashabul Ukhdud, macam ni baru la ISLAMIK!!, jangan doktrin pemikiran kita dgn budaya westernisasi..”, 


‘tazkirah santai’ si farhan pada si roomate..
Da’ie ‘bijak’ membuat justifikasi dan hukuman, Kreatif mencari ruang-ruang kesalahan sasaran untuk dijadikan modal Islah dan Dakwah, keupayaan mentakhrij hukum di lapangan medium dakwah kadang membuatkan diri terasa ‘akulah da’ie muslim teristimewa’ atau ‘akulah ikon pendakwah dunia’.. hikmahnya seolah-olah terbang, kononnya Al-Quran dan Sunnah itu yang dipegang.. lancar lidah mengeluarkan perintah hukum mati, tanpa sedikitpun berbaur empati.

A.M.A.N.A.H.M.UA.M.A.N.A.H.M.U 
(Amar Makruf Nahi Mungkar)

benar sekali ia sememangnya tanggungjawab bersama. Perkara yang menjurus kepada maksiat sememangnya perlu untuk dijauhi, Perintah Allah dan Ajaran Rasul untuk ‘menjemput’ sasaran menjauhi perkara-perkara yang bersifat terlalu keduniaan pasti ada hikmahnya, ada jua caranya. Allah Taala memerintahkan agar Amar Makruf Nahi Mungkar itu dilakukan bukan hanya sekadar dengan ARAHAN dan HUKUMAN, namun ianya PAKEJ LENGKAP dengan JALAN KOMUNIKASI dan HIKMAH bagaimana untuk memberi jemputan.



“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan HIKMAH dan NASIHAT YANG BAIK dan BANTAHLAH MEREKA DENGAN CARA YANG BAIK. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” An-Nahl : 125



Hikmah itu baik, nasihat juga teramat baik, berbantah juga memerlukan cara yang baik namun terus menerus menghukum bukanlah cara yang terbaik. lalu Hassan Al-Banna berkata ‘Kita adalah ‘penjemput’ bukan penghukum’Dunia dan Materialistik itu ibarat rokok dan dadah ketagihan, pantang dicuba amat sukar sekali untuk meninggalkannya, apatah lagi bila menjadi sebati dengan jati diri. 


Justeru bukan sekadar dunia itu menjadi topik utama, namun jalan-jalan mendekatinya jua perlu berhati-hati dipilih agar tidak lemas didalamnya.Namun terkadang semangat A.M.A.N.A.H.M.U yang membuak-buak di dalam diri Da’ie Pasca Volkswagon membuatkan mereka begitu emosional dan tidak mampu beradaptasi dengan HIKMAH dan keadaan semasa, menyerang Mad’u Pasca Playstation bagaikan menghukum pesalah Mandatori hukuman Mati!Salah si mad’u bukanlah SUBJEK UTAMA yang memerlukan perdebatan panjang si da’ie, apatah lagi HARAM itu jelas dan HALAL itu jelas, adakala hukum yang lain jua perlu diambil kira kesesuaiannya selain hukum yang dua (HARAM dan HALAL)Persoalannya apakah bowling, kung-fu panda, naruto, internet itu menjadi masalah utama (Prime Problem)?



Atau sekadar masalah yang diada-ada (Presenting Problem)? Bukankah bowling,kungfu panda dan sebagainya itu sekadar kemuncup dalam permasalahan? (Nonsense Problem)? Tinggalkan simptom-simptom permasalahan dan berusahalah memberi KEFAHAMAN..Mad’u Pasca Playstation memerlukan Da’ie yang melihat sesuatu yang terSIRAT di sebalik yang terSURAT, bukan dengan melepas kemarahan demi kemarahan, membaham melalui jalan kotor SMS, YM, Email dan Chatbox, mengherdik kiri dan kanan, mengisytiharkan ‘perang malaikat dan syaitan’, mengalun kemarahan dengan kemarahan, menghukum dengan mandatori hukuman.



Ketepikanlah sentimen mandatori, Memberilah dengan nilai empati.. melihat permasalahan di luar kotak bukanlah apa yang sekadar terlintas di dalam otak.. autopsylah apa yang terpendam didasar hati mereka, bukan mengenggam apa yang sekadar terlintas di mata.Usahlah memberi tekanan dengan kata-kata ‘motivasi’ yang membuatkan mereka untuk terus bergelumang di jalan dosa, tetapi binalah hubungan dan perlihatkan mereka bahawa disini kita ingin menyediakan Syurga Impian, Diane Lemons di dalam Chicken Soup for the Teenage Soul menyebut :“..I would do less Correcting and more Connecting..”“..saya akan kurang melakukan teguran (memberi tekanan) dan saya akan lebih melakukan perhubungan/persahabatan (memberi kefahaman)..”



UBAHKU UBAHMU JUA, KASIHKU KERNA AMANAHMU JUA
.A.M.A.N.A.H.M.U 


Itu bukan berorientasi di dalam perkataan MENCEGAH sahaja, namun memerlukan kepada apa yang disebut sebagai MENGUBAH.UBAHlah mereka kepada kebaikan, BUKAN MENCEGAH! ,
PINDAHkan mereka kepada kebenaran, BUKAN MENYANGGAH!.



Zina itu perkara yang haram, maka diUBAH dengan perkahwinan, Riba itu haram maka, diUBAH dengan jual beli, Arak itu juga haram maka diUBAH dengan susu dan madu. Begitulah Islam menetapkan, formula teori yang seharusnya digunaProtes dan kontradik Mad’u Pasca Playstation lazimnya adalah kerana ‘gajet dan aksesori’ yang digunapakai Da’ie Pasca Volkswagon tidak ‘compatible and suitable’ dengan keadaan semasa, walaupun kita mempunyai satu produk yang terbaik yakni Al-Quran, namun malangnya kita ketandusan promoter-promoter yang baik yakni Da’ie.Kebrobokan yang berlaku di dalam institusi diri mad’u adalah kerana kegagalan sistem pertimbangan yang terdoktrin di dalam ‘akidah’ jati diri mereka dan dominasi ‘tabiat memandu’ yang telah bertunas dan berakar tunjang sejak sekian lama didalam diri mereka, mengubah ‘akidah’ dan mencantas ‘akar tunjang’ bukan lah semudah menyebar kata nista dan amarah, atau semudah menyapu sampah!


Justeru wahai da’ie, nilailah kembali kerelevenan ‘volkswagon’ mu, Longgarkanlah belenggu-belenggu yang mengikat da’ie mu, seharusnya engkau menerima sebelum memberi, bersihkanlah dari dalamnya sebelum membentuk yang luarnya (inside-out), fahamilah jiwa sebelum mengucap kata yang mengundang bencana dan nista!UBAHLAH PENDEKATAN MU, MAKA AKAN TERUBAHLAH DIRIKU, TERIMALAH KASIHKU KERNA KU TAHU ITU AMANAHMU.. “



berbicaralah dengan manusia melalui kadar kefahaman mereka-Saidina Ali R.A”WIN-WIN SITUATION Tugas Menghambakan jiwa hamba adalah satu agenda yang terlalu agung, seagung namanya begitulah sesukar tugasnya, sesukar tugasnya begitulah memerlukan sebanyak metod dan manhajnya.



Dan dengan manhaj yang kaya inilah ianya mampu mengubah diri mad’u untuk melihat hidup ini sebenarnya adalah sebuah kehambaan diri pada Allah s.w.t.Sedarlah, halangan, Amarah dan tintah perintah keterlaluan yang termuntah dari lidah tidak bertulang itu bukanlah JALAN SINGKAT untuk mereka mengenal tuhan, tetapi ianya jalan singkat untuk mereka lebih jauh meninggalkan tuhan.
Biarlah langkah kita berdengket-dengket, namun ia masih mudah untuk digigit. Berbanding mengambil jalan shortcut, kita kan terus ditinggal tanpa syarat!



Wahai si daie..Teruskan langkahmu dalam berdakwah, namun perbaikilah juga ‘volkswagon’ mu yang bermasalah, jangan melihat ‘playstation’ itu sebagai punca masalah, namun cuba perkayakan dirimu dengan hikmah.

Lapangkan hati, ikhlaskan niat, jalankan dengan hikmah.. dan yang utama sedarlah segala-galanya adalah kerana Allah, bukan kerana amarah..“ Maka berilah peringatan, Karena Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan. bukanlah Kamu orang yang berkuasa memaksa mereka (menerima peringatan)” al-ghassiyah 21-22“


Maka dengan rahmat Tuhan Mu, berlemah lembutlah terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap keras hati dan kasar pasti mereka akan menjauhkan diri dari Mu, oleh itu maafkanlah mereka dan mohonkan keampunan kepada mereka...” al-imran ayat 159
By:Pena Lading..